CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1929|Reply: 12

[SARAWAK] Anak pokok kopi tidak bertuan bernilai RM175,000 dirampas di sempadan

[Copy link]
Post time 13-10-2020 07:03 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Briged) oleh Pasukan Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD) merampas barang tidak bertuan berupa lima karung guni berisi anak pokok kopi dianggarkan bernilai RM175,000 di sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat pada Isnin.



Sel Perhubungan Raya Maskas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) dalam satu kenyataan, hari ini berkata kejadian berkenaan berlaku di sektor Ops Benteng kawasan tanggungjawab pada 12 Oktober pukul 1.30 tengah hari.

Menurut kenyataan itu, dalam kejadian tersebut, sepasukan anggota sedang melaksanakan rondaan jalan kaki di sekitar Kampung Biawak sebelum menjumpai lima karung guni diletakkan kira-kira 500 meter dari pagar Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin & Keselamatan (ICQS) Biawak, Lundu.

"Terdapat 2,500 batang anak pokok kopi di dalam setiap guni dan dianggarkan bernilai RM175,000 bagi kelima-lima guni tersebut.

"Barangan tersebut dibawa ke Balai Polis Daerah Lundu dan diserahkan kepada pihak polis untuk pemeriksaan terperinci serta tindakan selanjutnya," jelas kenyataan itu.

Sehubungan itu 1 Div berkata Tentera Darat Malaysia (TDM) sentiasa komited, fokus dan mempunyai tahap kesiagaan yang tinggi dalam menganalisa persekitaran serta mengawal sempadan negara dari sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan, pencerobohan dan penyusupan pada bila-bila masa terutama dalam menghadapi gelombang ketiga penularan wabak COVID-19.

Patricia Gari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2020 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Uish... Byk tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelikkkkk.benih kopi pun nak seludup.lainla pokok popi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2020 06:22 PM | Show all posts
walaupun dalam hutan ... anggota kita tetap patuh SOP ... pakai mask ...

orang kat tengah2 bandar pula tak nak pakai mask... sedangkan kat bandar tu la banyak virus


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2020 06:23 PM | Show all posts
Belibis replied at 13-10-2020 07:35 PM
Pelikkkkk.benih kopi pun nak seludup.lainla pokok popi.
kalo dapat jual tu ...

boleh untuk bayar separuh rumah teres

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 14-10-2020 06:22 PM
walaupun dalam hutan ... anggota kita tetap patuh SOP ... pakai mask ...

orang kat tengah2 band ...

betul fc.. Geram tau dgn sesiapa yg tak patuh arahan pakai mask ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-10-2020 06:38 PM | Show all posts
sarah82 replied at 14-10-2020 06:34 PM
betul fc.. Geram tau dgn sesiapa yg tak patuh arahan pakai mask ni.
Kita yang duduk rumah ja ... nanti2 pun tak senang nak keluar sebab mereka2 ni...

dah la kat Sarawak meningkat arini...


Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 14-10-2020 06:38 PM
Kita yang duduk rumah ja ... nanti2 pun tak senang nak keluar sebab mereka2 ni...

dah la kat Sar ...

Nak keluar mcm2 kak sarah prepared sbb tak nak sebab kak sarah tok kena.. Last2 sekaligive up nak keluar... Bagi runner ja beli. Tak pun beli online... Tu mcm mna tak muka kak sarah saja hari2 courier mai antar barang... Hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2020 06:56 PM | Show all posts
sarah82 replied at 14-10-2020 06:40 PM
Nak keluar mcm2 kak sarah prepared sbb tak nak sebab kak sarah tok kena.. Last2 sekaligive up nak  ...
Takpa la ...
dier rang kompom happy juga ...
ada mata pencarian dengan jadi runner ...


Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 14-10-2020 06:56 PM
Takpa la ...
dier rang kompom happy juga ...
ada mata pencarian dengan jadi runner ...

happy la... Siap tanya murah ke tak barang kak sarah beli... Ahahahaha dah jadi promoter pulak utk lazada dan shopee
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 07:00 PM | Show all posts
Sedapnya kopi...


- ya jak komen kmk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2020 06:00 AM | Show all posts
ces haha pikir apa tek



kamek dah sik dapat minum kopi gik

minum riya ... masuk spetar mek kenak gastrik teruk


Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 12:50 PM | Show all posts

Kmk peminat kopi tp sik suka jenama nescafe, molah perut sakit jak. rasa berasid camya.
kinek tok, minum jenama old town dan davidoff.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.215743 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list