CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6429|Reply: 56

[Jenayah] Nama Air Selangor patut ditukar jadi Gangguan, Rakyat minta MB berundur jika tid

  [Copy link]
Post time 19-10-2020 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 19-10-2020 01:07 PM

BUKAN sekali, bukan dua kali tetapi empat kali dalam tempoh dua bulan air terputus di negeri paling maju di Malaysia.

Purata penduduk di Lembah Kelang berhadapan dengan masalah bekalan air ke kediaman masing-masing dua kali sebulan.

Bengang dengan masalah yang dialami yang berulang setiap tahun itu panduduk meluahkan rasa marah di Facebook Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

Ada yang bertindak menyarankan agar nama Air Selangor yang dulunya dikenali sebagai Syabas ditukar kepada Gangguan disebabkan kerapnya bekalan air terputus.

“Oleh kerana syarikat ni tak begitu ‘Syabas’ nama dah ditukarkan ke ‘Air’ tetapi nama yang paling sesuai ialah “Gangguan”,” cadang Chee Yeong Lai.

Baru tanya Pak Dukun yang memang handal bab-bab gangguan ni. Namakan hantu apa saja hantu raya ke saka ke. Tapi gangguan air ni je satu-satunya yang pak dukun ni tak boleh hadapi,” sindir Hezrin Masrom.

“Just finished one water problem. Now another. Air Selangor ada orang kerje ke tak? Ke semua orang tido ?” tanya Rokeshwar Hari Fas.

“Macam-macam la. Fed up. Bukan tak memahami tapi kes yg repeat sangat. Please la Air Selangor take action! Bayangkan yang stay rumah yang bertingkat-tingkat. Bukan senang nak amik air. Anak ramai (bayangkan),” luah Nur Ashikin Harn.

“Boleh meroyan la aku dibuatnya dengan kerenah air kat selangor ni. Dengan berpantang pun kena gagah tadah air. Syaitan betul perangai yang tak habis-habis kacau sungai ni,” kata Qaqaseh Diana.

“Bulan depan punya jadual janga lupa ya bagi tau sekali. Tahun 2021 punya jadual pun keluarkan sekali tau, tak ada air kan rancangan bulanan air Selangor. Aku tak nak bayar bil sampai hujung tahun ni. Dah la sejak-sejak tak ada air ni bil air tinggi. Kejadahnye ntah,” luah Eima Sallehuddin.

“Menteri besar terkejut tak dengan berita ni? Hari tu PKPB start dia terkejut, ni air tak ada ni terkejut tak eh? Dah tak boleh nak pergi mana-mana, air pulak tak ada. Bil jalan je aku tengok,” komen Markonah Aaliya.

Awal September lalu bekalan air terputus akibat pencemaran di Sungai Gong.

Bulan ini tiga kali, awal bulan ini akibat pencemaran di Sungai Semenyih, kemudian tiga hari lalu paip bocor mengakibatkan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) terpaksa dihenti tugas separa untuk kerja-kerja pembaikan.

BUKAN sahaja media sosial syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bdn. jadi sasaran kemarahan penduduk berikutan terputus bekalan air, Facebook Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari turut menjadi tempat penduduk meluah perasaan.

Jika sekali terputus bekalan air rakyat Selangor masih lagi bertolerasi dan cuba mengambil sikap untuk memahami. Namun jika empat kali bekalan air terputus dalam tempoh dua bulan ia sudah dianggap cukup keterlaluan.

Akibatnya hantaran terkini Amirudin yang berkongsi video sempena Hari Malaysia 16 September lalu menjadi sasaran kemarahan penduduk yang tidak boleh lagi bersabar dengan isu bekalan air yang kerap terputus di negeri yang dikatakan paling maju di Malaysia.

Ada antara mereka meminta Amiruddin melepaskan jawatan menteri besar jika tidak mampu selesaikan masalah bekalan air di Selangor.

“Kami tak nak cerita throwback-thorwback ni la. Nak cerita latest. Lori tangi dah sampai ke belum depan rumah YB ni. Penuh dah ke swimming pool tu?” tanya May Herda.

“Bro apa cerita ni?? Isu air still tak ada jalan nak selesaikan ke tiap bulan pulak tak ada air. Susah la macam ni tak boleh nak settle ini hal baik bagi orang lain laa jalan kerja,” luah Ikhmal Izwan.

“Berundur la YB kalau tak boleh handle isu air kat Selangor ni,” Zack Sajer.

“YB dah bangun mandi ke tu? Rakyat-rakyat YB ni dah tak ada air pagi-pagi ni. Kami nk mandi pakai air apa ya YB? tanya Nur Suhaila.

“MB tolong la settlekan isu air ni. Kami ni dh penattttttttt dengan isu air tak ada sebulan 4,5 kali. Saya mandi pakai air MB. Lain la MB mandi, masak, cebuk berak pakai niat! Apoooo MB Ni oiii. Tak baik abaikn rakyat ni. Dah ada jawatan kan, buat la keje elok-elok,” pesan NoOr Hani.

