CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8733|Reply: 185

[Tempatan] Sekali lagi Cina DAP bantah laksana semula GST. Pakar ekonomi ckp GST lebih bai

  [Copy link]
Post time 18-10-2020 11:44 AM | Show all posts |Read mode
freemalaysiatoday.com
GST lebih baik dalam jangka masa panjang, kata pakar ekonomi
Nicholas Chung
October 18, 2020 8:28 AM

PETALING JAYA: Beberapa pakar ekonomi tidak bersetuju dengan gesaan seorang pemimpin DAP supaya Putrajaya tidak melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST), dengan berkata sistem cukai yang dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah lebih baik dalam jangka masa panjang dan boleh memainkan peranan penting dalam krisis ekonomi buat masa ini.

Ketua pegawai eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran Malaysia Carmelo Ferlito berkata, cukai ke atas penggunaan akan memupuk mentaliti berjimat cermat dalam kalangan rakyat, selain menambah bahawa ia adalah keperluan memandangkan hutang isi rumah di Malaysia antara yang tertinggi di dunia.

“Hasilnya, tabungan tambahan akan menjadi dana yang diperlukan untuk pelaburan baru, yang merupakan kunci kepada pemulihan ekonomi,” beliau memberitahu FMT.

Mengakui bahawa GST mungkin bersifat regresif dengan menambah bebanan kumpulan berpendapatan rendah, beliau berkata, sistem yang lebih bersasar boeh mengatasi masalah berkenaan.
Carmelo Ferlito.

Beliau berkata, barang keperluan asas yang biasa digunakan oleh kumpulan berpendapatan rendah seperti beras boleh dikecualikan GST, manakala barang mewah yang berkait rapat dengan isi rumah berpendapatan tinggi boleh dikenakan kadar sebanyak 10%.

Selain itu, barangan pembangunan utama seperti barangan berkaitan kebudayaan dan pendidikan boleh dikenakan kadar lebih rendah 3%, manakala barangan lain yang tidak diklasifikasi di bawah mana-mana 3 kategori itu boleh dikenakan “kadar sederhana” 6%.

“Jelaslah bahawa cukai penggunaan semata-mata tidak mungkin menghasilkan keajaiban. Bagi menghindari pengenalan semula GST daripada mengganggu usaha memulihkan ekonomi, pelaksanaannya harus diiringi dengan langkah fiskal lain seperti cukai pendapatan yang lebih mudah dan rendah,” katanya.
Liew Chin Tong.

Pada Sabtu, Liew Chin Tong menggesa Putrajaya supaya menamatkan khabar angin mengenai pelaksanaan semula GST dengan menolak sebarang langkah ke arah itu dengan berkata, sistem cukai berkenaan adalah antara sebab kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 2018.

Katanya, keluarga berpendapatan rendah dan sederhana perlu membayar lebih banyak berbanding mereka yang berpendapatan tinggi.

Bagaimanapun Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata, GST adalah baik bagi ekonomi keseluruhan kerana ia meluas dan cekap.

Beliau berkata, Putrajaya mungkin akan mempertimbangkan pelaksanaan semulanya kerana ia memerlukan hasil.
Barjoyai Bardai.

“Di atas kertas, ia kelihatan regresif kepada kumpulan berpendapatan rendah, tetapi begitu juga cukai pendapatan. Kita mempunyai sistem cukai korporat tunggal yang membolehkan pemegang saham menghindari pembayaran cukai kerana ia dikenakan di peringkat korporat, dengan margin keuntungan termasuk dalam cukai yang dibayar.

“Pemegang saham dalam kebanyakan syarikat senaraian awam tidak membayar cukai daripada pegangan saham berkenaan. Apabila mereka menjual saham ia juga tidak dikenakan cukai kerana ia merupakan keuntungan modal,” beliau memberitahu FMT.

Walaupun wujud pro dan kontra berhubung pelaksanaan semula dasar itu, beliau berkata, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada boleh diubah sedikit demi sedikit untuk turut merangkumi unsur GST supaya ia tidak terlalu langsung.

Sekiranya GST dilaksanakan semula, Ferlito mencadangkan supaya cukai berkenaan dikutip oleh negeri dengan mengambil 20% daripada kutipan dan memindahkan baki 80% kepada kerajaan pusat.

“Ia boleh digunakan bagi menguji tahap devolusi cukai yang lebih tinggi dengan kerajaan negeri terlibat dalam kutipan cukai sekali gus mempunyai akses langsung kepada dana yang boleh digunakan untuk menyokong wilayah berkenaan,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2020 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Penyokong DAP tak suka GST sebab dorang tak reti kira formula GST

Kesian dorang.. no wonder..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 11:54 AM | Show all posts
eh? baru habis baca buku gst ke dapig ni? kata terer biz
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Haruslah gelabah nenen semua towkey2 dap dgn GST sbb tak boleh lari tax lagi. Setiap transaksi dah rekod dlm sistem nak lari pusing gimana lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
cukai gst xboleh, caj rm1 satu plastik boleh demi kawalan pencemaran katanya, walhal bertahun dh ada segelintir geng dia yg bangang  buang kumbahan toink2 dlm sungai. ( ak ckp segelintir ye, bkn semua ye)
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Haruslah diorang x suka.. lebih telus
Buat je gst balik... dah bagus2 ada gst tukar sst..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2020 12:40 PM | Show all posts
Call it by whatever name you want, aku nak harga yang tertulis kat menu tu harga net.

Bosan hidup macam kat US. Quote lain tapi bila nak bayar macam2 lah dia minta.

