CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1026|Reply: 2

[SARAWAK] 9 pelajar Sarawak selamat pulang

[Copy link]
Post time 17-10-2020 05:30 PM | Show all posts |Read mode
OLEH kerana perubahan tarikh pendaftaran institut pengajian tinggi baru-baru ini dek kerana PKPB dikuatkuasakan ramai pelajar baru yang awal tiba di Semenanjung Malaysia tidak mampu berbuat sedemikian. Bagi anak Sarawak sudah tentu ini amat membebankan tambahan bukanlah mudah untuk mendapat penempatan di saat akhir mahupun dengan jadual penerbangan yang tidak boleh dijangkakan.

Bertindak daripada itu, Pejabat Perhubungan Negeri Sarawak (Rumah Sarawak) dengan kerjasama Sarawak Volunteer serta Menteri Kerja Raya Malaysia iaitu Datuk Seri Fadillah Yusuf tampil memberi bantuan kepada sembilan orang anak Sarawak dengan memberikan mereka tempat tinggal sementara dan seterusnya mengatur penerbangan pulang kesemua mereka kembali ke Sarawak semalam iaitu 16 Oktober 2020 melalui penerbangan Air Asia.

Sembilan pelajar itu adalah:

1, Nur Farzanah Rasyiqah binti Mohammad Nor'ashikin (Petra Jaya);
2.Muhammad Alif Morsalin (Petra Jaya);
3.Alderson Achan Juti (Sarikei);
4.Stenley Will Enturan (Sibu);
5.Andrew Wilson (Julau);
6.Julius Apui Joseph (Miri);
7.Muhammad Ihsan Zaidil (Petra Jaya);
8.Mohd Maulana Ikhwan Ahmad Shukri (Petra Jaya);
9.Angie Angeli Jones (Serian).

Inilah antara situasi yang berlaku kepada anak Sarawak di perantauan semenjak Covid-19 melanda negara Malaysia. Banyak hal yang tidak boleh dijangkakan berlaku namun begitu anak Sarawak masih bertuah kerana Kerajaan Sarawak tetap menjaga rakyat Sarawak walau dimana sahaja mereka berada.

Terima kasih Kerajaan Sarawak, Ahli Parlimen Petra jaya, Rumah Sarawak dan Sarawak Volunteer atas bantuan yang tidak terhingga ini.

Credit RP

Kredit gambar: Sarawak Volunteer

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2020 05:30 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. Lega hati dapat balik rumah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.494861 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list