CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21052|Reply: 203

[Tempatan] Tular Nasi Lemak Janda, Sekali Peguam Ni Tegur “Berniaga Biar Bermaruah

  [Copy link]
Post time 21-10-2020 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kalau tanya sayalah, berniaga itu biarlah ada intergriti. Biar jenis yang bermaruah.

Apabila ditanya tentang isu marketing yang ‘double meaning’ ini, semestinya saya tidak berkenan.

Kalau ada slogan seperti “Nasi Lemak Janda, lain janda lain rasa”, mestilah saya tidak setuju. Niatnya untuk berniaga saya setuju tetapi cara pemasaran itu tidak kena.

Mesej yang disampaikan juga tidak betul. Kalau katanya, dia maksudkan ‘lain janda, lain rasa’, masakan orang lain, lain sedapnya tetapi kenapa daripada 100% yang membaca, majoriti faham bahawa perkataan itu yang berbentuk ‘double meaning’.

Perkataan lucah ini tidak semestinya jelas dan terus. Saya rasa, kita faham apa yang cuba disampaikan secara berkias-kias.

Dalam tindakan fitnah di mahkamah, perkataan tidak semestinya jelas. Ianya boleh juga secara berkias-kias. Sebab itu mahkamah membenarkan tuntutan secara‘Innuendo’ (bahasa kiasan).

Innuendo berasal dari perkataan Latin iaitu innuere, “to nod toward.” Di mahkamah pun bersetuju bahawa manusia ini ada yang berkias-kias. Berkias atau tidak, fitnah tetap fitnah.

Sekarang ini banyak gaya pengiklanan yang berbentuk begini. Kalau dahulu, gaya pengiklanan begini banyak digunapakai pada produk-produk yang melibatkan hubungan suami isteri dan seks.

Tetapi kini ada banyak produk yang tiada kena mengena pun, banyak yang mengiklankan secara ‘double meaning’.

Saya juga dimaklumkan bahawa iklan Astro bertajuk ‘Turn me on’, dalam video tersebut turut ditayangkan dengan lirik dan seni kata seperti ‘klimaks’, ‘action in the car’ yang tidak patut disertakan pula dengan air terpancut, adegan kereta bergoyang, tangan mengenggam selimut dan lain-lain lagi.

Saya dikhabarkan iklan ini telah dipadamkan. Saya ini tidak gemar kalau mendengar lawak-lawak ‘double meaning’ atau lucah sekalipun.

Tak kisahlah kalau hendak kata saya ini kolot atau konservatif sebab saya rasa melawak begitu, jenis tidak manis dan tidak sopan.

Gaya sembang begini juga menggambarkan, keperibadian kita yang bagaimana. Pernah tempoh hari, saya bertemu dengan sahabat handai. Salah seorang daripada kami mengandung, kemudian seorang lelaki mencelah “Mengandung lagi? Takde kerja lain ke? Projek je kerja!”

Ada beberapa orang di meja itu. Hmm. Anak saya pun ada. Mujurlah dia masih kecil dan tidak faham. Kalau besar sedikit anak saya itu, pasti dihadapan orang itu juga saya tutup telinganya. Sahaja hendak beri isyarat tidak setuju.

Kalau sudah guna slogan begini, sewaktu menjual nasi lemak. Datang pelanggan yang jenis ‘double meaning’ juga, contoh soalannya berkenaan rasa atau berkenaan saiz nasi lemak. Apa perasaan penjual ini?

Adakah dia akan merasa tersinggung? Adakah dia terpaksa melayan juga sembang-sembang ‘double meaning’ begini, sebab dia yang mulakan tagline begini. Jadi bagaimana? Salah siapa?

Hendak dihormati, kita sendiri perlu memastikan diri ini layak dihormati. Ramai sungguh manusia tergila-gila buat marketing cara begini dan katanya ‘good marketing’ sebab jadi viral dan orang hendak membeli.

Hmmm. Saya tanya juga, bagaimana pula jenis ‘crowd’ yang ditarik dengan gaya pengiklanan begini? Yang jenis tulen hendak membeli atau yang jenis…faham-fahamlah sendiri.

Nilai seorang wanita itu terletak pada harga dirinya dan hormatnya orang itu pada kita, berdasarkan bagaimana kita mencerminkan diri kita.

Sekian Nor Zabetha
Baru baru ini tular di media sosial tentang sebuah gerai Nasi Lemak. Yang uniknya adalah nama gerai tersebut dan tagline gerai itu.

Nasi Lemak Janda – Lain Janda Lain Rasa

Menarik bukan nama gerai ini, admin pun tertarik. Sudah semestinya nama Janda ini pasti akan buat ramai lelaki tertanya tanya, janda mana ni?

Pemilik gerai Nasi Lemak Janda yang bernama Fara Ain memberitahu dia terima banyak kecaman kerana nama dan tagline untuk gerai nasi lemak beliau

Beliau tampil muat naik  status tentang kecaman yang dia terima.

