CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: YgBenar

[Tempatan] Anwar dan Putrajaya

  [Copy link]
Post time 13-10-2020 06:08 PM | Show all posts
damian_lee replied at 13-10-2020 05:30 PM
aku xde specific reason kenapa aku xsuka dia
sejujurnya aku x suka ..... semua politician ....

...

so basically,di mata u dia ni pun just like other typical politician, takde kisah pasal rakyat pun. tapi lebih pada nak jaga diri & family sendiri. cumanya disebabkan drama nak naik jd PM dh kerap berlaku compare to other politician, jd blow out of proportion.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2020 06:09 PM | Show all posts
ziara replied at 13-10-2020 05:26 PM
Too much drama.
Auta.
Hadapppp sgt nak jadi PM.

so sebab drama nak naik jd PM je la yg u tak suka dia.

ok faham.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
babydoll replied at 13-10-2020 06:08 PM
so basically,di mata u dia ni pun just like other typical politician, takde kisah pasal rakyat pun ...

Ni pulak 1 of reason aku. Dia sembang lidah putar alam https://www.facebook.com/1426487874/videos/10218505521255741

Ikut keperluan
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
karipap_sadin replied at 13-10-2020 05:45 PM
dia kata dia bg dah document. Mintak agong tengok2 list tu. tapi istana dah keluar kan official st ...

hahaha ke dia halusinasi
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 06:26 PM | Show all posts
damian_lee replied at 13-10-2020 05:30 PM
aku xde specific reason kenapa aku xsuka dia
sejujurnya aku x suka ..... semua politician ....

...

Anwar setuju bersekongkol dgn Madey...
dgn syarat lps Madey jadi PM. after 2 yrs hand over to him
dat was his only golden opportunity, once in a lifetime...


Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 13-10-2020 05:29 PM
Auta kali ni lebih padu dari 16 sept....kira ni kita blh panggil tragedi october....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2020 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 13-10-2020 06:23 PM
hahaha ke dia halusinasi


Biasa lah dia..we have the numbers since 2008. Hahahhaha.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian tgk dia..mcm org gile naik turun istana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2020 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
babydoll replied at 13-10-2020 06:09 PM
so sebab drama nak naik jd PM je la yg u tak suka dia.

ok faham.

Nobody needs a drama King to be PM.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
cikdot replied at 13-10-2020 03:03 PM
Tgh tonton awani ni, istana baru kuar statement bang non tak bagi pun name list sape yg menyokong &  ...

Agong punya respon mesti macam, "Kau ni... Sembang je lebat, mana senarai nama..."

Sejenis sembang pumpang pumpang, bukti takde.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Cassieopeia replied at 13-10-2020 03:40 PM
org sibuk dgn kes covid19 dia sibukla nak jd pm. boleh fikir hal rakyat dan ketepikan kepentingan se ...

Kawasan parlimen dia tu ada tumpahan minyak. Agaknya dia tau tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
damian_lee replied at 13-10-2020 05:30 PM
aku xde specific reason kenapa aku xsuka dia
sejujurnya aku x suka ..... semua politician ....

...

Yes... He just wants the title. Not the job. Just the title.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 13-10-2020 04:05 PM
Game apa?

MMO, bukan game zombie

maybe lepas ni nak kumpul duit beli skyline pulak (game mcm simcity).. anwar nak jadi PM, aku nak jadi PM jugak dalam game je la tapinya
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde seorang pun wartawan tanya apa kandungan document Anwar dgn tepat. Ke hulu ke hilir bawak sekeping kertas jer pun. Anwar ni bebas buat pc anytime and ckp sukahati dia tanpa fikir akibat pd negara. Dua kali lima lah dgn Tun ckp merapu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
siq replied at 13-10-2020 10:40 PM
MMO, bukan game zombie

maybe lepas ni nak kumpul duit beli skyline pulak (game mcm simcit ...

Hahaha.. Gigih.. Aku dah boring jap zombie.. Aku dok layan game warfare..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Bacaan untuk penyedap hati

Setakat yang aku follow para ulama undang-undang, nak lantik seorang Perdana Menteri dalam kalangan MP syaratnya mudah saja. Perkara 43(2)(a) kata asal dapat kepercayaan majoriti MP iaitu 112 kerusi. Untuk seorang Perdana Menteri hilang keabsahan pun mudah juga. Perkara 43(4) kata asal PM tak lagi dapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Apa yang abah awak kena buat? Pertama sekali letak jawatan. Inilah hujah yang atok awak guna dulu, walaupun kita tahu dia punya licik tu panjang ceritanya. Pilihan kedua barulah pembubaran Parlimen kalau PM nasihat YDPA. Itupun Perkara 41(2)(b) bagi kuasa pemutus kepada YDPA untuk tidak bubarkan Parlimen.

Perlembagaan tak kata proses ini kena buat di Dewan Rakyat atau dalam Istana. Kalau ikut prinsip Westminster kenalah buat di dewan tertinggi melalui usul undi tak percaya misalnya. Tapi disebabkan perlembagaan bagi cek kosong, jadilah macam-macam tafsiran dibuat. Duluan (precedent) telah berlaku dalam pelbagai bentuk dan diabsahkan di Mahkamah Persekutuan seperti kes Perak 2009, di mana SD sah jadi 'matawang' untuk urusan jual beli ADUN/MP. Duluan kes Kedah 2020 lagi simple, Mukhriz dinasihatkan oleh Istana untuk letak jawatan MB sebab pembangkang dah cukup SD di luar dewan.

