CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6833|Reply: 110

[Tempatan] Events bulanan. Hari ni air di Selangor TUTUP lagi. Isu pencemaran. #update Sg S

  [Copy link]
Post time 19-10-2020 09:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 19-10-2020 04:39 PM

Water cuts in Selangor yet again as treatment plants shut down due to contamination
    Monday, 19 Oct 2020
    8:35 AM MYT
    By JO TIMBUONG

PETALING JAYA: Yet another suspected contamination has forced Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) to issue a stop-work order on its Phase 1,2,3 and Rantau Panjang water treatment plants causing unscheduled water cuts to 1,196,457 accounts.

The contamination was detected around 2am on Monday (Oct 19).

The unscheduled water cut affects 1,292 areas in Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak and Kuala Langat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2020 09:03 AM | Show all posts
MB selangor  sila resign
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
hatikudus replied at 19-10-2020 09:03 AM
MB selangor  sila resign

Sila resign. Tukar sekali management syabas tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak terlibat kali ni....sampai 20/10 kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 09:04 AM | Show all posts
Happy water monthsary ... selangorku ....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalini MB selangor tanak pula turun tgok sbb apa xde air? Masa kuarantin ggih keluar dari kuarantin
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-10-2020 09:07 AM | Show all posts
skrip ayat MB (boleh adjust template skrip)
kita akan roboh kilang
kita akan naikkan denda ke RM1 juta
kita akan sita itu ini

TETIBA....


kita akan tangguh ke hujung tahun utk pemutihan
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa mcm baru saja baca berita tentang kes pencemaran sungai kat Selangor.. Mcm tak dan hangat pungkoq dok dah ada kes lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2020 09:23 AM | Show all posts
useless!

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 09:44 AM | Show all posts
elok smpai opis, opismate bgtau air dh xde... spoil je mood di pagi Isnin...

dlm tahun ni nth bpe kali xde air nye.. sabo je la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2020 09:47 AM | Show all posts

bharian.com.my
Pencemaran dikesan di Sungai Selangor, 4 LRA henti tugas | Berita Harian
3 minutes

SHAH ALAM: Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Elina Baseri, berkata henti tugas keempat-empat loji ini menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual membabitkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

"Bagi proses pencairan dan 'flushing' bahan pencemaran yang terdapat di dalam Sungai Selangor, tindakan segera sudah dilakukan dengan melepaskan air secara graviti dari HORAS 600 dengan kapasiti 285 juta liter sehari dan pelepasan air mentah dari empangan sebanyak 800 juta liter sehari.

"Dalam pada itu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 336 juta liter sehari untuk tujuan yang sama.

"Sehingga jam 6.30 pagi ini, pencemaran masih lagi di kesan di Sungai Selangor pada tahap 1 TON," katanya.

Justeru katanya, Air Selangor ingin memaklumkan pemulihan setakat jam 2 pagi ini untuk insiden henti tugas separa LRA SSP1 berikutan paip air terawat pecah mencapai kadar 80 peratus namun berikutan insiden pencemaran bau ini melibatkan loji yang sama, maka pemulihan kawasan ini tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual yang diumumkan pada semalam.

Jelasnya, Air Selangor menyediakan bantuan bekalan air dengan mengerakkan lori-lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

"Pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air untuk kecemasan seperti urusan kematian boleh menghubungi 15300.

"Air Selangor amat memahami situasi pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes COVID 19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini dengan mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.

"Maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2020 09:54 AM | Show all posts
sinarharian.com.my
1.2 juta akaun pengguna di Selangor terjejas bekalan air
NUR FARHANA ABDUL MANAN
3-4 minutes


KUALA LUMPUR - Kira-kira 1.2 juta akaun pengguna di tujuh daerah di negeri ini berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, ia berikutan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang akibat pencemaran sungai itu.

Menurutnya, gangguan bekalan air itu membabitkan 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

"Sebanyak 1,196,457 akaun pengguna terjejas akibat pencemaran ini.

"Tindakan segera telah dilakukan dengan melepaskan air secara graviti dari HORAS 600 dengan kapasiti 285 juta liter sehari dan pelepasan air mentah dari empangan sebanyak 800 juta liter sehari. Tindakan ini bagi proses pencairan dan 'flushing' bahan pencemaran yang terdapat di dalam Sungai Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 336 juta liter sehari untuk tujuan yang sama.

Katanya, sehingga jam 6.30 pagi tadi, pencemaran masih lagi dikesan di Sungai Selangor pada tahap 1 ton.

"Air Selangor ingin memaklumkan pemulihan setakat jam 2 pagi ini untuk insiden henti tugas separa LRA SSP1 berikutan paip air terawat pecah telah mencapai kadar 80 peratus namun berikutan insiden pencemaran bau ini melibatkan loji yang sama, maka pemulihan kawasan ini tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual yang diumumkan semalam.

"Air Selangor menyediakan bantuan bekalan air dengan menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis," katanya.

Beliau berkata, pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air untuk kecemasan seperti urusan kematian boleh menghubungi 15300.

"Air Selangor amat memahami situasi pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes koronavirus (Covid-19) dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini dengan mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.

"Maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual akan dimaklumkan dari masa ke masa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Selangor darul takde air
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa ramai marah Syabas?
Yg salah kerajaan negeri & JAS. Syabas henti tugas sebab nak salurkan air berkualiti...lainlah sykt air negeri lobai...air taraf air limbah pun tetap supply.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 10:06 AM | Show all posts
Kena selalu basuh tgn, mandi bersihkan diri lepas balik dr luar atas keperluan. TAPI AIR TAKDAKKK......KO SEKOLAH KE TAKKK MB SELANGOR??
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
dh smp ofis baru tau
kalau sehari ok la blh gna air yg dh tadah siap2..
kalau 2-3 hari mmg xcukup la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2020 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Heii ape ni?!kluster kayangan takpelah boleh berendam dalam swimming pool sambil lori air tercegat depan rumah.kami rakyat marhaen nak berak pon susah bercatu air
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Mb selangor bila nak tutup industry2 dekat water sources tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 10:16 AM | Show all posts
Ya ampun.

Jesus farking christ.


Simpati saya
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
liton replied at 19-10-2020 10:04 AM
Kenapa ramai marah Syabas?
Yg salah kerajaan negeri & JAS. Syabas henti tugas sebab nak salurkan ai ...

Kann..i pelik org duk maki Air Selangor...dorg buat keja utk bekalkn air yg terawat je..msalah pencemaran ni bkn salah dorg, dorg kna cuci taik org2 yg mencemarkn ni!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.150049 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list