CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9768|Reply: 133

[Tempatan] Umpama Tragedi Oktober,dengan 871 kes,Ramai Netizen Mahu Sekolah Ditutup Sementa

  [Copy link]
Post time 20-10-2020 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 20-10-2020 12:39 AM

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) — Peningkatan kes baharu COVID-19 di Malaysia bulan ini yang menyaksikan angka jangkitan harian melonjak kepada jumlah tertinggi direkodkan menjangkau sehingga 871 kes semalam, mempopularkan ungkapan “Tragedi Oktober” di alam siber ketika ini.

Situasi ini mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat terutamanya melibatkan golongan berisiko tinggi seperti pelajar sekolah.

Sehingga artikel ini ditulis, dilaporkan lebih satu juta pelajar yang hadir ke 1,754 buah sekolah di beberapa negeri tidak dapat menjalani sesi persekolahan seperti biasa selepas kes COVID-19 kembali meningkat.

Persoalannya kini, wajarkah kerajaan menghentikan sementara semua sesi persekolahan seluruh negara sehingga hujung tahun ini bagi pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam sebagai langkah pencegahan?

Menerusi bancian di atas talian yang dijalankan di laman media sosial rasmi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mendapati majoriti responden, terutamanya ibu bapa mahukan aktiviti persekolahan dihentikan sementara sehingga pandemik COVID-19 beransur pulih.

Di Twitter @bernamadotcom, sebanyak 83.4 peratus daripada 4,592 undian menyatakan persetujuan itu, manakala hanya 9.3 peratus memilih tidak wajar dan selebihnya iaitu 7.2 peratus mengundi tidak pasti.
Selain itu, bancian sama turut dilaksanakan di laman Instagram @bernamaofficial melibatkan 3,063 responden, dan daripada jumlah itu, 87 peratus atau 2,665 responden turut menyatakan persetujuan sesi persekolahan diberhentikan.

Hanya 13 peratus atau 398 responden menyatakan tidak, dalam bancian yang dijalankan selama enam hari bermula 6 Okt lepas.

Di laman Facebook @bernamaofficial, ruangan komen dibanjiri dengan luahan lebih 300 netizen yang berharap satu mekanisme khusus melibatkan pelajar sekolah dapat dilaksanakan.

“Kalau saya rasa anak saya kurang kurang sihat atau anak saya bagitahu ada rakan sekelas yang kurang sihat, saya maklum sahaja pada cikgu kelas melalui surat untuk cutikan sekolah…bila saya yakin anak saya sihat, saya hantar ke sekolah…..kalau tutup sekolah nanti kata cikgu takde kerja plak….serba salah dibuatnya…pencegahan terletak pada kita sendiri,” kata pemilik akaun Facebook Norlizan Ghazali.

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan tanda nama @Harvind77901533 pula berpendapat, persekolahan bagi pelajar di semua peringkat perlu dihentikan sementara dan bukan hanya melibatkan pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam

Murid sekolah rendah boleh dicutikan… begitu juga murid tingkatan 1 dan 2,” katanya.

Ada juga pengguna Twitter yang menimbulkan persoalan siapa yang akan menjaga anak-anak jika mereka tidak ke sekolah memandangkan ibu bapa perlu keluar bekerja, selain ada yang dalam dilema memikirkan isu persekolahan anak-anak.

“Kalau henti kesian pula anak-anak tak sekolah. Kalau sekolah berisiko. #dalamdilema seorang ibu,” kata @syazulaikha.

Sumber: BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2020 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawasan hijau buat apa nak tutup dek....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 03:07 AM From the mobile phone | Show all posts
cikgu yg mintak tutup kaaaa ?
kawasan hijau x payah la kot

biar yg kuning and merah saja tutup
gedik nor cikgu cikgi ni ponggg
asiknak cuti manjang
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 04:57 AM From the mobile phone | Show all posts
kes banysk kat sabah tpi cikgu semenanjung sibuk nk suro tutup sekolah mcm kes dah ada tempat dia
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 05:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 20-10-2020 05:29 AM
vespa_oren replied at 20-10-2020 04:57 AM
kes banysk kat sabah tpi cikgu semenanjung sibuk nk suro tutup sekolah mcm kes dah ada tempat dia


Kan. Tapi kalau deol tak bersuara, siapa lagi nak bersuara? Cikgu cikgi yang ngaja kat Sabah ni biasanya tak rajin bising2 sampai ke KPM.

