CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1061|Reply: 5

[SARAWAK] 13102020 COVID-19: Tiada kes baharu, dua kes sembuh dilaporkan di Sara

[Copy link]
Post time 13-10-2020 06:56 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak kekal 752 setakat ini selepas tiada kes baharu dilaporkan hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) turut memaklumkan tiada kluster baharu dikesan hari ini, namun dua kluster iaitu Kluster Bah Arnab di Daerah Kuching dan Kluster Putra di Daerah Bintulu masih aktif.

“Dimaklumkan juga terdapat dua kes baru yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini. Kes-kes baru yang telah pulih dan dibenarkan discaj ini adalah masing-masing satu dari Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Hospital Miri.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes postif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 690 orang atau 91.76 peratus dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak,” kata Jawatankuasa itu menerusi kenyataan hari ini.

JPBNS menambah, jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di hospital adalah seramai 43 orang iaitu 25 kes di wad pengasingan di HUS, tujuh kes di Hospital Miri, tujuh kes Hospital Bintulu dan empat kes di Hospital Sibu.

“Tiada kes COVID-19 yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari ini. Tiada juga kes kematian baharu dilaporkan pada hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kematian adalah kekal seramai 19 orang atau 2.53 peratus,” ujarnya.

Hari ini juga kata JPBNS, 10 orang di bawah siasatan (PUI) baru dilaporkan dengan lapan PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

“Sementara seramai 332 orang di bawah pengawasan (PUS) mendaftar masuk ke hotel untuk menjalani kuarantin, menjadikan jumlah keseluruhan PUS di 19 buah hotel adalah seramai 2,057 orang.

“Manakala seramai 25,948 PUS telah tamat menjalani tempoh kurantin,” katanya.

Empat daerah iaitu Kuching, Sibu, Bintulu dan Lubok Antu kekal berstatus kuning manakala 36 buah daerah lain kekal dalam status hijau.

Dalam perkembangan berkaitan, Polis Sarawak mengeluarkan 20 kompaun hari ini kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

JPBNS berkata, 15 notis kompaun yang dikeluarkan itu adalah di daerah Miri, tiga di Kuching dan satu masing-masing di Betong dan Sarikei.

“Manakala pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah mengeluarkan 90 amaran lisan, bertulis dan sitaan di kawasan pelbagai seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Mengenai pemantauan pematuhan PKPP, JPBNS berkata, sebanyak 1,574 premis dipantau hari ini.

“Operasi pemantauan itu melibatkan pasar raya, restoran, kilang, bank, pejabat kerajaan, penjaja, pasar tani/awam, tempat ibadat, tempat riadah, tapak pembinaan dan lain-lain,” katanya.

Selain itu, kata Jawatankuasa itu, terdapat enam sekatan jalan raya di lima daerah bersempena dengan Ops Benteng iaitu di Lundu (2), Bau (1), Serian (1), Sri Aman (1) dan Lubok Antu (1).

“Daripada enam sekatan jalan raya tersebut, sebanyak 1,866 jumlah kenderaan diperiksa,” katanya.

Marlinda Marzuki

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2020 06:56 PM | Show all posts
Alhamdulillah ...

Harap berterusan kekal ...



Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya Sarawak paling selamat masa ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2020 06:20 PM | Show all posts
Scheherazade replied at 13-10-2020 09:00 PM
Rasanya Sarawak paling selamat masa ni
risau juga ...

jalan tikus banyak kat sempadan Sarawak Indonesia tu

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 14-10-2020 06:20 PM
risau juga ...

jalan tikus banyak kat sempadan Sarawak Indonesia tu

Hrpnya kwln lebih ketat di sempdn tu. Tp so far, new cases x byk. Minimal shj
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2020 01:54 PM | Show all posts
Scheherazade replied at 15-10-2020 10:07 AM
Hrpnya kwln lebih ketat di sempdn tu. Tp so far, new cases x byk. Minimal shj
Tu la ...
harap la berkurangan Covid ni dalam masa terdekat ...


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.095132 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list