View: 17301|Reply: 213
|
[Tempatan]
Berita malam kagum:Angkasawan Negara jadi penghantar makanan.
[Copy link]
|
|
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula semalam sehingga 27 Oktober ini mengejutkan rakyat
KUALA LUMPUR – Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengakui beliau kembali menjadi penghantar makanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula semalam.
Pemilik Bersama Restoran Rebung itu berkata, status yang dimilikinya ketika ini tidak penting malah beliau langsung tidak berasa malu kerana kerja yang dilakukan itu adalah halal.
Kata bapa kepada empat anak itu, kesanggupannya menjadi penghantar makanan itu diharapkan akan menjadi contoh dan perangsang kepada kakitangannya di restorannya itu.
“Status tidak penting kerana seperti ketika PKP semua berdepan kesukaran dan orang di luar hendak dapat makanan pun susah.
“Jadi ambil keputusan untuk hantar sendiri makanan, naik motorsikal dan saya juga ingin beri perangsang serta contoh kepada kakitangan saya kerana bila nampak bos buat, mereka lagi bersemangat.
“PKPB ini semua restoran digalakkan amal konsep bungkus dan saya akan sendiri menerajui pasukan Restoran Rebung untuk untuk menghantar makanan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
“Tidak susah dan seronok sebenarnya kerana saya suka sesuatu yang berbeza dan tidak perlu rasa malu dan tersinggung lebih-lebih lagi masa Covid-19 ini apa sahaja kerja yang halal kita perlu buat,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di Restoran Rebung di sini baru-baru ini.
Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menaiki lif ketika membuat servis penghantaran makanan ketika di Restoran Rebung, Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 14 OKTOBER 2020.
Pada bulan Ramadan ketika PKP, kisah Sheikh Muszaphar Shukor menjadi penghantar makanan untuk tempahan makanan telah menjadi viral di media sosial.
Seorang Pensyarah
Mengulas lanjut, Sheikh Muszaphar yang juga pensyarah berkata, beliau seronok dapat berjumpa pelanggan apatah lagi mereka begitu teruja hendak mengambil gambar Bersama.
Namun beliau mengakui melalui kesukaran sebagai penghantar makanan apabila terpaksa berteduh dibawah jambatan ketika hujan lebat.
“Saya jumpa ramai nasib yang sama dan kami dapat borak-borak serta seronok dapat jumpa.
“Menjadi penghantar makanan sukar dan diibarat juga sebagai petugas barisan hadapan. Saya hormat mereka dan bukan sahaja doktor tetapi mereka yang pastikan tempahan makanan sampai di rumah pelanggan,” katanya.
Sheikh Muszaphar menjadi individu pertama Malaysia sampai di angkasa lepas pada Oktober 2007 dan baru-baru ini berada di kedudukan teratas sebagai World’s Most Admired kategori Malaysia yang dikeluarkan portal YouGov.
Portal itu mengumpulkan pencalonan terbuka World’s Most Admired dari panelis di 42 negara dan wilayah seluruh dunia bermula Januari sehingga Mac lalu.
Sheikh Muszaphar berjaya menewaskan Datuk Lee Chong Wei yang berada di tempat kedua diikuti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau yang memiliki hampir satu juta pengikut di Instagam miliknya kini menjadi idola dalam mendidik anak-anak di kalangan ibubapa.
p/s: Semoga apa yang di lakukan oleh Ikon Rakyat Malaysia ini dapat di jadikan role model kepada anak-anak muda di luar sana dalam mengdepanai situasi ekonomi yang semakin mencabar ini
sumber: MalaysiaGazette |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
So betul la time sebelum ke angkasa digossipkan dia dan owner lagi satu berkasih ? |
|
|
|
|
|
|
|
Resto rebung tu overrated ya hamat dgan harga sedemikian. Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rosmahisham at 18-10-2020 02:15 AM
Aku tgk rege makanan dia kemain..nasi grg dkt 30rm..ye la kan dato dr sms yg hantar kn..special delivery gittew.aku pnh dgr gossip org kata dr sms kekwat betul ke? Tp npk sopan santun je. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SalenaGomez at 17-10-2020 05:45 AM
Orix replied at 17-10-2020 01:57 AM
Resto rebung tu overrated ya hamat dgan harga sedemikian. Sekian.
