CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 824|Reply: 0

[SARAWAK] Stesen Minyal Bersepadu

[Copy link]
Post time 21-10-2020 10:40 AM | Show all posts |Read mode
SARAWAK LAKAR SEJARAH BINA STESEN PENGISIAN BERSEPADU



KUCHING: Sarawak melakar sejarah tersendiri apabila bakal mempunyai stesen  pengisian bersepadu yang meliputi bahan bakar konvensional, hidrogen dan pengecasan elektrik yang pertama di negeri itu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyempurnakan majlis pecah tanah stesen itu, yang bertempat di Darul Hana di sini hari ini.

Dalam ucapannya, beliau berkata pencapaian ini menunjukkan Sarawak maju setapak lagi, di mana negeri itu kini mempunyai stesen minyak tiga dalam satu dan yang pertama seumpamanya, di Malaysia.

“Stesen pengisian bersepadu ini akan membekalkan tiga komponen utama iaitu minyak petrol dan diesel, hidrogen yang berasaskan air dan terakhir, bateri (pengecasan elektrik),” katanya.

Abang Johari juga memberitahu bahawa beliau telah meminta kerajaan Persekutuan, agar tidak melaksanakan dahulu cukai terhadap kereta yang menggunakan hidrogen sebagai bahan bakar, bagi menggalakkan pengguna mencuba teknologi baru itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.681052 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list