CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TENGKUTAHAR

Selebriti mana kena ni?

  [Copy link]
Post time 20-10-2020 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 20-10-2020 10:13 PM
Muahaha tu la, memang naive sangat tak tahu pasal reject perfume ni. Mujur orang2 yang study londo ...

ala kaka duda ikhlas kan je la... tolong2 biz melayu gittew...cam kaka duda beli kek mamasan dah tau tak sedap gi beli jugak, tolong kawan merasa komisen singgit dua... bhabhabhabhabha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2020 10:57 PM | Show all posts
Suka beli perfume dekat Chemist Warehouse....murah murah...bawah 10AUD pun boleh dapat yang Justin Bieber atau Shawn Mendes punya perfume. Kalau pergi sana memang borong perfume!
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolss yg tak pernah beli perfume pon time 1st time nak beli terus pergi sogo. Dah setahun dah tak habis2. Iolss beli mon paris ni sbb baca thread forumer mintak tolong suggest perfume apa yg wangi. Adoii menyesal iolss ikut haha. Patut iolss ambil je Dolce by D&G. For me iolss takkan beli branded item mcm perfume, watch, handbag, shoe secara online. Baik terus pergi store mereka sendiri

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
idadae replied at 20-10-2020 10:48 PM
Nk tny bnd sama gk.. Yg mcm sale luxasi*, warehouse sale etc tu cmne?? Ori ke idok?? Harga murah s ...

Kn kn sis.. pernah order lipstik mmg sama dgn yg mall punya.. cuma expired cepat skit la.. dlm 2 tahun cmtu.. perfume n lain2 xpernah.. selalu tgok je kt ig
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
siq replied at 20-10-2020 10:31 PM
kalau beli kat kaunter kat US, then yes, harga beza lebih kurang banyak tu la (in fact kat US tu b ...

Oh begitu rupanya.. baru boleh imagine lpas u explain mcm ni.. seram jgk ye klu jadi order.. nseb baik bca pos mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 20-10-2020 10:27 PM
Reject punya kaka. Expired nak dekat selalunya macam dekat sogo ada la buat sales gitu. Dan apa ta ...

Oh ada jgk yg claim reject eh.. hihi sabor jela
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2020 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Chah21 replied at 20-10-2020 10:17 PM
Oh yeke? Yg jual kt warehouse,kl sale tu mcm mana ye? Ada tgok perfume la beg kasut branded2

Tu barang off season jual nak clear stock.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 11:18 PM | Show all posts
printercomel replied at 20-10-2020 10:06 PM
Davidoff, tommy girl best seller tapi ada satu perfume botol bentuk badan perempuan agak popular m ...

JPG - Jean Paul Gautier Lady Classic ke?


i selalu ambik kat seller di uptown Kota Dsara
dulu senang dapat no5 tp lama2 mmg x dapat la, perabih dekat 6 kat counter
angel pun murah drpd 8 boleh dpt 4 lebih tapi x selalu ada stock
trusted seller bertahun dgn dia
tp sejak covid melanda
i spray ngan dettol je senang bg badan berbau bersih dan kuman pun kojol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2020 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ira_229 replied at 20-10-2020 11:18 PM
Tu barang off season jual nak clear stock.

Ooo mcm tu..Kira masih slmt la nk beli,bkn tiruan la ye
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Chah21 replied at 20-10-2020 11:16 PM
Oh begitu rupanya.. baru boleh imagine lpas u explain mcm ni.. seram jgk ye klu jadi order.. nseb  ...

lupa nak tambah.. kalau nak jimat sikit, pegi la tempat2 yg duty free.. kalau bab perfume ni memang kat malaysia mahal la, sbb convert RM, dgn tax lg, n kalau kat mall tu banyak lg kosnya.. so either pegi premium outlet, or join warehouse sale/stock clearnce sale, atau pegi tempat duty free

kalau nak laaaaaaagi jimat, pakai je minyak attar.. malaikat subuh katanya

just be careful, benda2 imitation ni banyak kesan untuk kulit in long term, n kadang2 tu kesan serta merta pun ada.. ye la, barang murah n ciplak kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
siq replied at 20-10-2020 11:29 PM
lupa nak tambah.. kalau nak jimat sikit, pegi la tempat2 yg duty free.. kalau bab perfume ni meman ...

