CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12733|Reply: 197

[Tempatan] Pengalaman dikecewa tujuh lelaki. Semua nak menghimpit sebab dia gaji besar, ker

  [Copy link]
Post time 17-10-2020 09:37 AM | Show all posts |Read mode
hmetro.com.my
Dikecewa tujuh lelaki
Nurul Husna Mahmud
5-6 minutes

Kuala Lumpur: Gaji tinggi selain ada ciri wanita yang up to date menjadikan Normah, 38, (bukan nama sebenar) yang juga eksekutif di sebuah syarikat swasta di Klang, Selangor menjadi buruan lelaki.

"Sejak tiga tahun lalu, saya sudah berkenalan dengan tujuh lelaki namun semuanya bukan mahukan saya kerana 'saya'.

"Sebaliknya, mereka hanya mahu menumpang dengan 'kestabilan kerjaya' serta ciri-ciri yang ada pada saya," katanya.

Kerana itu, Normah mengatakan dia masih membujang walaupun berusaha mencari jodoh sesuai.

"Saya mendaftar di laman cari jodoh tempatan tiga tahun lalu dan turut menyerahkan profil diri.

"Saya sanggup langgan pakej tertentu secara bulanan membolehkan saya membaca dan meninggalkan mesej kepada calon berpotensi.

"Hasilnya, saya didekati lelaki. Saya berpeluang mendampingi mereka, namun semuanya dilihat lebih 'berminat' dengan wang serta harta benda saya," katanya.

Menurut Normah, semua lelaki terbabit bukan dalam kalangan bekerjaya profesional, namun dia tidak kisah kerana pentingkan budi pekerti selain kejujuran.

"Ada yang baharu kenal tidak sampai dua bulan sudah pandai meminta saya untuk membuat pinjaman kereta dan mendakwa akan membayarnya semula secara bulanan.

"Ada juga yang kerap mengajak saya makan di restoran mewah, namun liat untuk membayar. Sempat juga lelaki itu meminta saya membelikannya jam berjenama," katanya yang mendedahkan pelbagai kerenah lelaki 'tidak sihat' yang mahu mendekatinya.

Dia terkilan kerana lelaki terbabit turut 'menggula-gulakannya' setiap kali meminta dibelikan sesuatu seperti dijanjikan kehidupan bahagia selepas berkahwin.

Normah mengatakan, dia akhirnya memutuskan untuk mengakhiri persahabatan kerana tidak mahu terasa digunakan.

"Bagaimanapun, saya percaya satu hari nanti, saya pasti mendapat jodoh yang baik sama ada melalui carian jodoh atas talian atau lain-lain," katanya.

Pilih rupa bukan cinta

"Saya berkenalan dengan 10 lelaki melalui laman cari jodoh tempatan sejak lima tahun lalu namun belum mendapat jodoh kerana semuanya memilih rupa," kata wanita mahu dikenali sebagai Shamsiah, 31.

Shamsiah yang bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai kerani berkata, berdasarkan profil semua lelaki terbabit, mereka tidak kisah berkaitan paras rupa sebaliknya keikhlasan serta budi pekerti yang dicari.

"Bagaimanapun, apabila bertemu buat kali pertama, semuanya mula kelihatan serba tidak kena.

"Ada yang berlalu pergi kurang daripada lima minit bertemu, paling lama berbual dengan saya ialah kira-kira sejam. Tidak kurang juga ada yang langsung tidak kunjung tiba ," katanya.

Menurut Shamsiah yang masih bujang dan tinggal di Keramat, dia agak kecil hati dengan layanan itu, namun reda kerana beranggapan masih belum sampai jodohnya.

"Mungkin paras rupa saya kurang menarik di mata mereka. Bagaimanapun, saya tetap yakin, satu hari nanti, saya akan dipertemukan dengan jodoh.

"Buat masa ini, saya akan terus mencari lelaki sesuai sama ada melalui laman cari jodoh, rakan atau saudara.

"Bukan terdesak sebaliknya ia hanya usaha untuk mencari jodoh," katanya yang juga anak keempat daripada tujuh beradik.



Kira-kira 180,000 wanita mendaftar di portal cari jodoh TillJannah Sdn Bhd sejak portal ini ditubuhkan pada 2016, namun hanya 1,000 yang sudah melangsungkan perkahwinan gara-gara tidak mahu bersikap seolah-olah 'perigi cari timba'.

Pada masa sama, walaupun jumlah itu besar, ramai yang tidak aktif dan hanya mendaftar sebelum terus senyap.

Sikap terbabit menyebabkan wanita berkaitan sukar untuk bertemu jodoh sesuai memandangkan mereka kurang 'menampilkan' diri.

Ketua Pegawai Eksekutif TillJannah Sdn Bhd Khairul Fadhli Abu Samah berkata, tidak semua bersikap sedemikian namun ramai yang tidak mahu 'mendekati' sebaliknya menunggu 'didekati'.



"Dalam kalangan yang sudah bernikah pula, ada yang mengirim lebih 100 mesej kepada lelaki diminati sebelum bertemu buat kali pertama, seterusnya ke fasa berikutnya.

"Berdasarkan data kami, semua pasangan yang menjalin hubungan serius selepas berkenalan berkahwin kurang enam bulan kemudian," katanya.

Katanya, keahlian TillJannah Sdn Bhd membabitkan 180,000 wanita dan 120,000 lelaki berusia 20-an hingga 40-an.

Katanya, pihaknya menggalakkan peserta untuk mengemas kini profil masing-masing sekerap mungkin kerana ia demi kebaikan masing-masing.

