CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1574|Reply: 9

Veil of Veronica

  [Copy link]
Post time 19-10-2020 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Mengikut lagenda, Veil of Veronica ni adalah sapu tangan milik seorg wanita beriman (maksud kak sarah dia menganuti ajaran Jesus Chris) yg bernama Veronica. nak jadikan citer, masa Jesus of Nazareth ni menanggung salib kayu yg diikat pada badan dan berjalan dari Bailtulmaqdis ke tempat hukuman di Calvary @ Golgotha, Veronica ni rasa kesian sangat tengok Jesus dan dia pun beranikan diri tampil ke sisi Jesus dan lap peluh dan darah Jesus menggunakan sapu tangan dia sendiri.

Disebabkan perbuatan belas kasihan Veronica ni dan juga keberanian Veronica, maka dgn mukjizat yg dimiliki oleh Jesus, maka dipercayai sapu tangan ni tercetak wajah Jesus dan juga mempunyai kuasa utk memulihkan peyakit.

Kisah pemes dikalangan penganut kristian yg bermazhab Katolik malah, gereja Katolik juga memperingati kisah ni dalam upacara Lenten yg dipanggil sebagai "Stations of the Coss" malahan Vatican juga menganugerahkan gelaran Saint kepada Veronica walaupun boleh dikatakan hampir tiada bukti berlakunya kisah tentang Veronica dan Jesus ni. Dan dalam New Testament pun tak ada kisah Veronica ni.

Setelah beabad2 lamanya penganut kristian anggap sapu tngan ni berada didalam simpanan Vatican pasal setahun sekali, sapu tangan ni akan dibawa keluar utk ditunjukkan kepada org awam, suatu hari yg indah pada tahun 1999, seorg penyelidik membuat pengumuman bahawasanya Veil of Veronica ni berada dalam simpanan di sebuah biara dipergunungan Apennine yg terletak di Itali. Terkejut beruk semua. Habis tu apa jadahnya sapu tangan yg setahun sekali Vatican dok tayang tu?

APA TU VEIL OF VERONICA???

Mengikut lagenda, selepas sarung tangan ni lap peluh dan darah pada wajah Jesus of Nazareth, Veronica simpan dan tau yg sappu tangan tu ada kuasa untk menyembuhkan penyakit. maka satu hari Maharaja Rom iaitu Tiberius jatuh sakit, Veronica guna sapu tangan ni utk menyembuhkan penyakit Tiberius dan akhirnya sapu tangan ni dberikan kepada Pope Clement iaitu Pope ke 4 untuk dijaga. Dan sejak tu, sapu tangan ni berada dalam jagaan Vatican dan disimpan di Basilica of St Peter.

Heincrich Pfeiffer, iaitu seorg prof Kesenian Kristian di Universiti Vatican's Gregorian bagiotau yg sebenarny, sapu tangan yg disimpan oleh Vatican adalah copy AAAA sebab sapu tangan yg sebenarnya hilang pada tahun 1608 Masihi dansejak dari tu, Vatican menggunakan sapu tangan ciplak sebab tak menghampakan penganut kristian katolik yg setiap tahun akan ke Vatican utk melihat dgn sendirinya Veil of Veronica ni. Prof ni juga yg mendakwa sapu tangan asli ni dok dalam jagaan disebuat biara Capuchin Italia.

Mengikut Prof payah nak eja nama ni, lagenda tentang Veil of Veronica ni hanya dapat dijejak sehingga abad ke 4 Masihi..kira ada fap lebih kurang tarikh Jesus of Nezareth kena hukum dgn Rom hingga abad ke 4 masihi lebih kurang 300++ tahun juga dan hanya dikaitkan dgn kisah penyaliban Jesus Christ ni pada zaman pertengahan di Eropah.

Tambahan lagi sapu tangan ni pun Vatican sendiri tak pasti dari sumber mana depa dapat dan kekal berada ditangan Vatican dari abad ke12 hinggalah pada tahun 1608M.

