CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6949|Reply: 49

Kisah Mengemparkan Negara! 26 Objek Aneh Di Langit Malaysia 28 Tahun Lalu

[Copy link]
Post time 20-10-2020 02:21 AM | Show all posts |Read mode







Malaysia pernah digemparkan dengan beberapa berita misteri dan agak menakutkan antaranya kejadian aneh yang berlaku di Klang, Selangor hampir 28 tahun dahulu.



Memetik laporan Bharian.com.my, satu laporan akhbar 11 Oktober 1992 mencetuskan kegemparan yang amat luar biasa kepada ramai penduduk di negara ini.







Malah, sebaik membaca laporan berita berkenaan, ramai penduduk terutama yang beragama Islam diselubungi rasa gerun dan takut seolah-olah kiamat semakin hampir untuk memusnahkan dunia ini.


Peristiwa dilaporkan itu ternyata pelik dan penuh misteri. Rentetan kisah dilaporkan akhbar itu berlaku lewat malam 26 Julai tahun itu apabila kira-kira 200 pelajar sekolah agama di Klang, Selangor, mendakwa melihat 26 bentuk objek aneh di langit!


Objek aneh itu dikatakan muncul secara tiba-tiba di langit malam apabila kumpulan pelajar terbabit dalam perjalanan pulang ke asrama selepas menghadiri kelas mengulang kaji pelajaran.


Bentuk misteri itu dikatakan muncul berturutan hampir empat jam bermula 11.30 malam sehingga membuatkan kumpulan pelajar itu kebingungan dan ketakutan untuk berhari lamanya.


Antara objek yang muncul adalah kalimah Allah, manusia berkepala anjing, batu nisan, janin, manusia, mayat dibungkus, sebiji mata merah (seperti orang marah), lidah panjang serta lidah dipotong dan disambung semula.


Bentuk lain ialah rambut perempuan berlari yang ditarik, sayap burung berkibar, perempuan berwajah babi, kala jengking, dua orang bergaduh kemudian bersalaman serta lelaki berserban sujud ke arah Kaabah manakala yang lain membelakangi Kaabah dan sujud ke arah belakang Kaabah.


ANTARA objek yang muncul adalah kalimah Allah, manusia berkepala anjing, batu nisan, janin, manusia, mayat dibungkus, sebiji mata merah (seperti orang marah), lidah panjang serta lidah dipotong dan disambung semula.





Turut ditayang peta Malaysia terbalik dengan Singapura terletak sebelah atas, botol arak, salib bertukar menjadi kubah, ayam, seekor ikan, peta negara Arab, mayat berkafan, burung, orang berdoa dan tangan ingin mencapai sesuatu tetapi gagal dan di tapak tangannya ada tanda bulat.


Fenomena luar biasa itu kemudian dilaporkan akhbar tempatan sehingga menyebabkan ramai masyarakat Islam di negara ini gempar dan kegerunan.


Ramai menyangka bahawa kemunculan lakaran aneh itu adalah petanda kiamat sudah teramat hampir dan akan berlaku tidak lama lagi.


Maka ramai penduduk mula insaf dan bertaubat sehinggakan surau yang dahulunya kosong mula dipenuhi jemaah dan wanita yang membuka aurat mula memakai tudung.


Kalangan ahli agama berpendapat kejadian objek di langit itu tidak mustahil berlaku dengan kekuasaan Allah SWT.


Malah Allah SWT sudah menurunkan peringatan kepada umat Islam sejak dulu lagi seperti bala pada zaman Nabi, malah banyak perkara ghaib yang tidak dapat dijelaskan logik akal, boleh berlaku.


Objek di langit itu juga dikatakan amaran Tuhan supaya umat Islam kembali mengamalkan ajaran agama yang sebelum ini semakin diabaikan kebanyakan penduduk negara ini.


Selain itu, terdapat juga pihak yang skeptikal dengan kejadian itu dan mengandaikan bahawa ia mungkin propaganda ciptaan manusia. Mereka berpandangan bahawa semua objek di langit itu tidak mustahil dihasil menggunakan kemajuan sains dan teknologi sedia ada.


Berikutan peristiwa aneh itu menggemparkan ramai penduduk Islam di negara ini, maka pihak berkuasa mula tampil melakukan siasatan menyeluruh bagi mencari satu kesimpulan terhadap kejadian berkenaan.


Maka Bahagian Penyelidikan Pusat Islam dan polis mula memanggil dan menyoal siasat guru sekolah agama yang mendakwa melihat 26 objek di langit berkenaan.


Ketika siasatan terhadap kesahihan isu objek di langit itu masih dijalankan, pihak berkuasa turut mengenal pasti kumpulan tertentu yang mengambil kesempatan daripada peristiwa itu untuk kepentingan mereka sendiri.


Antaranya sebuah kumpulan tarekat mendakwa satu daripada 26 objek yang muncul di langit itu ialah gambaran wajah pemimpin mereka yang akan muncul tidak lama lagi tetapi wajah itu tidak dilukis dengan betul dalam akhbar yang menyiarkan gambaran objek itu.


Anggota kumpulan itu juga dikatakan membuat salinan lukisan objek itu dan menyebarkan kepada umat Islam di beberapa kawasan di Selangor.


Selain itu, ada juga pihak tidak bertanggungjawab yang mereka cerita kononnya bandar Klang akan dilanda banjir besar.


Justeru, mereka menjalankan kegiatan memungut derma secara tidak sah kononnya untuk membina kapal besar bagi membolehkan penduduk menyelamatkan diri ketika bencana itu muncul.


Selama beberapa minggu, penduduk Islam di Malaysia terus diasak kebingungan dan ketakutan dengan peristiwa aneh membabitkan kemunculan objek di langit itu.


