CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13919|Reply: 84

KES SAMAN Nelydia Di arah bayar RM 89,000 kepada Produk Chriszen

  [Copy link]
Post time 13-10-2020 04:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by lolipopbiru at 13-10-2020 04:15 PM

KUALA LUMPUR: Artis Nelydia Senrose hari ini diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM89,144.03 kepada Chriszen Malaysia Sdn Bhd selepas syarikat kosmetik berkenaan memenangi kes saman terhadap heroin filem 'Jebat' itu, yang didakwa melanggar perjanjian sebagai duta jenama produk kecantikan Chriszen, tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen Shamsudin Abdullah memerintahkan Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 26, membayar ganti rugi itu selepas membenarkan tuntutan saman difailkan Chriszen Malaysia selaku plaintif


Hakim itu memerintahkan Nelydia selaku defendan kedua, membayar ganti rugi khas bagi penyediaan acara berjumlah RM16,869.03, ganti rugi am sebanyak RM10,000 dan pelakon itu juga diminta mengembalikan kos perkhidmatan sebanyak RM62,275 kepada Chriszen Malaysia serta membayar kos sebanyak RM10,000.
Mengenai kos perkhidmatan berjumlah RM102,275 yang sepatutnya dikembalikan semula kepada plaintif, mahkamah berpendapat defendan kedua hanya perlu membayar RM62,275 selepas mengambil kira pelakon itu membelanjakan RM40,000 bagi sesi fotografi.
Shamsudin, dalam penghakimannya berkata Nelydia tidak ikhlas dalam melaksanakan tugasnya sebagai duta jenama produk kecantikan itu.
"Mahkamah mendapati defendan lebih mengutamakan bulan madu perkahwinannya daripada mematuhi perjanjian duta jenama berkenaan. Oleh itu, mahkamah mendapati alasan sebenar mengapa beliau tidak menghadiri acara pelancaran produk Chriszen adalah kerana bulan madu dan bukan kerana plaintif (Chriszen) tidak memberi notis secukupnya," kata hakim itu.
Shamsudin berkata plaintif telah memaklumkan kepada Nelydia sejak 8 Mac 2019 mengenai acara yang akan diadakan pada 25 April 2019 dan tarikh itu turut dipersetujui oleh syarikat yang menyelia dan menguruskan Nelydia iaitu Alfie Management Sdn Bhd bagi pihak selebriti berkenaan.
Bagaimanapun, hakim itu berkata pada 13 Ogos 2019 penghakiman ingkar dimasukkan terhadap Alfie Management yang sebelum ini dinamakan sebagai defendan pertama dalam kes saman berkenaan.
Mahkamah juga berpuas hati bahawa Nelydia sendiri mengetahui bahawa beliau tidak dapat menghadiri acara itu sejak 24 Mac 2019, namun hanya menunggu 19 hari kemudian iaitu pada 12 April tahun sama untuk memaklumkan kepada plaintif mengenai ketidakhadirannya.
"Mahkamah berpuas hati bahawa mesyuarat yang diadakan pada 12 April 2019 adalah atas inisiatif plaintif dan jika tidak kerana mesyuarat itu, plaintif tidak akan tahu yang defendan kedua tidak dapat hadir pada acara itu.
"Mahkamah turut berpuas hati dengan keterangan yang menunjukkan defendan kedua (Nelydia) gagal mematuhi terma-terma perjanjian dan tindakan plaintif mengeluarkan notis 30 hari kepada defendan kedua untuk menjawab e-mel yang dihantar kepadanya adalah berasas.