Macam mana sapu tangan yg dok kat Vatican boleh terlepas ke sebuah biara kecik? Mengikut rekod yg disimpan oleh Biara tersebut, sapu tangan ni dicuri oleh seorg isteri tentera dan jual kepada seorg bangsawan Manoppello dan duit tu digunakan utk menjamin suami dia keluar dai penjara. Jadi, bangsawan ni bagi sapu tangan ni kepada biarawan Capuchin utk disimpan.


Masa Prof ni buat pemeriksaan terperinci ke atas Veil of Veronica yg bersaiz 6.7" x 9.4" , Prof ni kata dia diganggu oleh kuasa ghaib.huhuhu...

Sapu tangan ni menurun Prof Preiffer ni, warna hampir lut sinar dgn kesan wajah yg berjanggut dan berambut panjang serta berwana perang kemerahan. sama ada wajah pada sapu tangan ni, kita boleh tengok atau tidak bergantung kepada cahaya yg kena pada sapu tangan tu. Jadi sebab tu dianggap sebagai satu keajaiban pada zaman pertengahan. Dan yg pasti menhgikut kata Prof tersebut, sapu tangan ni bukan lukisan dan depa sendiri tak pasti bahan apa yg membuatkan wajah pada Veil of Veronica ni muncul.

Selain tu bila Prof Pfeiffer ni bandingkan gambar digital Veil of Veronica yg diambil kedua2 bahagian sapu tangan ni, Prof ni dapati imej yg muncul adalah sama dan adalah sesuatu yg mustahil utk dibuat/lukis pada zaman Jesus Christ dihukum salib.

KEASLIAN VEIL OF VERONICA


Kita semua tau tentang kontrovesi tentang Shroud of Turin tu adalah kain kapan yg digunakan menutup jenazah Jesus Christ @ Jesus of Nazareth atau palsu disebabkan hasil kajian saintifik (carbon-14 dating) menunjukkan kain kapan ni berasal pad abad ke 11 atau ke 12 Masihi. Tapi untuk sapu tangan ni ramai yg masih meraguinya sebab tak sapu tangan ni tak pernah dihantar ke makmal sains utk dibuat ujian carbon-14 dating utk memastikan umur atau abad Veil of Veronica ni dibuat.

Ramai penganut kristian katolik percaya Veil ni ada imej wajah Jesus of Nazareth tapi para ahli sejarah berpendapat yg sapu tangan ni adalah salinan dari Shroud of Turin.

Sama ada betul atau tidak Veil of Veronica ni ada wajah Jesus, kita semua tak tau. apa yg kita boleh buat hanya membaca dan ambik iktibar iaitu tak salah berbaik dgn org lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2020 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik. Tq share tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2020 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
lilac85 replied at 19-10-2020 06:48 PM
Menarik. Tq share tt

Tq.. Sebab sudi baca..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sgt2 menarik..best baca..1st time baca kisah ni..tq   Tt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2020 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
jombie replied at 19-10-2020 08:24 PM
Sgt2 menarik..best baca..1st time baca kisah ni..tq   Tt..

U most welcome.. Bod sejarah ada buat contest.. Jom join contest
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Prof susah nak eja :
Sempat lagi sis selitkan humour di situ...but it was a good read...tqqq
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-10-2020 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
my_irina replied at 21-10-2020 09:03 PM
Prof susah nak eja :
Sempat lagi sis selitkan humour di situ...but it was a good read...tqqq

Sebab asyik silap eja nama dia.. Hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Good sharing. Seronok baca. Tq ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2020 02:42 PM | Show all posts
Maksudnya sapu tangan ni masih tersimpan lah ya. Hebat tak reput dek zaman. Patut buat carbon dating je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2020 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ivysaur replied at 24-10-2020 02:42 PM
Maksudnya sapu tangan ni masih tersimpan lah ya. Hebat tak reput dek zaman. Patut buat carbon dating ...

Ya.. Sapu tangan tu diframekan.. Jadi mungkin sebab tu bertahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.295261 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list