CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1145|Reply: 7

[Tempatan] PKPB: 10 peratus pekerja tertentu di pejabat, 10 pagi hingga 2 petang

[Copy link]
Post time 21-10-2020 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersetuju membenarkan maksimum 10 peratus pekerja merangkumi tugasan tertentu berada di pejabat selama empat jam sahaja bermula 10 pagi sehingga 2 petang untuk tiga hari seminggu.

Bidang tugas itu membabitkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan dan teknologi komunikasi maklumat.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, syarikat tidak perlu mengemukakan permohonan bagi tujuan itu, sebaliknya majikan hanya perlu mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan dibenarkan bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata, majikan perlu menetapkan garis panduan Bekerja Dari Rumah (BDR) yang bersesuaian mengikut keperluan syarikat masing-masing.

"Berdasarkan sistem pangkalan data MITI Covid-19 Intelligent Management System (CIMS), jumlah pekerja berdaftar dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan di Sabah, Labuan, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya seramai 3.1 juta orang.

"Mengambil tanggungjawab bersama untuk melindungi kesihatan rakyat dan pekerja, MITI akan segera melaksanakan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya pihak industri memperkenalkan dasar BDR atau Work From Home (WFH) bagi kakitangan pengurusan dan penyeliaan sebagai langkah untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan pandemik Covid-19 terutama di kawasan sedang menjalani PKPB," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sidang Khas MKN semalam membincangkan maklum balas dan situasi terkini pandemik Covid-19.

Sebagai langkah preemptive untuk membendung penularan wabak itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpandangan terdapat keperluan mendesak untuk memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh PKP iaitu dengan menghadekan pergerakan orang ramai terutama di Selangor dan Kuala Lumpur yang mempunyai jumlah penduduk padat dan antara hab perindustrian utama negara.

Mohamed Azmin berkata, maklum balas diterima daripada industri, seramai 776,135 pekerja atau 25 peratus adalah pekerja dalam bidang pengurusan dan penyeliaan dan kumpulan ini diwajibkan untuk BDR bermula 22 Oktober 2020 selaras dengan keputusan MKN.

"Sebagai kerajaan prihatin dan bertanggungjawab, keseimbangan di antara perlindungan kesihatan awam dan kelangsungan aktiviti ekonomi penting untuk dicapai," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 11:32 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2020 12:00 PM | Show all posts
yg swab test tak ulas


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 12:01 PM | Show all posts

konpius kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 12:03 PM | Show all posts
Yang ni dah banyak syarikat buat sejak pkpb bermula minggu lepas
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 12:04 PM | Show all posts
baru jek kuar berita ni,..impliment esok..punggah
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 12:16 PM | Show all posts


yg kerja function mcm HR la yg pening
nak brief boss foreigner yg tak reti baca bahasa melayu lagi
aku rasa dah fed up la, aku bertahan sampai december ni je kot
kalau berterusan... aku undur diri je la

kalau ada job openings kat office aku, aku war-warkan ... ada 2 positions on hold sbb pkpb.
hubby aku kerja gsc kata, pihak atasan gsc mmg dah tau awal2 dah pkpb ni akan dibuat, dan mmg akan diteruskan dlm satu tempoh masa lagi.
derang dah tau derang kena tutup panggung 2-3 hari sebelum 14 oct tu.






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2020 03:10 PM | Show all posts
meow_tompok replied at 21-10-2020 12:16 PM
yg kerja function mcm HR la yg pening
nak brief boss foreigner yg tak reti baca bahasa melayu l ...

oh mereka dpat heads up la ye, kesian jugak kalau last minit ni kan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm tu operasi kenderaan awam pun sampai jam 5 jelah... Sbb xda dah org naik bas g blk keje...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.057758 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list