CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1109|Reply: 6

[SARAWAK] Edisi Pati = 25 pendatang haram ditahan di tapak pembinaan Hospital Um

[Copy link]
Post time 16-10-2020 05:35 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seramai 25 pendatang haram ditahan dalam operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi penguat kuasa di beberapa tapak pembinaan di sekitar Hospital Umum Sarawak di sini, semalam bagi mengekang penularan wabak COVID-19 .

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan malam Khamis memaklumkan operasi yang bermula pada pukul 3 petang itu dilakukan setelah dua kes positif COVID-19 dikesan melibatkan pendatang tanpa izin, semalam.

“Semua pekerja menjalani ujian saringan COVID-19 dan dikuarantin. JPBNS dan agensinya telah mengambil tindakan pantas untuk menyiasat dan memeriksa premis-premis terlibat bagi mengawal penularan wabak berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak 150 petugas dari JPBN, Jabatan Kesihatan Negeri, polis, imigresen dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) terlibat dalam operasi tersebut.

"Pihak yang melanggar undang-undang dan prosedur operasi standard akan disiasat," menurut kenyataan itu. - BERNAMA



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2020 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
yg ni akan di rawat ke..atau...minta kedutaan drng amik dan antar balik????
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Leluhurrrrrr parasit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2020 11:45 PM | Show all posts
Skuau replied at 16-10-2020 05:58 PM
yg ni akan di rawat ke..atau...minta kedutaan drng amik dan antar balik????
kalau ikut berita...
akan d rawat dan dah d rawat ... dah sembuh ..

Sementara itu, Sarawak tidak melaporkan sebarang pertambahan kes positif baharu COVID-19 pada hari ini. Jumlah keseluruhan bagi kes di negeri itu kekal 759 kes setakat ini.

Turut dimuatkan dalam kenyataan JPBN Sarawak, dua kes dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan discaj masing-masing dicatatkan di Hospital Sibu dan Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes postif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj setakat hari ini adalah 696 orang atau 91.70% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak,” Jelas kenyataan itu.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2020 11:53 PM | Show all posts
buruh murah ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2020 11:57 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2020 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
kos rawatan PATI ni di biayai oleh...???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.093123 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list