“What kinda moronic people are we having managing Syabas, never ever this nonsense happened in my hometown. Selangor authorities sleeping? If you can’t even settle this problem then no words to describe Selangor’s incompetency,”kata Kartiban Asokan.

“Why no water again one month for so many time? Can you please priotize this issue and avoid it from keep happening especially during covid time? Why no precautions and planning after last month case?” tanya Lynn Lynn.

Awal September lalu bekalan air terputus akibat pencemaran di Sungai Gong.

Bulan ini tiga kali, awal bulan ini akibat pencemaran di Sungai Semenyih, kemudian tiga hari lalu paip bocor mengakibatkan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) terpaksa dihenti tugas separa untuk kerja-kerja pembaikan.

Hari ini Logi Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihentikan kerana pencemaran. -SM

https://suaramerdeka.com.my/peduduk-sindir-nama-air-selangor-patut-ditukar-gangguan/

https://suaramerdeka.com.my/rakyat-minta-mb-berundur-jika-tidak-mampu-selesai-isu-air/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2020 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku .letak laa sapa pun jadi menteri besar...masalah pencemaran dan kerosakan paip tetap akan sama berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha.... lama2 rakyat sakit jiwa dgn perangai pemimpin2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 01:16 PM | Show all posts
korang yg pilih MB ni kn....CASH la
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik kali ni kawasan aku tak kena.
Tong air semua standby je dulu, tak simpan2 lagi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
org syabas la kena jawab. bukan nya mb yg korek paip tu.
kepadatan penduduk tinggi. mcm ni ler.
tp kualiti air selangor lebih baik dari luar negara. ni adik ipar la yg kabor.. kita pun tk pernah menetap kat luar negara..
masalah air ni sjk dulu lg.. skit2 nk suruh letak jawatan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2020 02:20 PM | Show all posts
Berbanding 1MDB, krisis air selangor jauh lagi kritikal

berkali2 dah terbukti, memang betul kata Najib
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 02:21 PM | Show all posts
dipersilakan sesape yang nak 200 hengget tuh


[twitter]https://twitter.com/DivaAATersohor/status/1318019839013789698[/twitter]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2020 02:23 PM | Show all posts
Selangor kena pi blaja dengan Penang cara urus air.  Macam mana Penang boleh urus air dengan baik? Senang je, pas dekat China.

Negeri maju, air pun xbleh setel. Sedih.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 19-10-2020 01:06 PM
Haha.... lama2 rakyat sakit jiwa dgn perangai pemimpin2...

Aku salah sekonya.. rasa mcm nak ludah muke depa seko.seko
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 19-10-2020 01:16 PM
korang yg pilih MB ni kn....CASH la

Semua mb rupe lahanat.. tp yg ni plg lahanat.. dgn bini bini bongok
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 19-10-2020 01:28 PM
org syabas la kena jawab. bukan nya mb yg korek paip tu.
kepadatan penduduk tinggi. mcm ni ler.
tp ...

Adik ipor duk mana.. cite laa.. nak dengo jugak
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 02:48 PM | Show all posts
kena prepare plan kecemasan setiap bulan sebab selalu air xde.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Air selangor ni buat keje ntah apa2. Charge mahal. Takde pulak nmpk dtg baca meter mcm tnb. Tau2 bil air sampai thru pos.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 03:25 PM | Show all posts
oggy replied at 19-10-2020 01:27 PM
Nasib baik kali ni kawasan aku tak kena.
Tong air semua standby je dulu, tak simpan2 lagi.

hahahahahahahahhahahahahahahahahhaahhaa


wow u make my day!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 03:26 PM | Show all posts
freakazoid replied at 19-10-2020 02:23 PM
Selangor kena pi blaja dengan Penang cara urus air.  Macam mana Penang boleh urus air dengan baik? S ...

alang2 nak tengok Penang, baik tengok Singapore terus.

Siap boleh jual air kat Malaysia. Itu bijak ka cerdik?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2020 03:27 PM | Show all posts
zehra2 replied at 19-10-2020 01:28 PM
org syabas la kena jawab. bukan nya mb yg korek paip tu.
kepadatan penduduk tinggi. mcm ni ler.
tp ...

serius la qualiti baik? hari2 aku tgk mcm air teh ja kalau xpakai penapis. uh
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 03:27 PM | Show all posts
memang dah dijangka pon

airasia pon terganggu sebab covid ni sebab tak ramai travellers

airselangor pon mesti la terganggu gak

ape la korang
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 03:28 PM | Show all posts
zehra2 replied at 19-10-2020 01:28 PM
org syabas la kena jawab. bukan nya mb yg korek paip tu.
kepadatan penduduk tinggi. mcm ni ler.
tp ...

Luar negara tu mana?

Kalau US, Australia, western Europe... dorang minum straight from the tap ya.


Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 19-10-2020 02:47 PM
Adik ipor duk mana.. cite laa.. nak dengo jugak

3 tahun kat washington.
kat sana kalo basuh rambut.. mcm melekat2 kesat kat rambut lagi.
setahun sekali balik sini.. rindu air dgn kfc je kekdahnya hahaha..
kita dengar je la.. kita passport pun tkde..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.118405 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list