View: 816|Reply: 3
|
[Tempatan]
4,794 permohonan jadi sukarelawan KKM bantu COVID-19. Mereka ada background dlm
[Copy link]
|
|
COVID-19: KKM terima 4,794 permohonan jadi sukarelawan
Oleh Ilah Hafiz Aziz dan Noor Atiqah Sulaiman - Oktober 17, 2020 @ 8:02pm
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menerima sebanyak 4,794 permohonan daripada pelbagai pihak, terutama pengamal dan pakar perubatan, untuk menjadi sukarelawan bagi membantu usaha memerangi pandemik COVID-19 di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata KKM bagaimanapun perlu mempertimbang secara terperinci setiap permohonan berkenaan.
Beliau berkata, ia antara lain kerana ada kriteria ketat perlu dipenuhi setiap pengamal perubatan terbabit.
"KKM mempunyai kriteria tertentu berdasarkan amalan dan pengalaman mereka.
"Malah, kita perlu melihat tahap kesihatan mereka dan menjalankan saringan untuk menghantar mereka ke hadapan.
"Selain itu, KKM perlu melihat kegunaan perkhidmatan mereka pada masa depan, bukan saja untuk tempoh jangka pendek tetapi juga pertengahan dan panjang nanti.
"Yang penting ialah sentiasa melihat keadaan semasa," katanya pada sidang akhbar COVID-19, hari ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dorg kuat fizikal dan mental |
|
|
|
|
|
|
|
Keadaan dah undercontrol dulu. gara2 politaik n golongan kepala batu punya angkara. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah banyak permohonannya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|