CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1051|Reply: 1

{SARAWAK] Esdisi Padan Muka - Meringkuk dalam penjara kerana mengamuk pecahkan p

[Copy link]
Post time 16-10-2020 05:32 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Seorang penganggur lelaki terpaksa meringkuk dalam penjara selama sebulan setelah gagal membayar denda RM1,000 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan mengamuk dan memecahkan pinggan milik bapanya yang bernilai RM25.

Mohamad Norhisham Abduallah, 25, mengaku bersalah sejurus pertuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Seksyen berkenaan memperuntukkan penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan membaling dua biji pinggan milik bapanya sehingga ia pecah dan menyebabkan kerugian berjumlah RM25, semasa berada di kediaman mereka di Taman Mesra Bako, Jalan Bako di sini pada 13 Oktober lalu, jam 10.40 malam.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu dikatakan bertindak sedemikian kerana timbul salah faham antara dia dengan ibu bapanya melibatkan soal wang.

Difahamkan, bapa tertuduh membuat laporan polis terhadap tertuduh yang merupakan anak sulung kerana khuatir akan keselamatan mereka sekeluarga.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang penganggur lelaki didenda RM3,000 atau lima bulan penjara sekiranya gagal membayar selepas mengaku bersalah memiliki 0.50 gram dadah jenis Ketamin.

Ong Ka Chun, 27, didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 6 Ogos lalu, jam 12.30 tengah malam di sebuah rumah di Taman Borneo, Jalan Lapangan Terbang di sini.

Semasa serbuan dibuat, pihak polis menemui dadah berkenaan didalam seluar milik tertuduh.

Untuk itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dilaporkan membayar denda tersebut.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang.

Hafizah Abdul Hamid


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2020 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
X baloi kena penjara sebulan sbb pinggan rm25. Itulah, ikut sgt emosi tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.060983 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list