Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
390
View
17
Reply

Susu badan kurang

[Copy link]

Author: lavendermiz    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 16-10-2020 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua... Nak buat luahan perasaan sikit la. Ni anak kedua sy. Anak pertama sy fully breastfeed sebab housewife. Masa pregnant anak pertama, tak pernah terpikir yang susukan baby ni memerlukan kekuatan yang bukan sedikit... Ingat just selak then terus baby hisap..huhu.anak pertama, high demand baby. Celik mata je menangis, mak n ayah duk cakap susu kurang. So sy pun bagi la susu formula. Tapi hati dah rasa tak seronok sebab memang ingat nak susukan badan fully. Bila balik rumab sendiri, sy tekad xmau bagi susu fm dah. Tapi bila tekad mcm ni, sy kena terima bila boleh cakap setiap masa baby kat sebelah je. Tak boleh nak buat kerja langsung. Anak pun kurus je. Pergi mana2 kalo beraya ke, melawat rumah orang, kejap2 nak kena menyelak baju sebab bagi susu. Tapi alhamdullilah, anak membesar jugak walau kalau ikut orang cakap baby fully bf ni, antibodi kuat. Anak sy pulak boleh cakap tiap bulan demam, sampai kena amik air kencing la, nak detect sakit apa. Tp alhamdulillah tak de sakit pape pun.

Anyway, anak pun dah besar. Bila pregnant lagi, sy teringat2 struggle susukan baby. So sy selalu dlm mind ni, baby xckup susu ke sebab tu anak 1st cranky, selalu sakit, kurus.. Saya jadi takut nak susukan badan..

Sekarang baby 2nd dah 4 bulan.sy dah kerja bukan lagi housewife. Sy pun dah niat kalau abangnya dpt susu bdn, biarla adik dia begitu walau saya tahu tempoh masa 2 tahun pertama itu akan kadi sgt struggle.

Masalah sy sekarang, bila anak 1st kan hw. So xpernah pam susu. Sekarang dah kerja. Bila sy pam, alahaiii sedihnya rasa. Sy akan pam pukul 10 pagi, 12pm,2pm dan 5pm dekat ofis. Sy pakai hf. Kalau pukul 10 am tu paling banyak dpt dlm 3.5 oz je. Seterusnya akan dpr 2oz.kalo pukul 2pm n 5 pm tu akan dpt 1oz je. 1 hari total akan dpt dlm 6 ke 7 oz je. Pengasuh pulak cakap baby sekali minum 3 oz. 6 kali. Memang sy tak dapat banyak tu la.. Sedihnyaaaa

Saya dh buat macam2. Jaga jadual pam, minum air 3 liter. Makan semua yg sy suka tapi itu pun memang pagi 10 am tu akan dpt 3.5 oz je. Kalau tak dpt 2 oz je. Sesi2 seterusnya akan jadi makin sikit.. Dkt ofis pulak ada kawan yang mengepam jugak. Sebelah je dia boleh dapat 5oz..sy rasa sedih sangat

Sy terpikir sebab tu ke anak 1st saya dulu cranky? Sebab tak cukup susu? Bila sy tanya dekat fb bf semua cakap jaga jadual pam, happy2, jgan stress, semua ibu ada susu. Tapi saya dah buat semua tu. Siap buaat urutan susu. Tapi still susu akan dpt 1 ke 2 oz je kalau pam. Kalo hari sabtu n ahad, kalau sy tekad tak nak bagi fm, memang susah. Baby tak nak tidur even sy ni dah bagi susu bdn sampai lembik2 dah breast. Baby akan menangis, tendang2 kaki. Bila dah bagi fm, terus tidur.. Sedihnyaaaaa

Dah buat power pumping, rasa mcm dah buat segala2nya. Kawan sy tu siap boleh buat of, but yet susu sekali pam akan dpt 2 botol penuh. Sy ni bila tnya dkt grup bf diorg ckp kalau hari cuti, bf sekerapnya. Ikut demand baby.

Saya memang df sekerapnya tapi baby akan sgt cranky sampai sy tak boleh buat kerja, xboleh makan, anak sulung memang xleh nak tengok sebab duk cara ke baby je.

Panjang pulak rasanya.. Hihi.. Maaf la ye, guna hp je. Nak luahkan rasa hati sebab rasa kadang tu sedih..
Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 16-10-2020 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi je susu formula utk topup dek. Malam2 kau balik kerja df jah. Baby xkan buang nenen hanya kerana dia sedap minum fm. Jdkan rutin mcm tu.. So kenyang dia dpt breast milk pon dia dpt. X payah stress2. X berbaloi stress benda as simple as bf atau tak bf ni. Yg penting anak kena sentiasa cukup feeding.budak2 biasalah sakit masa kecik ni.. Kang dh 5taun ke atas antibodi dia dah kuat kuranglah dia sakit.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-10-2020 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
weezerfan replied at 16-10-2020 01:17 PM
Bagi je susu formula utk topup dek. Malam2 kau balik kerja df jah. Baby xkan buang nenen hanya keran ...

