CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1200|Reply: 17

[Tempatan] Nak pinjam RM10,000. Rugi RM105,461

[Copy link]
Post time 19-10-2020 11:09 PM | Show all posts |Read mode
kosmo.com.my
Guru rugi lebih RM100,000 terpedaya PTW - Kosmo Digital
Oleh NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Seorang guru berputih mata apabila wang simpanan sebanyak RM105,461 miliknya lesap selepas terpedaya dengan Pinjaman Tidak Wujud (PTW) yang dilihatnya di laman media sosial Facebook, 24 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Abd. Ghani berkata, mangsa akhirnya menyedari dirinya terjebak dalam penipuan setelah melakukan 30 transaksi ke atas 12 akaun bank dengan nama pemilik akaun berbeza dan membuat laporan polis hari ini di Balai Polis Bahau.

Menurutnya, semasa di kediamannya, mangsa iaitu seorang wanita telah terbaca satu pautan iaitu Rakan Mas Credit Finance.

“Mangsa telah tertarik dengan pautan berkenaan dan bersetuju untuk membuat pinjaman sebanyak RM10,000.00 dengan menghantar salinan kad pengenalan dan slip gaji melalui nombor WhatsApp 0111-51503204 serta berhubung dengan individu bernama Elwin dan 013-9650255 dengan individu bernama Allen.

“Tidak lama selepas menyerahkan dokumen tersebut pengadu telah diberitahu bahawa pinjaman telah lulus dan perlu membuat bayaran duti setem, yuran proses, yuran perjanjian dan yuran internet,” katanya, dekat sini, tadi.

Aibee berkata, mangsa telah membuat bayaran melalui pemindahan duit secara atas talian ke 12 akaun bank yang berbeza-beza sebanyak 30 kali tranksaksi berjumlah RM105,461.00 .

Menurutnya, mangsa merasakan tertipu kerana salah seorang yang berhubung dengannya dengan nama Allen sering meminta memasukkan wang.

“Mangsa akhirnya tidak melayan permintaan berkenaan dan segera membuat laporan polis.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2020 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu dah ada duit sebyk 100k tu, dah knp nk pinjam 10k?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 19-10-2020 11:27 PM
Klu dah ada duit sebyk 100k tu, dah knp nk pinjam 10k?

Itulah yg pelik tu....kt nak pinjam,kt jugak yang kena byr dulu....selalunye org meminjam sbb xde duit....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
cite ni mcm menipu aje...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 03:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah hasanah ke ni sis?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 05:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Confirm kena black magic ni. Confirm.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2020 07:23 AM | Show all posts
Mcm x logic.
Kalau ade simpanan sampai more than 100k, buat ape buat pinjaman untuk 10k?
Mesti ade cerita lain ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 07:37 AM | Show all posts
Edited by bizsarii at 20-10-2020 07:40 AM

dulu  ada satu kesah benar

tokey Restaurant kawan kenal dari kecil

tokey tu kata dia kena bayar tiap bulan RM20k hutang.

Jika A beri RM200K Tokay akan beri dia tiap bulan RM20K

sbb dah tak payah bayar hutang lagi makna  tokey terus bayar kat A FOREVER.

oleh kerana kenal dan nak membantu - A bank in RM20k kpd tokey

tak sampai sebulan tokey tu hilang dgn segala alasan dan restaurant TUTUP.

A report polis-polis kat bukan kes jenayah sbb  beri  duit atas kerelaan.

Guna lawyer tak jalan ribuan habis kat lawyer.

Guna debt collector- Tokey tu pulak bayar kepada debt collecter dan kes tergantung.

Debt Collector pulak ugut minta duit upah kerja dari A.

Jumpa makpak dan kawan tokey -kawan tokey tu pulak nak pinjam duit dgn A.

hingga kini kes terbiar mcm tu je.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2020 07:37 AM | Show all posts
bank account aku bila sampai certain level mmg ada nombor-nombor asing call. cimpeng dan mebeng. so last aku park kat tempat yg tak diketahui org supaya selamat harta harta kekanda di pakistan, kazakhstan, hindustan, gohed gostan, negara setannn.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 07:45 AM | Show all posts
pxlbb replied at 20-10-2020 07:37 AM
bank account aku bila sampai certain level mmg ada nombor-nombor asing call. cimpeng dan mebeng. so  ...

dlm bank ni bahaya
ada orang perhatikan kita bila masuk atau keluar duit dgn jumlah yg banyak.
kekadang ada orang jual barang depan bank itulah base mereka yg dok perhatikan
customer bank.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
duit ada 100k. knapa nk berhutang lg?
teruk betul.pengurusan kewangan ko.
duit simpan bkn boleh bwk masuk dlm kubur pun. guna lah bila perlu
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh ada 100k lg nk pnjam 10k?
Weols yg xda 100k pn x meminjam stakat klu stakat 10k je
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 09:06 AM | Show all posts
org tamak slalu rugi
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 09:08 AM | Show all posts
pe benda la ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian  kat anak murid dpt cikgu @#%& camni
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 10:06 AM | Show all posts
selalunye yuran bagai tu potong dari duit pinjaman...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2020 10:27 AM | Show all posts
Macam xlogik, tapi kalau kena mandrem yes boleh jadi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 12:25 PM | Show all posts
Yeke nk pinjam? Ke masuk skim cpt kaya tu yg main transfer jee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.155699 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list