CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1302|Reply: 0

4 Idea Semarak Percintaan

[Copy link]
Post time 12-10-2020 06:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kaykaychan at 12-10-2020 06:14 PM

Belajar Bahasa Pertuturannya
Kamu mungkin segan untuk sebut perkataan yang sedikit kasar yang digunakan oleh teman lelakimu tetapi sekali-sekala tidak salah dan ia boleh beri kesan positif. Kecenderungan ini boleh menguatkan hubungan cinta kalian dan dia akan lebih menghargaimu. Tip Kay: Pelajari slang yang digunakannya bersama rakan-rakannya. Jadi tidaklah kamu berasa janggal nak berbual dengan mereka bila si dia ajak kamu keluar bersama teman-temannya nanti.

Manjakan Si Dia
Ambil tahu minuman kegemarannya atau buat delivery pizza ke pejabatnya selepas dia selesai mesyuarat. Menurut kajian, jika si dia mendapat penghargaan yang tidak berbelah bagi daripada kamu, si dia akan lebih sayang dan rapat denganmu. Jadikan ini sebagai amalan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Manalah tahu si dia juga akan mula lakukan perkara yang sama untuk balas jasa dan kerpihatinanmu.

Berani Tunjukkan Sikap Sebenar
Katakan kamu suka mengemas isi peti sejuk mengikut turutan warna… Tetapi kamu enggan beritahu si dia kerana tidak mahu dianggap freak. Jangan begitu. Bersikaplah terbuka pada diri sendiri dan pasangan agar kalian lebih rapat.

Ketahui Matlamat Hidupnya
Ya, teman lelaki kamu ada cita-cita. Tetapi penyelidik menyatakan kamu harus memberikannya inspirasi untuk lebih maju. Jika dia sanggup bekerja lebih masa dan cuba memperbaiki diri sendiri serta mutu kerjanya, ini bermakna kamu punya peluang baik. Dan lelaki sebegini cenderung mendapat pasangan ideal… Seperti kamu!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.067671 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list