Sekarang ni mmg buat mcm tu. Topup dengan fm. Husband pun mmg suruh topup just mlm bg susu badan so takyah la nk bangun buat susu.

Tapi sedih sebab kwn2 dekat ofis duk ckp mind sy saje susu xckup. Sy xbuat usaha secukupnya utk susukan baby dgn susu bdn. Susu ibu itu hak baby. Lps tu bila sy pam duk tunggu nak tengok dpt berapa. Huhu

Sekrg sy cuba nk abaikan je. Sebb asalkan baby kenyang ckup la. Tak sanggup rasa nk mendengar kata org sampai sy akan abaikan anak sy, rumahtangga semata sy nak fully bf. Sebab sy dah try nak fully bf 1 hari masa cuti, memang xboleh nak buat kerja. Baby asyik nak ngempeng. Tak nak tidur langsung. Bila picit breast, keluar setitik setitik je
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 01:33 PM | Show all posts
Abaikan je TT. Jangan sedih. You are not alone. Milk booster pun, lain orang lain effectnya. You dah mencuba. I dulu sampai i keluar la from the group sebab tak nak stress. For me susu ibu ni rezeki anak, selagi ada and mampu , kita bagi. If tak cukup top up je formula. Nothing wrong with it.

Nanti dia dah boleh makan solid, boleh focus on food to boost immune dia. Ada jugak mak mak yang bukan main bf anak tapi bila makan solid, suap benda bukan bukan.

So, you do you.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 01:46 PM | Show all posts
saya tak tahu laa..saya layak ke tak komen pasal susu..saya faham perasaan TT yang nak anak minum susu badan..tapi pendapat saya..ini laa nama nya rezki anak..dalam macam2 bentuk..anak sihat..anak bijak..anak comel..anak dapat minum susu ibu yg melimpah ruah..

tapi pada pendapat saya..susu ibu..susu lembu..susu kambing..mmg bbeza tapi kalau itu yg boleh mengenyangkan anak..menyihat kan anak..kenapa tidak???? kalau itu saja yg cukup utk anak..itu jek yg ada pada TT..kenapa tak permudah kan?? kenapa sampai nak kena fikir itu ini?

yang penting..bukan ke anak tu sihat tumbesaran nya? TT nanti minta maaf pada anak..sebab tak dapat beri susu badan dengan banyak..sebab mmg itu je rezki dia yg ada tiap2 hari..sebab tu TT kena tambah dengan susu formula..TT cuma nak dia sihat kenyang..

TT pun berkerja..siang penat dengan keje..malam dengan keluarga pula..lebih baek jgn stress..kawal emosi tak perlu sedih sangat..supaya tak rasa terbeban dengan benda ygbboleh di permudahkan..

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
lavendermiz replied at 16-10-2020 01:25 PM
Sekarang ni mmg buat mcm tu. Topup dengan fm. Husband pun mmg suruh topup just mlm bg susu badan s ...

Jgn layan acik acik fanataik bf tu. Yg merasa nya kau dek.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 01:56 PM | Show all posts
weezerfan replied at 16-10-2020 01:51 PM
Jgn layan acik acik fanataik bf tu. Yg merasa nya kau dek.

betul..saya setuju kenapa kite nak dengar cakap orang utk keluarga kite..dia..dia laa..kite dgn cara kite..mana laa boleh sama..kenapa nak sedih..sebab dia ada banyak susu..kite tak ada..hujung2 anak tengok anak kurus..anak asik sakit..btambah sedih..

buat apa yg terbaik utk di beri pada baby..susu formula pun boleh buat baby kenyang..bam2 montel..sihat juga..

ibu yg tak stress..gembira..dapat buat keluarga dia hidup dalam keadaan tenteram
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu breastfeeding ni ramai ibu tertekan sebab dengar cakap-cakap orang. Dekat hospital even swasta skalipun the nurse akan psycho untuk bf baby.
For me i bagi dua-dua.
Formula milk untuk nutrient & kenyang.
breastmilk pula untuk khasiat baby, bonding, love & mother's health
Enjoy the process, jangan stress. Elakkan diri dari perkara/manusia yang boleh tambah stress.
Bila ibu happy, anak-anak pun akan happy.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 02:23 PM | Show all posts
lg satu gosip kayangan anak susu formula badan gemuk lambat jalan.

realiti xsemua camtu. rezeki masing2 janji anak sihat bahagia cukup. susu badan bukan cam pili bomba sekali keluar banjir rumah sis vokuru. susu badan ni ikut rezeki masing2 hormon badan.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-10-2020 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
CocoCily replied at 16-10-2020 01:33 PM
Abaikan je TT. Jangan sedih. You are not alone. Milk booster pun, lain orang lain effectnya. You dah ...