Dua klausa penting yang memberi wewenang kepada YDPA ialah "menurut budi bicaranya" dan "pada hematnya".

Masa PH menang PRU-14, mula-mula sekali YDPA panggil Presiden PKR (Dr Wan Azizah) mengadap, bukan Tun Mahathir sebagai calon PM. Sebab masa tu semua MP PH pakai logo PKR dan watikah calon Presiden PKR yang tandatangan. Maka Presiden PKR ada locus standi untuk mewakili semua MP PH.

Masa Langkah Sheraton, disebabkan keadaan berkecamuk, YDPA telah menggunakan "budi bicaranya" untuk menemuduga semua MP. Tapi cara ni tak membuahkan hasil sebab masa tu pakatan kedua-dua parti gabungan dah bercempera. Tukar pulak kaedah "budi bicaranya", panggil ketua-ketua parti. Muhyiddin cepat-cepat pangku jawatan Pengerusi Bersatu untuk bawa mandat parti, dan kartel Azmin cepat-cepat declare sertai Bersatu sebab Azmin tak bawa mandat mana-mana parti.

Maka mengadaplah semua ketua-ketua parti membawa MANDAT dari MP masing-masing, termasuk claim Muhyiddin yang kartel Tun Mahathir termasuk dalam senarai tersebut. Telah menjadi precedent bahawa kaedah ni diterima pakai secara sah justeru terlantiklah Muhyiddin sebagai PM-8.

Wewenang YDPA ni, macam-macam mana pun kaedahnya, berapa lama pun masa yang diambil, adalah penting untuk menentukan keabsahan seorang Perdana Menteri yang pada tubuhnya terhimpun kuasa eksekutif yang luas.

Kemudian baru boleh masuk bab permainan politik.

Dipendekkan cerita Anwar mengadap YDPA untuk membentuk kerajaan baru, dengan dakwaan cukup majoriti (SD) dan Muhyiddin sudah hilang kepercayaan majoriti MP.

Pertama sekali kita harus percaya yang PRU dalam masa 60 hari tidak sama sekali akan menjadi pilihan Istana kerana risikonya amat tinggi dan tiada jaminan kerajaan baru yang terbentuk pasca PRU akan lebih kukuh untuk urus pandemik. Pilihan kedua ialah Istana kena buat proses pengesahan mengikut prosedur perundangan dan kes duluan.  

Kalau ikut kenyataan media Istana Negara, Anwar cuma mengadap selama 25 minit, hanya persembahkan angka sahaja tanpa senarai nama. Benda ni menjadi modal kepada walauncyber untuk menganggap ini semua adalah sandiwara Anwar, langkah Anwar gagal, Anwar permainkan rakyat dan sebagainya.

Tapi yang membingungkan orang ramai adalah apa keperluan Ku Li datang mengadap selepas Anwar, dan kenapa seorang demi seorang ketua parti dipanggil mengadap YDPA bermula hari ini (14 Oktober)? Nampaknya Istana sedang melaksanakan pilihan kedua iaitu proses pengesahan.

Aku sekadar nak rekod teori-teori yang berterbangan di sana-sini. Baca boleh, percaya jangan.

1. GM (aku tak kenal siapa watak disebalik fake acc ni) kata senarai MP dah dihantar ke Istana lebih awal. Sesi mengadap 13 Oktober hanyalah formaliti dan proses mengesahkan sokongan akan dibuat melalui ketua-ketua parti, seperti mana duluan yang berlaku sebelum ini.

2. Anwar hanya persembahkan jumlah nombor dan tuntut jawatan PM? Mustahil untuk percaturan sebesar ini Anwar (dan Saifuddin Nasution) boleh setuju dengan silly mistake begini. Dalam perang setiap langkah mesti ada perkiraan, dan adalah bodo untuk buat kesilapan sama berulang kali dan mengharapkan hasil berbeza.

Teorinya ialah Anwar sengaja tidak mendedahkan senarai nama kerana senarai inilah yang sangat dinanti-nantikan oleh pihak sebelah lagi untuk buat counter offer. Sebaliknya Anwar hanya persembahkan surat sokongan mengikut parti, dan membiarkan senarai nama terperinci dipersembahkan oleh ketua-ketua parti yang membawa MANDAT dari MP masing-masing. Sebagaimana yang berlaku masa nak lantik Muhyiddin dulu. Proses yang dilalui oleh Anwar ini tidak bercanggah dengan saranan Istana Negara, iaitu mengikut proses-proses yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan; menurut budi bicara dan pada hemat YDPA.

3. Post credit scene Ku Li hadir ke Istana Negara sebaik sahaja Anwar selesai mengadap, dipercayai membawa mandat sebahagian MP Umno. Dan ketua-ketua parti politik lain juga diminta mengadap hari ini dan esok (14-15 Oktober) untuk sahkan sokongan.

Teori tetap teori. Yang menariknya, semua proses ini berlaku semasa Muhyiddin terkurung dalam 14 hari kuarantin dan katanya hanya akan bebas pada 16 Oktober.
.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.512508 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list