Haha x rajin la nk g ke sana.. mmg duk beli kt mall je benda2 cm ni  cuma ternmpk kt ig mcm terfikir jgk la ,ori ke x
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lgsg xtau pasal perfume2 ni.hihi
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo beli parfume fake harga pasamalam ok lah..ni dah la beli fake tapi bayar harga butik. Chooyyyy!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols pakai echanteur je chuols. Hiks
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
anakmak replied at 20-10-2020 11:18 PM
JPG - Jean Paul Gautier Lady Classic ke?



Haa betul

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 12:32 AM | Show all posts

one of must have gak ni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2020 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 20-10-2020 05:39 PM
sebab murah kaka  last2 kena tifuuu..
padahal bukan murah mana pun takat murah rm50 ke 100 j ...

Aiyoo kalau malas nak menapak ke sephora tu beli online jela uols, sampai depan rumah free shipping lagi of course la kan perfume mahal mesti above rm80 utk free shipping sephora. Lain kali toksah baik sangat sedekah duit kat seller penipu ya, nak authentic g beli kat tempat sepatutnya
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Soalan:

Apakah hukumnya bagi wanita memakai minyak wangi kemudian keluar ke rumah untuk bekerja, ke pasar dan sebagainya?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Terdapat sebuah hadis yang boleh dijadikan perbincangan di dalam isu ini. Ia adalah sebuah hadis daripada Abu Musa al-Asy`ari RA bahawa Nabi SAW telah bersabda:

         

Maksudnya: Mana-mana perempuan yang mengenakan wangian dan berjalan melewati satu kaum dan didapati bau darinya maka perempuan itu adalah penzina.

Riwayat Abu Daud (4173) & Al-Nasa’ie (5126). Hadis ini dinilai sebagai hasan.

Al-Imam al-Munawi Rahimahullah menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan hadis di atas adalah perempuan yang memakai minyak wangi yang terzahir dan kuat baunya kemudian keluar dari rumah lalu melewati satu kaum iaitu lelaki-lelaki ajanib dan memang itu tujuannya, maka perempuan itu adalah penzina dari sudut mendapatkan dosanya. [Lihat Faydh al-Qadir. Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, 3/147]

Seterusnya al-Imam al-Munawi Rahimahullah menyebutkan:

                                      
Maksudnya: dan perempuan jika mengenakan wangian lalu melewati satu majlis (yang padanya terdapat lelaki-lelaki) maka ia mampu menaikkan syahwat lelaki-lelaki dan mendorong untuk memandang kearahnya, maka setiap yang memandang kearahnya, maka matanya telah melakukan zina. Perempuan itu mendapat dosa kerana telah memancing pandangan kearahnya dan menjadikan hati lelaki tidak tenang. Makanya, ia adalah sebab berlakunya zina mata dan ia termasuk penzina. [Lihat Faydh al-Qadir. Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, 5/27]

Dalam sebuah hadis yang lain, daripada Abu Hurairah RA yang mana pada satu ketika dia telah bertemu dengan seorang perempuan yang ingin pergi ke masjid dalam keadaan mengenakan wangi-wangian. Lalu Abu Hurairah RA berkata: “Kamu ke masjid dalam keadaan berwangi-wangian? Sesungguhnya aku telah mendengar Nabi SAW telah bersabda:

            

Maksudnya: Mana-mana wanita yang mengenakan wangian kemudian keluar menuju ke masjid, tidak diterima solatnya sehinggalah dia mandi (bagi menghilangkan bau wangi tersebut)

Riwayat Ibn Majah (4002). Syeikh Syu’aib mengatakan bahawa sanadnya lemah kerana terdapat padanya `Asim bin Ubaidullah.

Begitu juga apabila melihat athar para sahabat yang mana mereka amat menitikberatkan mengenai isu ini sepertimana yang diriwayatkan ketika zaman pemerintahan Umar al-Khattab RA, telah keluar seorang wanita dalam keadaan mengenakan bau-bauan sehingga dicium baunya lalu Umar memukulnya dengan tongkat miliknya lalu berkata:

           

Maksudnya: Kalian, para wanita keluar rumah dengan memakai wangi-wangian sehingga para lelaki mencium bau harum kalian?! Sesungguhnya hati lelaki itu ditentukan oleh bau yang dicium oleh hidungnya. Keluarlah kalian dari rumah dengan tidak memakai wangi-wangian.”

