CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4406|Reply: 10

Boleh Tahu Jantina Bayi Dengan Lihat Perut Ibu? Ini 5 Mitos Popular Tentang Rama

[Copy link]
Post time 12-10-2020 01:57 AM | Show all posts |Read mode



Tiada siapa yang dapat menjangkakan dengan tepat perihal jantina anak di dalam kandungan tanpa bantuan alatan yang serba moden.

Kemajuan teknologi perubatan telah membolehkan kita mengetahui berkenaan dengan perkara tersebut supaya persiapan awal boleh dibuat.

Kebiasaannya, jantina anak boleh diketahui sekitar minggu ke-20 menggunakan alat ultrabunyi jika kemaluan bayi yang diperiksa berada pada kedudukan yang boleh dilihat melalui skrin yang memaparkan imej janin.

Kalau jantina anak tidak dapat ditentukan dengan jelas, ujian genetik sahaja yang boleh memberikan maklumat yang tepat (100 peratus) berkenaan dengan perkara itu.
Walau bagaimanapun, ia hanya disarankan jika janin di dalam kandungan mempunyai masalah genetik.

Tanpa ujian dan peralatan tersebut, pasangan suami isteri hanya boleh bergantung kepada maklumat turun-temurun yang ada atau tiada penerangan saintifik di sebalik jantina anak yang dikandung.

Sempena Hari Kanak-kanak Perempuan Antarabangsa pada 11 Oktober ini, kami bawakan pada anda artikel mengenai kepercayaan popular tentang ramalan jantina bayi dalam kandungan.

Selain itu, ada juga persoalan mengenai bersalin bayi perempuan yang dikatakan lebih mudah berbanding anak lelaki, benarkah? Ikutinya dalam artikel ini.


#1 Garis hitam linea nigra bawah perut tanda mengandung anak perempuan?



Uri atau plasenta menghasilkan hormon yang boleh merangsang penghasilan dan pengumpulan melanin menyebabkan terbentuknya garis hitam pada abdomen yang dikenali sebagai linea nigra.

Orang dahulu percaya sekiranya garis tersebut terhenti di bawah pusat, anda sedang hamil anak perempuan. Jika garis tersebut bersambung sehingga ke atas pusat anda sedang hamil anak lelaki.

Tiada penerangan sains berkenaan dengan fenomena ini dan ia merupakan spekulasi yang tidak berasas. Namun ada sahaja yang percaya, kan?


#2 Kandungan tinggi atau rendah

Ramai individu yang suka komen berkenaan dengan saiz dan kedudukan kandungan anda. Kata mereka, jika kandungan anak kelihatan tinggi, itu tanda mengandung anak perempuan.

Jika kandungan tersebut rendah,anda sedang hamil anak lelaki. Persoalannya, bagaimana nak tentukan tinggi rendahnya kandungan tersebut? Kalau di tengah-tengah bagaimana?


#3 Degupan jantung janin laju tanda mengandung anak perempuan?

Menurut sumber yang tidak menunjukkan bukti saintifik, degupan jantung bayi boleh menjadi klu berkenaan dengan jantina bayi. Sekiranya jantung berdegup melebihi 140 degupan, anda sedang hamil anak perempuan manakala jika lebih rendah daripada 140, anda sedang hamil anak lelaki.

Boleh difahami jika kepercayaan ini dipegang oleh orang dahulu, namun sekarang ini pun ada juga yang masih percaya padanya.


#4 Rambut pada badan tentukan jantina bayi




Seronok tak jika anda boleh ramal jantina bayi melalui rambut anda ketika hamil? Kata orang dahulu, jika rambut anda kelihatan bersinar dan tebal, anda sedang mengandung anak lelaki.

Jika rambut anda kelihatan rapuh dengan warna pudar, anda sedang mengandung anak perempuan. Keadaan ini boleh dilihat juga pada tubuh badan yang lain (ketiak, betis dan sebagainya).

Jika bulu tumbuh laju, itu tandanya anak lelaki dan jika kadar pertumbuhan bulu kelihatan normal, itu tandanya anak perempuan.


#5 Gunakan cincin untuk tentukan bayi lelaki atau perempuan

Nak tahu auta yang lebih mengarut? Orang dahulu pernah menggunakan cincin untuk mengetahui jantina anak. Cabut rambut pada tubuh anda, ikat cincin di hujungnya.

Baring dan gantung cincin tersebut di atas perut anda. Sekiranya ia bergerak dalam bentuk bulat, itu anak lelaki. Jika ia bergerak persis pendulum (ke kanan ke kiri) itu anak perempuan.


Ada ke beza jika anda mengandung anak lelaki atau perempuan?





Selain daripada penggunaan kaedah moden seperti alat ultrabunyi atau ujian genetik, tiada kaedah lama yang boleh digunakan untuk mengetahui jantina anak. Bahkan, kebanyakan daripadanya adalah mengarut dan tidak mempunyai penerangan saintifik yang jelas.

Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang menunjukkan wanita yang bersalin anak lelaki lebih cenderung untuk mendapat komplikasi berbanding dengan anak perempuan.

Berikutan daripada fakta tersebut, anak lelaki lebih berisiko untuk mengalami masalah kelahiran pramatang. Ini berikutan ibu yang hamil anak lelaki mudah untuk mengalami masalah ketika mengandung seperti diabetes gestasi dan preeklampsia.

Perkara ini telah dibuktikan melalui satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2016 oleh Institut Kajian Robinson di Universiti Adelaide.

Selain itu, kajian oleh Universiti Kent pada tahun 2018 turut menekankan bahawaibu mudah untuk mendapat masalah kemurungan selepas bersalin jika bersalin anak lelaki. Perkara ini boleh berpunca daripada komplikasi yang dialami oleh ibu ketika mengandung atau bersalin anak lelaki.


Konklusi

Jika anda ingin mengetahui jantina anak, lebih baik rujuk kepada doktor perubatan bagi mendapatkan pemeriksaan menggunakan alat ultrabunyi. Setakat ini ujian genetik hanya disarankan kepada golongan tertentu memandangkan ia boleh menyebabkan komplikasi keguguran.

Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna anda kebal daripada sebarang komplikasi jika hamil anak perempuan. Langkah pencegahan dan nasihat doktor masih perlu diikuti bagi memaksimumkan tahap kesihatan ketika anda sedang mengandung.












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2020 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekali tertipu dh x percaya dh..mmg tunggu scan je
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2020 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Scan jer lah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2020 10:33 AM | Show all posts
Scan je lah lebih mudah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2020 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
biasa org2 tua cakap perut muncung ke depan anak lelaki.. yg melebar ke tepi perempuan...nak yg tepat scan je la
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
yang degupan jantung tu betul la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2020 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak betul pon
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2020 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu je result 9bln..{:teatime
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2021 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Hehehe senyum2 iols baca..
Dlm hati mmg mengharapkan anak perempuan..
My hubby pula nak anak lelaki..tak tahu la yg mana satu dpt dulu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 11:45 AM | Show all posts
zaman sekarang ni kita scan jek..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 05:59 PM | Show all posts
Semlm scan…xnmpk pistol..doc ckp mcm girl…tp kne tgu scan bln depan atau buat detail scan je la nanti…xnak berharap sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.096835 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list