"Kami tidak ada data berkaitan jenis pekerjaan, latar belakang atau pendapatan yang menjadi minat utama individu yang ingin berkenalan.

"Bagaimanapun, ia lebih kepada rasa serasi pasangan sebelum membawa hubungan ke fasa seterusnya," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2020 09:41 AM | Show all posts
Benda macam ni syaratnya: don't be desperate. Terdesak, tergesa-gesa, tak sabar, terlalu berharap. Semua ni bad energy that will attract bad energy people too. Hence the stories.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni normah baru tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan give uo teruskan usaha..kat malaysia ada 20 juta lelaki pasti dapat satu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
akakmasihvogue replied at 17-10-2020 09:45 AM
Jangan give uo teruskan usaha..kat malaysia ada 20 juta lelaki pasti dapat satu...

Kalau x dpt juga maksudnya apa?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerexxx replied at 17-10-2020 10:00 AM
Kalau x dpt juga maksudnya apa?

You're not attractive enough.

Dunia memang gini. Even pipel with looks have it hard but it'll be harder if you have none.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2020 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Best is Normah jangan tunjuk kekayaan chuols. Maybe you are the one yg flaunt about your harta dan pangkat hence dpt la semut yg merayap. Be more real, attract org yg sama minat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 17-10-2020 10:07 AM
You're not attractive enough.

Dunia memang gini. Even pipel with looks have it hard but it'll b ...

huhu pedihhh....
yg kerja best2 tu blh beralih ke kokesen byk mtg sana sini moga2 jmp satu. biasa depa suke muka exotic
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2020 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dasar lelaki sekarang..dah nak pencen Cari pucuk muda yg berkerja ada benefit so leh tumpang benefit bini muda..bill hospital Mahal kan..
yg muda  nak kerja senang2 tp gaji byk ,bila kahwin bini kerja senang semua bini tanggung or leh share belanja umah. Bini pun malas nk ckp mula sekali beli brg dapur jadi kebiasaan selagi bergelar isteri..belanja umah,anak etc. Bila pompuan melalui ini,baik single dari kahwin.
If you're single,jodoh belum sampai (kan dah ditentukan) byk benda lain boleh buat dari mengejar benda yang actually you Tak sedia lagi nak melalui. Jangan kerana bosan dengan pertanyaan orang or jadi abnormal sbb single at certain age you push yourself walhal you not ready yet
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Why succumb to the expectation of society..if you are happy alone...so be it
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingat balik masa cik normah tekel ramli dalam Bujang Lapok.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pon pon join batuljannah ni. Mmg la ade ramai calon tapi tgk cam takoddd je. Terus jadikan hobi tgk calon pastu takot. Huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda camni simple je, kau pergi jpn tukar nama ke rosmah, takde sapa nak himpit lagi dah pasni
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
glump replied at 17-10-2020 10:16 AM
Dasar lelaki sekarang..dah nak pencen Cari pucuk muda yg berkerja ada benefit so leh tumpang benefit ...

Actually ada juga ujian lain untuk orang tak berkahwin. Mostly kes takdapat counter damage fitnah dan family manipulation

Bila pompuan nampak lone pack, family dia yang mula2 makan duit dan buat fitnah, buat masalah or aturkan life dia. Ramai macamni

Famuly akan jadi orang pertsma yang abuse duit dan interfer with her life decision. Jangan main2 high income pun tak terkecuali

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KIM.K at 17-10-2020 10:33 AM

Jodoh ni pertama sekali jangan mengaku takde dara or pernah liar. Nanti laki ungkit dan amik kesempatan kemudian hari. Kena faham si lelaki or keluarga dia mungkin lagi imperfect compare to our mistake

Memang lelaki akan pilih rupa yang menyenangkan dia. Lepas kawin baru tau azab camne kawin lelaki yang pilih sexual preference ni. Banyak kerenah dan tak respek bini

Zaman sekarang pun lelaki yang baik2 pilih wanita bekerjaya

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
perempuan single kena berdikari..
buat apa nk hidup meratap hiba.
jgn percaya sgt ckp perempuan single ni...
nk perhatian je.. tp bila ajak kawin takut harta kena kebas laa.. tkde jaminan hidup la.
aku sendiri andartu.. hidup kena berlapang dada dan redho.. kenapa nak susahkan hidup anak orang lain...
umur 30an tp nk cari suami yg kerja elok.. paras rupa pun elok... perangai elok..
baik dia org kawin dgn budak lps spm.
jadi kalo hadap gak nk menikah.. kena redho laa..  hidup ni tak boleh berbekalkan hati yg jujur ikhlas je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2020 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang plak dia boleh kenal n date skejap 7 lelaki tu ye? Ada org mmg rsa terdesak nk ada pasangan sgt2 kot...xda nk filter dh jenis laki tu mcm mna
Ada sorg kwn ni gigih lh nk kenalkn kwn2 dia dgn org laki yg dia kenal...mslah nya laki2 tu sume keja biasa2, ada driver lori, askar yg dh benti etc... agak2 lh jugak nk matchkn org kn tgk kwn2 tu mcm mna biar lh yg sepadan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah tegas mcm tu. Jgn disebabkan tekanan org sekeliling , terkahwin dgn biawak pemalas. Seumur hidup merana sbb bila dah dlm genggaman biawak takkan senang-senang lepaskan mesin atm.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Lum pernah dihimpit laki nak duit jer..
Sebab konsep iols..duit iols mmg nk simpan nak bawak ke kubur..punya kedekut ngn jantan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
mimpi ngeri kalau dpt bos andartu. lagik cerewet dri pompuan yg dh kawen.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.062400 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list