CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10386|Reply: 28

[DRAMA MELAYU] SAMARINDA : HATI YANG TERSAKITI [REMY ISHAK,NAD ZAINAL,MIMI LANA]

[Copy link]
Post time 19-10-2020 12:44 AM | Show all posts |Read mode
Hati Yang Tersakiti

Hati Yang Tersakiti ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Feroz Kader dibintangi oleh Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana. siri ini akan memulakan tayangan di Slot Samarinda TV3 pada 15 Oktober 2020 menggantikan Bicara Cinta.

SinopsisDrama ini mengisahkan mengenai Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT).


Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis. Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi.


Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya.


Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja.


Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita.


Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian.


Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu.


Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah. Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya.


Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya. Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya.


PelakonPelakon Utama
  • Remy Ishak sebagai Haris
  • Nad Zainal sebagai Mona
  • Mimi Lana sebagai Farah Azira
Pelakon Pembantu
  • Riz Amin sebagai Adrian
  • Husna Mustaffa sebagai Nina
  • Meor Mohd sebagai Ihsan
  • Fad Anuar sebagai Latif
  • Ainina Ahmad sebagai Puan Aminah





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2020 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm menarik jer nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Citee ni eee geram dgn remy... Laki ni Mmg pantang kalo kene goda dgn pompuan cantek
Farah ni punn pandai ye..
Apepon pelakon2 cite ni mmg best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2020 08:23 AM | Show all posts
x nah tgk mimi watak menggoda macam nih
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 08:35 AM | Show all posts
Baik sgt bg tumpang kawan berbulan2.....aagak2la....

apala jd esok dhla laki xdpt bersama 3 bulan....kawan lak menngoda...ayat laki aku berahi...hhaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 08:45 AM | Show all posts
berbuih ai mengutuk membodohkan si mona..baik sgt tak kene tmpt..agaknye si mona ni tak tgk cite nur 2 kot..hahahhaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2020 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Emosi i tgh preggy ni tgk cerita ni
La hai mona pun apa la kelakuan tu mengundang sangat
Watak macam farah mona haris ni mmg wujud real life
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik cerita ni. Kisah isteri lurus bendul. Suami pulak malu2 kucing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2020 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama pukul 7 suami lembam...
Drama pukul 10 isteri bebal...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita yg sakit hati tgk. Sbb bang wemy I tgk. Gerammm je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 08:40 AM | Show all posts
wey semua watak mmg buat kite sakit ati ke..si mona dh kenapa balik kg lama2 tggalkan laki ngan kwn sndri..haris dh kenapa tau frh ade niat jahat tak trus je balik kg sama..ni nak mengeliat2 kat kerusi lg..mak si mona tu dh kenapa mcm bg galakan anak ade skandal balik ngan kwn sndri..PA tu dh kenapa concern sgt..jdnye faktor2 kecik gini la menyebabkan suami yg setia pon akur utk cureng..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamba je remy peluk cium bini org ..nad zainal pon seronok dipeluk cium
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Apekehal bagi tino lain duk sekali dlm umah kelamin?

Mungkin mmg urban style cenggini kot
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2020 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
hasyahana replied at 23-10-2020 07:59 PM
Selamba je remy peluk cium bini org ..nad zainal pon seronok dipeluk cium

Tertgk sat td. Kemain bamwemy menerkam farah. Sungguh menjiwai watak. Ai plak yg takut drama melayu ada adegan gini
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 10:57 AM | Show all posts
bilalah nak kantoinya ni
mak sendiri lagi cerdik

cita ni banyak tunjukkan kes kawan makan kawan :-

farah-mona
latif-adrian

rapuhnya iman seorang lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mona ni baru sedar kan. Jangan lah lurus sgt. Haris tu mmg nak perempuan lain for pleasure je. I am hoping for a plot twist. We’ll see.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2020 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Lari 3 episode Nak habis. Harap Farah dapat pengajaran
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 10:12 AM | Show all posts
ape pnye nasihat la mak mona ni.suruh pertahankan..heloo,dh mencelup sakan tu move on je laaa..buang karan je stay ngan pencureng ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Lakonan nad sgt next level tp xlojik la wey sbr die tu...bini2 ni bab slh laki bole diam tp bab cureng ko jgn weyyy...eh tp ade la..bella setillah..hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2020 03:16 PM | Show all posts
mona or mona huhuhu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.075093 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list