CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13810|Reply: 139

[Tempatan] Update: Addy Kanna, Leong Yeong tidak terlibat Macau Scam - Sinar dah ubah tajuk

  [Copy link]
Post time 20-10-2020 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by TENGKUTAHAR at 21-10-2020 02:49 PM

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan dua individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram baru-baru ini, tidak terbabit dalam kegiatan penipuan atau Macau Scam di negara ini.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan mendapati, dua lelaki terbabit iaitu Addy Kanna dan seorang lelaki dikenali sebagai Goh Leong Yeong@Alvin berperanan sebagai koordinator atau ejen untuk menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan yang dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet.

"Pusat panggilan yang beroperasi di unit kediaman mewah dan pejabat itu menjalankan operasi harian dengan menyasarkan rakyat di China sebagai mangsa aktiviti perjudian, penipuan pelaburan mata wang asing (Forex) dan penipuan pembelian barang serta tuntutan barang seperti scam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Huzir berkata, dakwaan pihak tertentu mengaitkan kegiatan penipuan dalam talian di negara ini dengan dua individu terbabit adalah tidak tepat.

Ini kerana, katanya, kegiatan penipuan dalam negara dilakukan oleh sindiket penipuan lain.

"Dakwaan pihak tertentu yang menganggap kegiatan penipuan dalam talian di negara ini membabitkan dua individu itu adalah tidak tepat," katanya.

Huzir berkata, dakwaan mengatakan Addy Kanna akan dibebaskan juga tidak tepat kerana individu itu sedang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bersama dua lagi individu.

"Kita juga masih mengesan Alvin yang melarikan diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada 11 Oktober lalu," katanya.

Huzir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbualan telefon penipuan dalam talian oleh seorang lelaki yang mendakwa ahli kepada rangkaian kumpulan Addy Kanna yang tular sejak minggu lalu.

Menerusi perbualan selama 13 minit 34 saat, lelaki itu mendakwa Addy Kanna akan dilepaskan secara mudah disebabkan jaringan hubungan dengan pemimpin politik.

Pada awal perbualan, lelaki itu memperkenalkan diri sebagai pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah yang mendakwa mangsa ada membuat penghantaran barang ke sebuah pejabat pos di Sabah.

Bagaimanapun, mangsa dapat menghidu taktik lelaki itu yang menipunya dan memberikan butiran peribadi yang tidak tepat sehingga menimbulkan kemarahan lelaki berkenaan.

Kedua-duanya mula berbual secara baik selepas mangsa meminta maaf kerana memarahi lelaki yang cuba menipunya secara dalam talian atau Macau Scam.

Lelaki itu turut menjelaskan kegiatan penipuan yang dijalankan rangkaian mereka menjana pendapatan lumayan sehingga puluhan dan jutaan ringgit kerana sikap mangsa yang tidak berhati-hati.

Sementara itu, Huzir berkata, pihaknya akan mendedahkan butiran kegiatan penipuan oleh dua individu tersebut dalam masa terdekat bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat tempatan.

https://www.sinarharian.com.my/article/106121/BERITA/Jenayah/Addy-Kanna-Leong-Yeong-tidak-terlibat-Macau-Scam-PDRM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2020 05:50 PM | Show all posts
Nampak??? Banyak mana polis makan setiap bulan, patutlah SPRM tak nak bagi kat polis, Dalang mana? Dalang mana?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahhhhhhh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la apa yg teka smlm...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahikkkkkk betul la polis ngan sprm ni terang lg bersuluh diorg guna duit mcm air.. Lg kata bukan money laundry

Acah2 nak dakwa atas kes jenayah lain tu nak cover letuewww hujung2 terlepas jua konon bukti x cukup.... Babibon betulll
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak, salah, kenapa dia lari bam pulisssss?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2020 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
What, a joke la. Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesah pulakkkk rakyat msia neh deyols telibat secara langsung ke tak langsung ke janji duit deyols tuh hasil menipu org lain tak kira la rakyat msia ke rakyat Uganda ke
Skali dgn ko2 skali rakyat booo sbb makan rasuah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2020 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah..
Meriah la lepas ni tokkana berparty lagi sambil wifenya shopping tabur duit?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi, kalau tipu duit org negara China, makanya tak dikira Sebagai penipuan ke? Mohon pencerahan
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahahahahahaha

Ini bolehlandddd
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 06:53 PM | Show all posts
kneepad utk dijual

terbukti ady usahawan yg jujur.. tiada bukti yg mengatakan sebaliknya...ada ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohhh partai bunga raya adalah bunga kebangsaan. What happen wif our country ni ye?

Tangkap2 ni sekadar WAYANG je la ke???????
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 06:55 PM | Show all posts
Wow...nak kena order kneepad ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dapat kanser perut je penyangak penipu ni semua
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh order knee dan elbow pads kt shopee ye...
bakalan merangkak di padang mahsyar yg mana kutuk dia sampai mulut berbuih aritu....

#sarcasm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2020 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 20-10-2020 06:40 PM
Wah..
Meriah la lepas ni tokkana berparty lagi sambil wifenya shopping tabur duit?

Kenduri kesyokoran. Belah babi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 20-10-2020 06:53 PM
kneepad utk dijual

terbukti ady usahawan yg jujur.. tiada bukti yg mengatakan sebaliknya...ada ...

Makanya benarlah kata2 adikana bahawa kejayaan & kekayaan dia ni sebab doanya dimakbolkan tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada jaringan dengan pemimpin politik? Aik
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujung2 sesuci embun pagi....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.082670 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list