Riwayat Abdul Razak di dalam Musannafnya (8107)

Adakah Tidak Boleh Langsung Wanita Memakai Wangi-Wangian?

Apabila melihat kepada hadis-hadis serta riwayat-riwayat yang disebutkan di atas , jelas menunjukkan akan keharaman wanita untuk mengenakan wangian apabila keluar di rumah. Adapun jenis wangian yang disebutkan di sini adalah dari jenis yang zahir, kuat baunya sehingga mengalihkan pandangan ajnabi tertempu kepadanya. Ini boleh menggerakkan syahwat lelaki-lelaki yang mana hati mereka telahpun sakit dan boleh membawa kepada berlakunya perkara yang lebih buruk.

Jika begini keadaannya, maka perbuatan tersebut adalah haram dan al-Imam Ibn Hajar al-Haithami Rahimahullah menyebutkan bahawa ia termasuk di dalam dosa besar meskipun si suami mengizinkan berpenampilan sedemikian. [Lihat al-Zawajir. Dar al-Fikr, 2/71]

Adapun mengenakan sedikit wangian-wangian bagi tujuan menghilangkan bau badan seperti memakai deodorant, bedak talcum, sabun dan sebagainya, ini tidaklah termasuk di dalam kategori yang disebutkan di dalam hadis Nabi SAW sebelum ini.

Ini kerana di dalam sebuah hadis, Nabi SAW telah bersabda:

               

Maksudnya: Sesungguhnya wangian yang baik bagi lelaki adalah yang terzahir baunya dan tidak jelas warnanya dan wangian yang baik bagi wanita adalah yang terzahir warnanya dan tidak begitu kuat baunya.

Riwayat Al-Tirmizi (2788). Dinilai sahih oleh al-Albani.

Al-Hasan mengatakan kemungkinan yang dimaksudkan dengan wangian wanita itu adalah wangian ketika keluarnya mereka dari rumah iaitu wangian yang jelas warnanya seperti za`faran dan baunya tidak pula kuat dan jelas. Adapun apabila bersama suaminya (tidak dikhalayak) maka berwangi-wangianlah dengan apa yang disukai olehnya.

Begitu juga yang disebutkan oleh al-Imam Badruddin al-`Aini Rahimahullah:

                          
Maksudnya: Adapun sebaik-baik wangian bagi wanita adalah pada warnanya dan bukan pada baunya kerana pada warna itu dijadikan perhiasan bagi mereka manakala bau sesungguhnya jika tersebar baunya (kuat sehingga dapat dihidu baunya) akan datang padanya kerosakan dan takut keatasnya tertimpa fitnah. [Lihat Nukhabu al-Afkar fi Tanqih Mabani al-Akhbar, 9/97]

Kesimpulan

Kami berpendapat bahawa wanita boleh mengenakan sedikit wangi-wangian yang tidak terzahir baunya. Ini juga bagi menjaga penampilan wanita tersebut apabila berada dikhalayak. Begitu juga dibolehkan bagi pemakaian bedak, deodorant, sabun dan sebagainya.

Elakkan dari menggunakan wangian yang kuat baunya sehingga boleh menarik perhatian lelaki ajanib yang boleh menyebabkan fitnah dan juga boleh mengheret kepada lembah maksiat yang lain. Ini seperti mana yang terdapat di dalam hadis-hadis yang menyamakan perempuan sebegini sebagai penzina. Wallahu a’lam.

Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan
2 Jun 2017 bersamaan 7 Ramadhan 1438H
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm byk2 perfume imitation,ai tak pernah lagi jumpa org tiru bau VS Angel..ai suka bau dia..nk membeli tu botak jgk laa kepala..kekeke~

Bombshell ada tiruan..tp kalau ai,ai setia dgn enchanteur jah..skrg ni beli laa elianto,sbb bau wangi..harga pun mur2 jah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pkai perfume bandung inspired je noksss
Bau mcm ori, tahan lama pun yaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.065006 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list