Bagaimanapun, teka-teki dan misteri itu akhirnya terjawab pada 1 November tahun itu apabila akhbar Berita Minggu menyiarkan satu laporan berita bertajuk `Objek di langit hanya khayalan.'


Laporan berita itu antara lain menyebut Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesahkan objek di langit itu hanyalah khayalan kumpulan pelajar sekolah agama terbabit hasil pendewaan mereka terhadap guru yang dipercayai menyebar ajaran sesat.


Siasatan JPM menunjukkan bahawa pemikiran pelajar itu dipengaruhi menerusi pendekatan pendewaan supaya apa saja yang diperkatakan guru itu dianggap benar.


Pihak berkuasa itu juga mengesahkan guru itu terbabit dengan sebuah kumpulan agama yang mengutip derma untuk membina kapal sebagai persediaan menghadapi kiamat.


Walaupun kisah objek di langit itu sudah lama berlalu dalam lipatan sejarah negara, tinjauan di laman sesawang mendapati masih ada pihak tertentu yang yakin bahawa peristiwa itu benar-benar berlaku atas kekuasaan Allah SWT dan bukannya satu pembohongan.


Hakikatnya sukar untuk merumuskan bahawa peristiwa ini memang benar-benar berlaku atau tidak. Walaupun kisah objek di langit ini sudah hampir 28 tahun berlalu, namun ianya masih kekal menjadi salah satu misteri bagi masyarakat Malaysia sehinggalah ke hari ini. Mungkin juga ada dikalangan korang yang baru tahu tentang kisah ini kan. - CARI



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2020 02:26 AM | Show all posts
ok aku baru tahu. 1992 umur aku baru 4 tahun kot

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
This was HUGE back then. Akak derjah 3 masa tu dan maseh ingat fascination ummah terhadap peeistiwa ni. Sebab zaman tu tadak tenet, info terhad hanya pada pembacaan suratkabo dan berita RTM (bagi ummah pedalaman Sabah yang hanya mampo terima coverage RTM). Mana betul mana tipu kita pob tatau. Ummah cemderung main telan bulat2 ja segala info media yang disogok pada minda mereka di zaman tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
aku ingat... tp masa tu berapa faham pun..lamanya dah berlalu peristiwa ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 07:31 AM | Show all posts
TT kena highlight dan bold ayat ni dalam artikel tu, hehehe

"Laporan berita itu antara lain menyebut Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesahkan objek di langit itu hanyalah khayalan kumpulan pelajar sekolah agama terbabit hasil pendewaan mereka terhadap guru yang dipercayai menyebar ajaran sesat.


Siasatan JPM menunjukkan bahawa pemikiran pelajar itu dipengaruhi menerusi pendekatan pendewaan supaya apa saja yang diperkatakan guru itu dianggap benar."

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Masih segar dalam ingatan kes ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2020 08:04 AM | Show all posts
dulu pnh jgk cari artikel gambar tu tp tak jmpa. rasanya dlu tiap rumah msti dpt sekeping kertas bergambar tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
kecoh gila dulu pasal ni. sampai aku yg bebudak masa tu duk la tgk ke langit kotdpt tgk awan berbentuk cmtu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2020 08:14 AM | Show all posts
kecik lg  masa ni

kecoh dia sampai most of the time duk dongak langit je dgn kawan2

kot2 la boleh nampak jugak
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols.is tak.hengat langsung
Padahal tahun 1992 iols tadika kemas..
Melawat zoo negara adalah agenda utama
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingt2 lupa. Time ni la femes dgn surat berantai.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 08:46 AM | Show all posts
dat time aku darjah 2 skolah rendah limpoon 1

kecoh jg time tu sesekali member2 suma pandang langit
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
La...memuda lagi korang ni 1992..time ni aku rasa aku darjah 5-6 kot. Tau kes ni sebab senegeri..dok ustaz ustazah citer. Ni kejadian kat sekolah agama perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku umur 2 tahun masa ni. Tak ingat langsung. Tapi memang aku pantang orang guna agama demi kepentingan diri sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Time kecoh pun dah beberapa tahun berlaku,cikgu ke anak cikgu potostet bagi student berwajah inesen derjah 3 untuk dibaca n diserami dalam kelas
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah nak misteri sangat.
Benda ni memang tak betul. Bukan sahaja JPM dah siasat tapi penduduk kat situ pon tak nampak. Yang nampak cuma ustaz dengan student dia je.
Taksub dengan ustaz penipu. Tambah lagi zaman tu terlalu dimomok dengan cerita-cerita karut mastika.
Tahun lepas ada satu IG dakwah yang sibuk duk post pasal ni. Konon salah satu dakwah supaya orang  mendekatkan diri dengan tuhan dan dunia dah nak kiamat. Terus aku komen kat situ cuba check surat kabar tarikh sekian-sekian yang siasatan menunjukkan benda ni palsu. Jangan sebar benda tak betul utk berdakwah, matLamat tak menghalalkan cara. Terus diblocknya aku!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2020 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
X silap benda ni viral masa Bosnia kena serang
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 09:33 AM | Show all posts
Edited by AbukRokok at 20-10-2020 09:35 AM

aku percaya benda ni penipuan

ibarat zaman internet ni penipuan
-latihan pengurusan jenazah digunakan utk propa org mati tursunyum ria
-atau penampakan unicorn di langit kaabah
-gambar jin di gua hirak
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 10:03 AM | Show all posts
la x ingat pun.............
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 10:12 AM | Show all posts
Banyak sangat lakaran tu. Jadi tak logik lah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.071040 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list