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
ntahnya.. area aku ni kuning je.. tp masih boleh skolah pun dicuti kan.
aku tgk sjk pkp ni budak2 merayau naik basikal.. naik motor ramai2.. tk pakai mask pun.. mak bpk nya mana?
baik skolah je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2020 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cahya669 at 20-10-2020 07:47 AM

Tak payah lah nak fitnah semua cikgu...kami happy2 je sekolah ni..even student kena belajar dari rumah pn semua cikgu dah bersedia utk tetap datang sekolah mengajar online.

Isu ni tak ada kaitan dgn cikgu pun. Terpulang pada mak pak masing2 hantar ank sekolah ke tak. Yg pasti cikgu tetap ke sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
I tak mahu ajar online please. Berpinar mata tengok screen lama sgt. I tak faham kenapa Jpn PP tak nak terime surat parents tak p skolah sebab covid..dah kena buat banyak surat amaran untuk student yg tak dtg plak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2020 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 20-10-2020 04:57 AM
kes banysk kat sabah tpi cikgu semenanjung sibuk nk suro tutup sekolah mcm kes dah ada tempat dia

nak tunggu jadi macam sabah ka baru nak tutup. tgk jauh sikit. kalau org tua xreti penjarakkan. budak2 sekolah tu faham2 la ya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Red area cutikan lah.. green area x payah.. lagi sebulan lebih je sekolahnya.. follow sop..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
xmatrempit replied at 20-10-2020 08:12 AM
nak tunggu jadi macam sabah ka baru nak tutup. tgk jauh sikit. kalau org tua xreti penjarakkan. bu ...

oh baru aku tahu sabah teruk sebab sekolah buka rupanya padahal dah sebulan sabah tutup sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 09:19 AM | Show all posts
green area tak payah nak mengada nak tutup sekolah. kesian student struggle nak habiskan syllabus. kesian mak bapak. sekolah tutup, mak bapak nak letak anak kecik kat mana? kalau yellow area pun, kalau kes more than 5 cases, baru boleh consider nak tutup
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pon pelik mak bapak melalak suruh tutup sekolah. Kalau nak anak ko tak sekolah silakan. Ramai lg anak anak org lain yg nak ke sekolah Dan sedia patuh sop. Siap maki hamun radzi jidin sbb x tutup sek...yg mak bapak kerja ketaq lutut mana nak letak anak kalo sek tutup
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 09:29 AM | Show all posts
alah... sekolah tak tutup pon parents ramai je yg buat surat cutikan anak.. alasan covid.
So means parents tu sendiri tak kisah kalau sekolah tutup.

Bebudak duduk rumah... ajarla buat keje rumah... university of life pulak. Takde la terlalu academic oriented.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 09:33 AM | Show all posts
tak abis2 meratib tutup sekolah
lepastu bawak anak2 pegi mall
apa kejadahhhhhh????

lepastu meratib suruh bukak taska pulak sebab takde siapa nk jaga anak
ehh apa makpak cenggini nak ekk???
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 09:37 AM | Show all posts
vee_zara replied at 20-10-2020 07:51 AM
I tak mahu ajar online please. Berpinar mata tengok screen lama sgt. I tak faham kenapa Jpn PP tak n ...

Sekolah anak ai boleh
walaupun bkn kawasan merah or kuning pun
this week kan sk desa skudai kuarantin
so dgn anak2 sekolah men yang kat sebelah
ramai student duk cuti
termasuk anak sis
ai dah selamat hantar surat makluman
cutikan buat sementara
minggu depan inshaAllah anak naik sekolah semula


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2020 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dok perlis ni green zone, kalau ada jg yg melalak nak skolah tutup, meh aku kompangkan telinga meh
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbnarnya sekolah lg selamat...
Kita follow sop kalau dlm sekolah.. Luar sekolah.. Itu atas sifat kendiri mereka...
Sbb tu bynyaknya sek tutup sbb bkn kerana dpt jangkitan d sekolah... Murid dpt jangkitan dr ahli keluarga close contact... Yg kena pd guru pun... Xda jangkitkan kat murid...

Murid kelas aku bru nak dtg penuh blk... Ni tutup dah... Alamatnya buka sek nnt... Hilang 1/2 lagi... Nak bg penuh makan masa 1bln lebih woo...

Tatau kadang parents ni risau hantr anak sekolah... Tp siap bwk anak g bercuti...huhu...

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Tempat selamat tak perlu tutup
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 09:48 AM | Show all posts
Pelik parents kawasan hijau dan kuning ni..tak perlulah tutup sekolah sampai satu negara. Nanti parents juga bising anak siapa nak jaga la..nak letak mana la. Ke cikgu cikgu yang minta sekolah ditutup? Tiada dilema jika di kawasan tersebut masih terkawal. Pesan pada anak ingatkan untuk jaga kebersihan, jangan kongsi botol minuman, bawa makanan dari rumah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.089332 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list