Paling benci budaya rasuah rebranded as tips. tiber



Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau implement gst semula, tambah kan lagi item yg dikecualikan gst, termasuk bil utiliti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2020 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmgla tolak GST sbb nak elak cukai.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 02:27 PM | Show all posts
Edited by sam1528 at 18-10-2020 02:37 PM

Ni dia penulisan tentang GST oleh Liew Chin Tong :
The promoters of GST have argued that Malaysia’s tax base is too small and there are too few Malaysians—only around 16.5%—subject to individual income tax. Therefore, by implementing GST, the promoters are hoping to “expand the tax base,” as everyone needs to pay it whenever they consume.

Since 2013, I have been arguing that GST is the wrong cure to deal with a small tax base. Why are so few Malaysians paying income tax? Admittedly, there is some tax evasion. But, the tax authorities have enough tools to deal with tax evasion.
Why then are so few Malaysians paying direct income tax? The answer is simple: they are too poor to pay income tax. Their income just does not qualify them to pay income tax. DOSM’s most recent Household Income survey[ii] shows that, taking into account available deductions, households (not individuals) in the B40 group effectively earn below the amount where they would be liable to pay taxes.

To corroborate this, one just has to go back to the rationale for and thinking behind the introduction of BR1M in 2012. Under political pressure from Pakatan Rakyat then, Prime Minister Najib and Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin pushed for this band-aid idea to give 60% households a bit of money once a year to help tide them over.

BR1M is a recognition that 60% of the Malaysian households are not doing well economically.

Juxtaposing these two – only 16.5% of Malaysians pay income tax and 60% households are deemed poor – it should be evident to everyone that GST, which taxes consumption at a flat rate, was the wrong cure for the wrong problem.

The introduction of GST was akin to the government paying out BR1M/BSH using the right hand to 60% low-income households, and then using the left hand to collect back more as a proportion to their income from this particular group.

Isu sekarang betul ke GST adalah cure all solution?

Kalo 60% rumahtangga tak mampu bayar cukai bermakna GST bukan solution dia

Kalo dah bayar BR1M & BSH bermakna kerajaan akui yang 60% atau peratus yang tinggi adalah rumahtangga yang tak mampu bayar cukai & perlukan pertolongan RM

Bagi BR1M & BSH dengan tangan kiri & ambil balik lebih melalui GST kot tangan kanan

Last2 yang kena rakyat biasa jugak tapi dok canang 'kerajaan perihatin'

Sekarang lah kerajaan PN / abahcow boleh tunjuk macamana depa boleh bagi solusi untuk selesai kan isu kemiskinan rakyat

GST bukan jawapan dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 02:44 PM | Show all posts
ko pakar ke aku pakar? ujar pakar ekomoni kepada seorang dap
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 02:46 PM | Show all posts
sst halge balang akan tulon - tony pua chu kang
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Gst ni dah applied kat beratus negara. Even negara timur tengah yg kaya raya tu pun dah start guna. Makna nyer sistem cukai ni telus. Tambahan sekarang defisit belanjawan dah brape. Kita punyer kos pengurusan dah tinggi sampai budget untuk pembangunan dah kurang. Gst jelah cara nyer. Kita x boleh slama nyer bergantung pada minyak n hasil negara. Sumber tu lama2 habis.  Lagipun, tukar balik sst harga barang x turun pun. Nampak sangat banyak peniaga ambik kesempatan. Yes, gst perlu. Yg takut gst hanya peniaga2 penipu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha wellknown kot kenapa DAP bantah dan takut sangat dengan GST
kahkah
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia antara negara paling rendah gst... ko dok india kena 28% gst
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 18-10-2020 12:40 PM
Call it by whatever name you want, aku nak harga yang tertulis kat menu tu harga net.

Bosan hidup ...

Ko mesti jaranv maka  kat restoran, sebab sebelum zaman gst pon harga kat menu restoran belum net lagi..

Sekarang takde gst pon harga kat menu belun net..

So kalau ko nak salahkan GST memang tak kena la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2020 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
ang_bess replied at 18-10-2020 02:55 PM
Gst ni dah applied kat beratus negara. Even negara timur tengah yg kaya raya tu pun dah start guna.  ...

Bukan peniaga penipu je takut GST, tapi yang kena tipu kunun2 SST lagi bagus dari GST pon sama..

Bodoh kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 03:24 PM | Show all posts
China sendiri menggunakan VAT. Maka tiada alasan DAP untuk menolak VAT/GST.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 03:32 PM | Show all posts
Edited by sam1528 at 18-10-2020 03:33 PM

Ha ha ha ha ... macai2 totok party assobiyyah masih tak paham apa Chin Tong dok kemukakan

Kata kunci dia :
Juxtaposing these two – only 16.5% of Malaysians pay income tax and 60% households are deemed poor – it should be evident to everyone that GST, which taxes consumption at a flat rate, was the wrong cure for the wrong problem.

Kalo nak kata tentang penipuan cukai , dah dijelaskan :
Admittedly, there is some tax evasion. But, the tax authorities have enough tools to deal with tax evasion.

Ni dari artikel tt sendiri :
Mengakui bahawa GST mungkin bersifat regresif dengan menambah bebanan kumpulan berpendapatan rendah, beliau berkata, sistem yang lebih bersasar boeh mengatasi masalah berkenaan.
Carmelo Ferlito.

Persoalan Chin Tong yang kena jawab : is GST the right solution for our financial problem?

Pengiraan GST lah , penipuan cukai lah bukan jawapan dia

Tersebut hanyalah retorik macai2 totok party assobiyyah pasal tak paham isu tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 18-10-2020 03:18 PM
Bukan peniaga penipu je takut GST, tapi yang kena tipu kunun2 SST lagi bagus dari GST pon sama..
...

Ape boleh buat bro. Dorang kene ikut arahan top leader. Baca pulak roketkini, suara keadilan lagi la mendap. Pimpinan cakap gst teruk terus angguk kepala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.113966 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list