View: 3749|Reply: 27
|
[Tempatan]
Isu Vellfire: MB Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, fail saman fitnah terhadap Mahfu
[Copy link]
|
|
Isu Vellfire: Sanusi fail saman fitnah terhadap Mahfuz, Ismail
https://www.sinarharian.com.my/a ... hadap-Mahfuz-Ismail
ROSHILA MURNI ROSLI | | 21 Oktober 2020
Muhammad Sanusi Md Nor
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor akan memfailkan saman fitnah terhadap beberapa individu termasuk Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor, Dr Ismail Salleh yang mengaitkan beliau dengan pembelian sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) baru-baru ini.
Beliau berkata, selain ahli-ahli politik berkenaan beberapa pihak termasuk portal dan akaun Facebook palsu juga sedang disiasat oleh peguamnya.
"Kesemua mereka ini dilihat membuat tuduhan kepada saya secara lantang di media sosial mereka.
"Saya tidak akan memberi sebarang penjelasan ketika ini. Penjelasan daripada saya sepatutnya diminta sebelum mereka tuduh dan tularkan tentang pembelian kereta berkenaan, bukannya buat tuduhan dulu, baru minta penjelasan," katanya ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Menurutnya, beliau tidak tahu menahu berkaitan pembelian kenderaan terbabit kerana ia diuruskan oleh SADA melalui jawatankuasa perolehan aset yang mempunyai peruntukan tertentu untuk dibelanjakan.
"Saya tidak tahu apa-apa pun, kereta itu pun tak tengok lagi, naik pun tak, tiba-tiba depa duk kata saya hebat dengan Vellfire.
"Saya hanya menggunakan dua kenderaan rasmi iaitu Volvo S90 dan Mercedez S320 yang dibeli bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini," katanya.
Katanya, tindakan saman yang dikemukakannya ini merupakan satu pengajaran supaya politik yang lebih matang dapat diwujudkan di negeri ini.
"Ahli politik perlu mendidik orang ramai dengan fakta yang berasaskan kebenaran dan tidak seharusnya menimbulkan kekeliruan sehingga wujudnya kebencian orang ramai kepada musuh politik mereka," katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan kenderaan mewah terbabit yang dikatakan dibeli SADA pada harga RM345,000 dan memiliki spesifikasi tertinggi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mohon langau2 ph berhujah bls |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm Ni baru ngam.. saman je. Tak perlu jelas apa2. Makhamah boleh cerita |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu mrk konar baring & edit fitnah mrk. tapi di mahkamah sudah pasti fitnah yg mula2 sekali di bawa depan hakim. iaitu fitnah SADA beli Vellfire utk MB |
|
|
|
|
|
|
|
Langau2 tgh berkuntum jat thread khairuddin..kesian |
|
|
|
|
|
|
|
mantap. saman terus anjing2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 22-10-2020 06:07 AM
amboi MB je pun pakai merce and volvo?
adoi - Mukhriz beli?baru chek taww...belah depa horaa sakan nooo....depa bisin blah sini lak...
laaaaa awat hang tak beli proton , support laaa kampeni ghetaaa Che Det tu...
laaaaa Volvo and merce ...
|
|
|
|
|
|
|
|
applecomel replied at 24-10-2020 06:02 AM
Betoi cakap hang.....
2 kali dah aku undi tukar MB.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak silap
cina DAP kena saman dgn lecturer UKM pasal isu fitnah
alih2 bangsa Cina DAP dah kantoi
dia boleh pula kata saman fitnah tu nak alihkan isu
aik?
masa bangsa cina DAP fitnah boleh pulak
bila kena saman
kornar lain pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Betul. Kalau tak bersalah saman saja, orang yang suka tabur fitnah bukan ada rasa malu atau bersalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Serupa tu jugak depa....palimg sakit ati..undi2 tau2 jadi katak |
|
|
|
|
|
|
|
applecomel replied at 24-10-2020 11:01 AM
Serupa tu jugak depa....palimg sakit ati..undi2 tau2 jadi katak
Kan.. Pas ni kena penampar sedas bagi berakal sikit pemimpin dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat benang macam ni xdelak ayamph mencemar duli..
Nampak sangat berbayar |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 24-10-2020 11:20 AM
Kan.. Pas ni kena penampar sedas bagi berakal sikit pemimpin dia.
Betoiiiiiiiii.... |
|
|
|
|
|
|
|
applecomel replied at 24-10-2020 01:45 PM
Betoiiiiiiiii....
Kita relax2 sudah.. Sbb kita tau negeri kita mcm mana. |
|
|
|
|
|
|
|
from vellfire to hellfire..... |
|
|
|
|
|
|
|
ahahah... meroyan lagi john maidin ni... agaknya akhir hayat pun tengah meroyan kat forum.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|