CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1303|Reply: 3

[Politik] pemimpin politik terlibat rasuah ??

[Copy link]
Post time 20-10-2020 01:44 AM | Show all posts |Read mode


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah tampil membuat laporan Polis terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri).
Hari ini saya dan teman-teman pimpinan yang lain hadir ke IPD Kuala Muda, Sungai Petani bagi membuat laporan Polis.
Di bawah ini adalah Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Angkatan Muda KEADILAN Negeri Kedah :

1-  Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah hari ini telah membuat satu laporan polis terhadap Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan pendedahan "Penyogokan Politik" kepada seorang Ahli Parlimen.

2 - Angkatan Muda KEADILAN Kedah membuat laporan polis berasaskan kepada satu kenyataan dan surat yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menerusi akaun Facebook milik beliau.
https://www.facebook.com/125107607535492/posts/3361860483860172/
Beliau telah memaparkan surat berkenaan yang mengusulkan undi tidak percaya pada perenggan ke-7 dan menyatakan dengan jelas bahawa beliau telah ditawarkan jawatan Penasihat Petronas daripada Perdana Menteri.

3 - Kami mendapati perkara ini telah menimbulkan soal integriti seorang pemimpin utama Negara. Tindakan ini juga melanggar perlembagaan dan undang-undang. Angkatan Muda KEADILAN Kedah memohon pihak polis menyiasat Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan kadar segera yang cuba menawarkan jawatan GLC untuk mendapatkan sokongan Ahli Parlimen Gua Musang. Perkara ini amat serius dan boleh menyebabkan negara Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berpelembagaan terancam.

4 - Angkatan Muda KEADILAN Kedah kesal terhadap Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin atas tindakan ini bertujuan untuk 'Political Survival'.  

5 - Angkatan Muda KEADILAN Kedah yakin pihak polis akan bertindak dengan adil dan menjalankan tugas secara profesional serta tidak tunduk kepada mana-mana pihak.

MOHAMMED FIRDAUS JOHARI
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
NEGERI KEDAH.
19hb Oktober 2020.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2020 03:08 PM | Show all posts
agak2 sapa la pemimpin pengkhianat yg disogok tu ye??
sapai sanggup jd kerusi scammer lompat pagar sprm.


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 24-10-2020 03:08 PM
agak2 sapa la pemimpin pengkhianat yg disogok tu ye??
sapai sanggup jd kerusi scammer lompat pagar ...

Kan ada tulis tu. Cuba sogok mp gua musang jawatan chairman petronas.

Yang dah confirm terima sogokan. Tu semua yg terima jawatan chairman glc.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2020 03:14 PM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 24-10-2020 03:11 PM
Kan ada tulis tu. Cuba sogok mp gua musang jawatan chairman petronas.

Yang dah confirm terima s ...

kita takbleh dgr sebelah pihak je.
kena tunggu penegak benang basah masuk reply.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.362181 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list