"Atas imbangan kebarangkalian, mahkamah mendapati pihak plaintif berjaya membuktikan kes dan defendan kedua telah gagal untuk membuktikan pembelaannya. Oleh yang demikian, tuntutan saman plaintif dibenarkan," kata hakim itu lagi.
Pada 7 Oktober 2019, Chriszen Malaysia menyaman Alfie Management dan Nelydia sebagai defendan pertama dan kedua.
Dalam penyataan tuntutan, Chriszen Malaysia berkata Nelydia, yang membintangi drama 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' telah dilantik sebagai duta jenama Chriszen melalui satu perjanjian bertarikh 21 Disember 2018 dan berdasarkan perjanjian, kedua-dua defendan perlu mempromosikan produk syarikat termasuk membuat hantaran mengenai produk sebanyak 15 kali di media sosial.
Syarikat kecantikan dan penjagaan kulit itu mendakwa pada Mac 2019, Nelydia bersetuju untuk menghadiri satu acara pelancaran media  'Match Matte Serum Foundation' yang akan berlangsung pada 25 April 2019.
Bagaimanapun, dakwa plaintif pada 12 April tahun sama, pihaknya dimaklumkan bahawa Nelydia tidak akan menghadiri acara itu tanpa apa-apa penjelasan yang munasabah.

Syarikat itu mendakwa, defendan pertama iaitu Alfie Management, yang menyelia dan menguruskan selebriti itu juga tidak mengambil apa-apa langkah untuk membetulkan ketidakhadiran artisnya atau memberi penjelasan yang munasabah.
Menurut Chriszen Malaysia, atas persetujuan Nelydia untuk menghadiri acara berkenaan, plaintif membuat penyediaan bahan pemasaran dan promosi termasuk menyewa jurudandan serta model untuk demonstrasi pelancaran solekan.
Dakwa plaintif, ketidakhadiran Nelydia menyebabkan reputasi Chriszen Malaysia tercalar dan syarikat itu terpaksa menanggung kerugian berjumlah RM61,702.40 selain menuntut kedua-dua defendan memulangkan semula kos perkhidmatan berjumlah RM102,275 yang telah diberikan kepada mereka.
Dalam prosiding itu, Chriszen diwakili peguam Tan Eng Keat dan Lim Sin Yee, manakala Nelydia yang tidak hadir diwakili peguam Amirul Izzat Hasri dan Lim Zi-Han. – BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2020 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Adan uke
Jenis yg tak amanah mcm ni susah
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe, kembar soeb byk duit, blh tlg bayar
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 04:12 PM | Show all posts
orang dah bagi duit buat kerja...buat sajalah kerja tuh
kalau tak ikhlas, jangan terima job
main2 jer kerja, mendapatlah
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 04:19 PM | Show all posts
tulaa tau amik duit je pastu taknak buat keje..mendapatlaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2020 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheol jenis x komited sebagai duta... Bayaran ambil kerja culas... X sesuai jadi duta jika attitude macamni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia tgk peel jns angin...jns ada aku kisah..aku suka aku buat..xsuka xnak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2020 04:35 PM | Show all posts
hr tu nelydia confident sgt dia menang kes ni, tak buat salah katanya...skrg amik ko
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 04:39 PM | Show all posts
byknya duit nelly nak bayar sampai ratus2 k tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by little_sis at 13-10-2020 04:58 PM

amik mudah.. dia igt xkan kena saman kot sbb ok je selama ni.. dia tak fikir kot psl org boleh je amik tindakan undang2 psl ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit tuuuut dia banyak kot
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 04:48 PM | Show all posts
89k ni celah gigi je kut. Suami dia boleh tolong bayarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 04:50 PM | Show all posts
meaning to say dia kalah lah dlm kes ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 04:59 PM | Show all posts
Buruk dah nama sheols. Lepasni mungkin memana produk akan fikir 10x sebelum ambik sheols jadi duta.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
At the first place dia gigih ambik job tu nape
Kalau dah tau diri tu acah2 tak layan product2 macam ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2020 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
lasagna replied at 13-10-2020 04:50 PM
meaning to say dia kalah lah dlm kes ni.

Yup, that’s why kena bayar RM89k tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kembar tweety..tp nasib baik rupa lembut sket drpd tweety..

Baidewei,padan muka..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin kalau brand tu lancome nely akan memberi kerjsama..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukan soal,  kaya boleh bayar saman  , laki mampu semua. Ni soal trust n reputation.  Lepas ni jgn haraplah well known co nak ambil jadi duta.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.073773 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list