Rasanya ok kalau makan lunch buffet..harga buffet lunch ok je....kalau order2 maybe mahal...lagi 1, teh tarik rebung sedap
Cuma rebung ni bagus utk intro makanan malay to org luar... SG penah bawa kawan2 mat saleh dr uk makan sini. Intro makanan melayu kat diorg esp masak lemak siput sedut tu...diorg suka ya ...ulang2 pegi tambah...katanya lagi sedap dr escargot siput french tu
Kawan2 SG yg cines n indian pon suka sini
Kiranya rebung ni bagus utk intro makanan melayu..,Location elok...ekon...mmg laaa boleh bawak makan tepi jalan je, tp at least ada laa kedai makan melayu yg gah n sedap |
|
|
|
|
|
|
|
Ambik order dr restoran die je mmg lh mudah
Bdk2 grab food panda ni merata
Tp dr ttp hensem dan bercakap spt penulisan buku
|
|
|
|
|
|
|
|
ak lg kagum dia guna lesen doktor dia volunteer h sabah, lesen doktor ada expired kah. tp tu la dh ada anak2 , ak pun x sanggup nk tinggalkan family. btw minyak angin dia quite best. tp harga 'Restoran Rebung' kena mata still pedih gak |
|
|
|
|
|
|
|
good inspirasi kpd jantan2 yg malas keja
ada puak2 yg malas keja sanggup makan tanggung dek bini,mertua bagai
walhal boleh jea keja food delivery mcm ni..eh tiba2 lak emo |
|
|
|
|
|
|
|
Dia pemilik restoran...bolehla saja2 cover kje penghantar makanan secara suka2. Klau dia kje penghantar makanan semata2, takdenya dr halina tu nak kt dia... |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 17-10-2020 05:42 AM
Rasanya ok kalau makan lunch buffet..harga buffet lunch ok je....kalau order2 maybe mahal...lagi ...
Iols pegi 2x makan buffet lunch sekali, dinner sekali, dua2 iols rs makanan dia biasa2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah gebu mcm dlm gambar tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 17-10-2020 08:05 AM
Dia dah gebu mcm dlm gambar tu ke?
Laki org, jgn nak menggedikz.. |
|
|
|
|
|
|
|
Marketing gimmick
Adalah nanti acik kelam order nasi goreng dgn harapan Dr SMS sendiri yg hantar. Semoga impian terlaksana.
|
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter replied at 17-10-2020 01:57 AM
So betul la time sebelum ke angkasa digossipkan dia dan owner lagi satu berkasih ?
Apa buktinya btl?
X baik buat fitnah kak. |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 17-10-2020 01:57 AM
Resto rebung tu overrated ya hamat dgan harga sedemikian. Sekian.
Bnyk restoran yg over rated.
Style aku simple je, x berbaloi x pyh pg.
Secret recipe pun over rated jgk.
Spagethi bodoh pun rm 30 lbh walhal spagethi pasar mlm lg sedap aku rasa.
Jd aku rs org yg pegi secret recipe mmg la sejenis bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 17-10-2020 08:05 AM
Dia dah gebu mcm dlm gambar tu ke?
Dia ada bgtau dlm ig nya saja menggebu as to support wife pegnen kembar nya tu |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 17-10-2020 08:13 AM
Bnyk restoran yg over rated.
Style aku simple je, x berbaloi x pyh pg.
Ada ke spaghetti kt SR smpi rm30 ? Iols perasan dlm rm21-23 jah. But pd iols SR punya serving portion besar so ok jah dgan harga tu. Lgpun SR selalu buat meal savers. Kadg2 ada buy 1 free 1 utk lunch, ada buy meal free cake... |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 17-10-2020 08:19 AM
Ada ke spaghetti kt SR smpi rm30 ? Iols perasan dlm rm21-23 jah. But pd iols SR punya serving port ...
Ada. Tade la besar mn.
Still x leh lawan william or murni.
Lg worth for money mkn kat Sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan tentu gumbira, tak perlu menyediakan good paying jobs utk mereka mereka yg punyai kelayakan yg baik......
kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
| |
|