CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4165|Reply: 37

[Tempatan] Anwar berkredibiliti jadi PM- Tyra

[Copy link]
Post time 21-10-2020 02:07 PM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap dengan pendirian mahukan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri dan membentuk kerajaan baharu.

Ketua Srikandi PKR Kelantan, Tyra Hanim Razali berkata, pendirian itu merupakan inti pati sejak awal perjuangan PKR.

“Isu mengangkat Datuk Seri (Anwar) sebagai PM bukan bermaksud taksub kepada beliau. Ini adalah inti pati sejak dari awal perjuangan.

“Kami ingin melihat negara ini berubah ke arah yang lebih baik dan kebetulannya, pada waktu ini tidak ada sosok lain yang mampu memimpin Malaysia ke arah itu melainkan beliau.

“Beri peluang kepada beliau memimpin negara agar rakyat dapat merasai perubahannya. Mengangkat beliau adalah demi rakyat dan negara, bukan atas kepentingan tertentu,” katanya dalam program Wacana Sinar Harian edisi ke-203 bertajuk ‘Adakah sekarang masa terbaik tukar kerajaan? yang disiarkan secara langsung di Studio F, Kumpulan Karangkraf malam tadi.

Antara panelis yang terlibat ialah Ketua Penyelidik Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim dan Penolong Setiausaha Puteri UMNO, Asuma Mohamed Sali, manakala Azlan Shah Nabees Khan sebagai moderator.

Katanya, PKR mahu mengembalikan mandat rakyat yang memilih Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengetuai kepimpinan negara.

“Tidak wujud soal perebutan kuasa kerana ikut mandat PRU-14, ia diberikan PH dan PKR mempunyai kerusi terbanyak ketika itu.

“Ini yang kita perjuangkan selama ini namun ia terhenti apabila perjanjian selama ini dikhianati yang mana ada beberapa Ahli Parlimen PH berpaling tadah. Jadi kita mahu perjuangkan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat,” katanya.

Ditanya dakwaan PKR sanggup bekerjasama dengan segelintir pemimpin UMNO semata-mata mahu meraih majoriti untuk membentuk kerajaan baharu, Tyra Hanim berkata, ia adalah dinamik baharu dalam politik,

“Mahu tidak mahu kita perlu (bekerjasama). Malah sebelum ini kita akur bila Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai PH walaupun banyak suara-suara yang tidak bersetuju.

“Kita tidak asa masalah untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja termasuk individu daripada UMNO,” katanya.

Katanya, Kerajaan Perpaduan atau Kerajaan Interim bukan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik.

“Apa perbezaan Kerajaan Perpaduan atau Kerajaan Anwar yang disokong oleh Ahli-ahli Parlimen UMNO. Kalau ada Kerajaan Perpaduan bagaimana kita hendak menilai akauntabiliti dan ketelusan (transparency) kepada kerajaan ini?, soalnya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... adi-Perdana-Menteri
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2020 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakar apa si tira ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 02:12 PM | Show all posts
dah tentu2 la orang PKR sokong anwar jadi PM

seolah-olah tanya penyokong DAP sama ada percaya cakap pakar ekonomi atau cakap pemimpin DAP

dah tentu la macai DAP ikut cakap bos..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2020 02:12 PM | Show all posts

pakar kipas dan garu tuluq
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 02:14 PM | Show all posts
kemaruk replied at 21-10-2020 02:12 PM
dah tentu2 la orang PKR sokong anwar jadi PM

seolah-olah tanya penyokong DAP sama ada percaya cak ...

cuba tanya orang PAN pulak
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 02:19 PM | Show all posts
palmolive replied at 21-10-2020 02:14 PM
cuba tanya orang PAN pulak

Jangan bercakap bagi pihak DAP, kata Guan Eng kepada orang luar parti
TIADA orang luar parti boleh bercakap bagi pihak DAP, kata setiausaha agungnya Lim Guan Eng berhubung dakwaan pemimpin Amanah Khalid Samad sebelum ini bahawa DAP sedia bekerjasama dengan Umno dalam kerajaan baharu di bawah pentadbiran Anwar Ibrahim.

Lim berkata hanya kenyataan setiausaha agung yang mewakili parti melainkan ia adalah pandangan peribadi.


https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/279432

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2020 02:26 PM | Show all posts
tiada sosok lain lebih sesuai kawww...

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 02:26 PM | Show all posts
kemaruk replied at 21-10-2020 02:19 PM
Jangan bercakap bagi pihak DAP, kata Guan Eng kepada orang luar parti
TIADA orang luar parti bole ...

apalah nasib broker kampung baru. harap kes tu ada keluar berita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2020 02:30 PM | Show all posts
anwar???who are yussss????
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 02:31 PM | Show all posts
Ni ke Tyra Hanim?
tak cun pun...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 02:33 PM | Show all posts
sampai PM ke berapa da....

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 02:33 PM | Show all posts
kemaruk replied at 21-10-2020 02:19 PM
Jangan bercakap bagi pihak DAP, kata Guan Eng kepada orang luar parti
TIADA orang luar parti bole ...

gila kena sound...kah kah kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 02:56 PM | Show all posts
bangcak replied at 21-10-2020 02:25 PM
tetiba ramai plak yg panas ati masuk menyerang.
come on, apa salah bangnon?
ada rembat duit berbel ...

Anwart adalah seorang pesalah dan bekas banduan yg telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan sodomi. Dia telah diberi pembebasan awal oleh YDPA atas permohonan dan nasihat PM yg baru memenangi PRU pada masa itu, Tun Mahathir Mohamad.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 03:03 PM | Show all posts
gila bekerja untuk Anwar Ibrahim.. aduhh.. udah udah amalkan sikap mendewakan manusia!!... mmg jahanam kalo amalkan sikap mendewakan manusia biasa nie!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 03:31 PM | Show all posts
Abam tak sanggup tengok peliwat dan bekas banduan jadi peyem


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingtkn si Tyra Bank super model tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2020 05:43 PM | Show all posts
bangcak replied at 21-10-2020 03:02 PM
so? adakah bekas banduan tak layak hidup didunia ni?

Laaa.. tajuk thread ni bukan pasal nak hidup, thread ni pasal kredibiliti jadi PM
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 05:49 PM | Show all posts
kata mendiang Karpal Singh.. "ANWAR IBRAHIM HARUS BERTOBAT..."
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian atok .patut atok jadi PM. malu atok dengan dinasti lee Singapore . dinasti atok cuma atok seorang sahaja.patut atok cari ubat keabadian.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 06:24 PM | Show all posts
Edited by Aliaskotonggo at 21-10-2020 06:26 PM

Walaupun begitu Anwar pandai berkhutbah, syumul


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.067018 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list