Ya.. Memang decision paling baik utk left grup2 menyusu ni. Sebab buat sy lagi stress n rasa sy ni xmampu jadi ibu yg baik. Even sy dah ckp, sy dah buat semua yang dlm grup tu suruh, tapi still akan ada yg cakap dah buat itu?dah buat ini? Alahai, sy ni sampai 4 pam dah tukar. Dah ukur puting n tukar valve based on puting sy. Xpela, sy still pam macam biasa cuma kena toup dengan fm. Asal baby sihat dan happy..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-10-2020 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
crinklecut replied at 16-10-2020 01:46 PM
saya tak tahu laa..saya layak ke tak komen pasal susu..saya faham perasaan TT yang nak anak minum su ...

Terima kasih..huhu.rasa usaha sy n apa yg sy buat dihargai bila dapat reply mcm ni and dari forumer2 lain.. Thank you sangat2. Insyaallah sy akan teruskan susu baby just memang kena topup dan sy akan abaikan semua yg buat sy stress. Tak nak dah sedih2 bila kawan2 ckp sy xusaha
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-10-2020 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
crinklecut replied at 16-10-2020 01:56 PM
betul..saya setuju   kenapa kite nak dengar cakap orang utk keluarga kite..dia.. ...

Kan.. Silap sy suka banding dengan orang lain. Tak pela, ni rezeki anak sy. Sy dah usaha dan sy terima seadanya..

Terima kasih eh.. Baru rasa x kesorangan. Kalo dkt grup, memang rasa mcm loser betul sebab campur susu fm
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-10-2020 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
orkidorkido replied at 16-10-2020 02:04 PM
Isu breastfeeding ni ramai ibu tertekan sebab dengar cakap-cakap orang. Dekat hospital even swasta s ...

Seriusly. Sy sekarang memang kena left grup dkt fb. Sampai skrg sy still teringat ada org ckp, xde ibu yg xde susu. Ibu just x usaha. Waaaa.

Xpela, sy rasa sy memang dah buat sebaik mungkin, makan, minum air, jaga jadual pam, bagi direct feed sekerapnya, tukar valve, ukur puting, power pumping. Tapi memang 1 hari akan dpt 6 ke 7 oz je. Demand baby 18 oz.. So sy topup je la dengan fm. Malas dah nak pikir, nak stress
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-10-2020 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 16-10-2020 02:23 PM
lg satu gosip kayangan anak susu formula badan gemuk lambat jalan.

realiti xsemua camtu. rezeki  ...

Sy setuju.. Rezeki setiap orang lain2.. Rezeki baby sy memang banyak tu je.. Hihi. Yang penting baby sihat je
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 03:53 PM | Show all posts
lavendermiz replied at 16-10-2020 03:21 PM
Sy setuju.. Rezeki setiap orang lain2.. Rezeki baby sy memang banyak tu je.. Hihi. Yang penting ba ...

walaupun sista vokuru hantu kopek tp dia bukan hantu susu. so berlapang dada je. xperlu nak layan fikiran macam2
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 05:12 PM | Show all posts
lavendermiz replied at 16-10-2020 03:02 PM
Ya.. Memang decision paling baik utk left grup2 menyusu ni. Sebab buat sy lagi stress n rasa sy ni ...

Betul. Jangan stress stress ok. Anak sihat and membesar dengan baik yang penting. Enjoy the moment dengan anak. be happy
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 06:20 PM | Show all posts
lavendermiz replied at 16-10-2020 03:05 PM
Terima kasih..huhu.rasa usaha sy n apa yg sy buat dihargai bila dapat reply mcm ni and dari forume ...

cayok2 TT jangan sedih2..sebab TT dah usaha sehabis mampu dah..saya baca..mcm2 TT usaha buat tu ini utk bagi anak yg terbaik..TT patut bangga dgn diri TT..sebab saya pun tak segigih tu..cuma rezki tak memihak pada TT dan anak..ibu yg baik..jgn sedih ya
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 11:43 PM | Show all posts
ambil pil tambah hormon buat banyak susu,
me alami masalah ni masa anak 3 bulan lebih,
doctor kata sebab usia, 39 tahun first baby so susu kurang,
so dia kasi pil tu, serasi agaknya, alhamdulilah berjaya bf sampai
anak 2 tahun sehari.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list