Semalam adalah hari pembukaan cawangan terbaru Bubblebee di Meru, Ipoh. Seperti biasa ramai yang beratur untuk berpeluang merasai air minuman viral.
Bagi meraikan pembukaan cawangan baru,Shuib telah menawarkan 100 minuman percuma kepada 100 orang yang terawal.
Namun terjadi satu momen sedih apabila Shuib di dekati oleh seorang lelaki yang berpakaian seperti badut.Walapun lelaki tersebut pekak dan bisu, tapi ada satu masej yang jelas mahu di sampaikan kepada Shuib
“Masa saya ke Outlet baru Bubblebee di Mydin Meru Ipoh tghari tadi,ada seorang abang Badut ni beria ria kejar dan nak jumpa saya.Bila jumpa dia bagitau yang dia pekak dan bisu.Walaupun saya tak berapa faham apa yangg beliau cuba maksud dan sampikan,tapi ianya sangat menyentuh hati saya.
“Beliau seolah2 faham dengan apa yang sedang berlaku “.Sesungguhnya tiada daya upaya hanya dgn pertolongan Allah swt.Semoga abang badut sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.Amin” tulis Shuib di akaun Instagram milik beliau
Umum mengetahui yang Shuib kini di uji dengan kes yang melibatkan pengubahan wang haram. Namun Shuib dengan tegas yang beliau dan Bubblebee tidak terlibat langsung. Rata-rata netizan terus mengecam Shuib tapi ada juga yang menyokong beliau dan menasihati agar bersabar dengan ujian
Sumber: ShuibSepahtu
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 13-10-2020 07:30 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ramainya beratur... Ternyata rkyt Mesia memang suka air macam ni... Aku sekali pun tak penah merasa lagi baik Tealive or Chatime even dekat je dgn umah... Mungkin aku jenis x berapa minat sama dgn air jenis mcm ni..
Post time 13-10-2020 07:43 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Maksud badut tu ....masa kita di uji dgn kesenangan jgn riak sebab Allah sentiasa perhatikan kita....kalau nak berniaga pastikan modal dari sumber halal sebab SPRM sentiasa memerhati betul tak soeb