“Kalau nak bagi komen yang buruk sis okey je…Kalau hati tu hitam Kotor.. semua tu selalunya berfikiran pun Kotor je jadinya… Cuba niat tu baik Dan prasangka baik,jadinya baik la kan… Tq atas Viral ini semua… Semoga Tuhan memaafkan kepada orang yang prasangka buruk tu… Saya maaf kan. Terima kasih”

Beliau juga ada menyelitkan sepotong ayat dari dalam hadith tentang janda haruslah dibantu.

Fara Ain juga tidak ambil peduli dengan k3caman oleh netizan, sebaliknya mengambil perkara tersebut sebagai pemangkin semaangat untuk beliau lebih berjaya

“Ada yang boleh Terima Dan Ada yang Tak Boleh Terima.. Meh sini sis nak share…Tak apa… Sis okey je.. Apa pun Terima kasih atas Nasihat you All… Moga Murah Rezeki buat Kalian semua.. Amin”
Melihat pelbagai juadah yang menyelerakan, sudah pasti ramai yang datang mahu mencuba selain harga nasi juga sabgat berpatutan

Berikut senarai menu, lokasi dan masa gerai tersebut buka

kredit: Fara Ain

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2020 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by batu kikir at 21-10-2020 08:28 AM

Come on la. Pendapat engkau tak sama dengan pendapat aku.  Biarla dia nak letak "nasi lemak janda,  lain rasa"......awat hang pulak yg panas poen.  Life is not all the time need to be taken seriously.....that is a very boring life.  Take it easy la, have a little bit of fun and jokes (most jokes mesti ada double meaning.....jokes orang puteh ka,  kicap ka,  sepet ka......cuba baca laughter is the best medicine dalam readers digest..... mesti ada double meaning punya. Majallah ini dibaca kononnya olih orang educated.  
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Abg pilih yg mana, perawan atau janda...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ni yg bertudung litup pun tak segan2 nk buat tagline ada bau2 lucah..lps org kecam siap kuar hadis bagai kna tolong janda..x de kena mengena kot..ko letak je la nasi lemak janda yg extra tu x payah la masuk, ko tau kan berapa ramai jantan2 miang kat dunia ni, even budak kecik pun diorg nak try lagi pulak ko yg dah berbulu..blh fikir kan baik buruknya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
I setuju dgn penulisan ini.

Kita nak orang bersangka naik, berniat baik dgn kita, kita sendiri kena mulakan dgn perkara baik.  Jgn asyik ckp org lain hati hitam, kotor, sedangkan kita yg mengundang mcm tu. Everyone is you pushed out.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 08:41 AM | Show all posts
seuju dgn penulis ni,
nak buat marketing pun biar lah ada limitation
nama je gegak gempita, tapi rasa nan hado pun tak guna juga.
Perempuan walau apa pun statusnya biarlah ada malunya
sebab malu itu lah imannya
tapi kalu dah tak tahu malu, buat la ikut suka............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2020 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin hakak janda ni target laki2 miang yg pantang dgr perkataan janda yg jd customer dia. Nak membantu janda la katakaaan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Eeewww... terus keluar hadis2 si nasi lemak janda ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2020 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Desperate marketing strategy
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa lelaki suka melihat/ mencari janda sebagai guruan ie objek seksual.walhal menjadi janda seorg wanita it harus bercerai dari seorg suami/lelaki.. Adakah wanita minta utk jadi janda  mengharap jadi janda atau masyarakat berbangga dengan ramai nya janda di kalangan mereka. Tambah kesian lagi wanita yg kematian suami jugak menerima momokan janda ini.
Tolong lah jaga maruah wanita. Jagn sekali di murah2 begini
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 21-10-2020 08:22 AM
Come on la. Pendapat engkau tak sama dengan pendapat aku.  Biarla dia nak letak "nasi lemak janda,   ...

Setuju dgn ko. Cube sruh acik2 yg tgh kjer ni berhenti kjer. Ulang siaran balik, berhenti kjer then niaga nasi lemak. Baru thu cmne rasa dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 08:58 AM | Show all posts
semua benda na kecam huhu
salute akak ni berniaga mencari rezeki
sekurang kurangnya tak meminta minta
selalu sangat tengok dekat fb syed azmi
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
bila dah kena kecam dan2 la keluar Tuhan la, agama la bagai... masa gantung banner tu ada ko pikir pasal Tuhan? dasar penunggang! kalau kena sexual harassment mohon hadap sajork dah sendiri memintak
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
#katilpatah macam mana
Tunjuk muka laki bini kwpuasan atas katil
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Marketing clan jijan wemang jer ni, jenih xder maruah
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Dan hasrat janda si Fara Ain pun tercapai, free publicity by CARI FORUM summoar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2020 09:10 AM | Show all posts
lain org lain cara penerimaan dan pemikiran bang

ada yg suka lawak lucah malah ramai juga yg benci
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
skali dgn marketing diri...kot laa ada org berkenan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 09:18 AM | Show all posts
sendiri miang
kena hentam kata org hati kotor lak
moga lingkup la ko ni cepat
jenis xleh kena tegur la ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 09:21 AM | Show all posts
tak terkejut akan dtg ada org jual nasi lemak MILF
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.163207 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list