View: 3694|Reply: 18
|
Betul ke Kamal Adli dan Uqasha Senrose pergi kursus kahwin?
[Copy link]
|
|
Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pasangan pelakon yang digosip bercinta, Kamal Adli dan Uqasha Senrose dikatakan sudah menghadiri kursus perkahwinan, baru-baru ini.
Pengarah dan pelakon, Michael Ang dalam empat video yang dimuat naik di Instagram, hari ini bertanyakan soalan itu kepada mereka ketika di lokasi penggambaran drama Perempuan Tanpa Dosa.
Dalam video berkenaan, Michael mendakwa dia ada mendengar Kamal dan Uqasha mengikuti kursus perkahwinan sama ada di Kuantan atau Perlis dan meminta mereka mengakuinya.
"Janganlah sembunyi kalau pergi kursus kahwin. Dekat mana Perlis? Kuantan? Siap dengan imam semua aku dengar," katanya dalam video itu.
Bagaimanapun, Kamal dan Uqasha yang duduk bersebelahan di atas sofa dalam video itu tidak memberikan reaksi.
Sebaliknya Uqasha hanya tersenyum sambil memandang Kamal, manakala Kamal pula hanya memandang Michael tanpa sebarang reaksi sambil bermain telefon.
Menurut Michael, dia jarang mahu membuat gimik seperti itu di media sosial miliknya.
"Anda rasa ini gimik atau kisah benar. Anda rasa mana satu? Apa yang pasti anda kenal saya kan? Jarang saya buat gimik macam ini," tulisnya.
Video itu menerima pelbagai maklum balas pengikut sehingga meraih lebih 100 komen dan lebih 11,000 tanda suka.
Perkongsian Michael itu turut mendapat perhatian beberapa selebriti tanah air seperti Sharifah Shahora dan Uyaina Arshad.
"Nampak sangat Uqasha gadis yang pemalu sangat di situ," komen Sharifah.
Uyaina pula hanya meninggalkan komen Alhamdulillah berserta emoji doa dan teruja.
Sementara itu, Kamal ketika dihubungi menafikan dakwaan Michael itu.
Katanya, video yang dimuat naik Michael itu hanya sekadar gurauan semata-mata.
"Jangan percaya. Dia hanya bergurau saja," katanya.
Kamal dan Uqasha dikatakan mula akrab sejak membintangi drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang, tahun lalu.
Hubungan itu terserlah apabila Kamal pernah memuat naik hantaran di Instagram dengan kapsyen tertera bowling atau dating?' bersama foto mereka, beberapa bulan lalu.
Selain itu, Uqasha juga dilihat beberapa kali menemani Kamal menghadiri acara membabitkan ahli keluarga. Pada majlis sambutan hari jadi Uqasha yang ke-28 lalu, Kamal menjadi antara tetamu yang memeriahkan majlis.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku susah nak percaya kat kamal nih |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu diorg Nikah baru leh percaya………... |
|
|
|
|
|
|
|
eloklah tu....harap2 ke jinjang pelamin hendaknyerrr
Ker propa jer lebeyyy |
|
|
|
|
|
|
|
dah announce baru iols percaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
ke dalam drama ja p kursusnya tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kamal ni mcm laki jenis takut ada komitmen |
|
|
|
|
|
|
|
kamal ni senang btul nak lekat awek eh dia?
pastu semua yg boleh tahan la hot hot jgk
ke sbb dia ni kelakar2 tu awek senang sangkut? |
|
|
|
|
|
|
|
Kawin aje la cepat...dah mcm laki bini pun |
|
|
|
|
|
|
|
selg x nikah cerita ni xde kesan apa2 pun |
|
|
|
|
|
|
|
Korang ni baca tajuk je ke?
Kan Kamal dah nafikan |
|
|
|
|
|
|
|
karekter dia cam sangat selesa bergaul ngan nya..tu yg ramai sangkut kot..nak2 dgn uqasha ni nampak wangi naw2..sbb Uqasha orgnya sgt teliti..so Kamal dah nampak wangi
|
|
|
|
|
|
|
|
urmmm..penafian dia..hanya Allah yg tau
|
|
|
|
|
|
|
|
jab agama selangor ada bagi kursus online, tk perlu travel semata2 nak kursus. betul la tu, gurau je kot.. haha |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul pun takper dah bujang dgn anak dara..gituuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Harap jadi lah. Suka kat diaorang ni. Nampak chill. |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 23-10-2020 11:50 AM
Harap jadi lah. Suka kat diaorang ni. Nampak chill.
Kan
Tak ada lah hari2 keluar story cinta
Balance |
|
|
|
|
|
|
|
Apo yang korang duk borak lagi ni
Kamal dah nafikan tak pergi kursus kahwin
Kan dia kata pergi kursus khidmat Negara dan kursus kahwin utk drama
|
|
|
|
|
|
|
| |
|