CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42170|Reply: 383

[Politik] Spekulasi No More : Yang di-Pertuan Agong tolak cadangan darurat [Susulan mesyua

  [Copy link]
Post time 22-10-2020 03:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Nahnukutu at 25-10-2020 08:31 PM

Mesyuarat khas di Putrajaya esok cetus spekulasi rombakan Kabinet
WARTAWAN SINAR HARIAN | | 22 Oktober 2020


Mesyuarat khas melibatkan Ahli Jemaah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya esok mencetuskan spekulasi rombakan Kabinet. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

SHAH ALAM - Satu mesyuarat khas melibatkan Ahli Jemaah Menteri akan diadakan di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya esok.

Menurut sumber, tiada sebarang maklumat lanjut diberikan berhubung mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, ada beberapa pihak mengaitkan mesyuarat itu dengan desas-desus mengenai rombakan Kabinet.

"Untuk hari ini memang tiada sebarang perkembangan yang bakal berlaku tetapi esok belum pasti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Ketika ditanya mengenai penularan senarai terkini rombakan Kabinet, beliau memberitahu senarai itu berkemungkinan palsu.

"Ada beberapa perkara dalam dokumen yang tular itu dilihat tidak sama dengan dokumen yang selalunya dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri.

"Senarai nama-nama yang diberikan itu juga dilihat tidak logik," jelas beliau.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan gencatan politik bagi memastikan agenda untuk menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang dalam kesusahan dapat dilakukan.

Pengumuman itu memberikan kelegaan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas hubungan dengan UMNO tegang sejak kebelakangan ini.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2020 03:51 PM | Show all posts
Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan gencatan politik bagi memastikan agenda untuk menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang dalam kesusahan dapat dilakukan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 04:06 PM | Show all posts
Rakyat mengharapkan perlantikan Zahid Hamidi sebagai TPM.

Rakyat juga mengharapkan Hadi Awang kekal sebagai Duta Khas ke Timor Tengah Bertaraf Menteri....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 04:15 PM | Show all posts
dulu zaman PM sebelum sebelum ni bukan ke memang mesyuarat jemaah menteri diadakan setiap Jumaat?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 04:18 PM | Show all posts
gencatan senjata = imbuhan

krg la reda sikit
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 04:20 PM | Show all posts
mamichik replied at 22-10-2020 04:15 PM
dulu zaman PM sebelum sebelum ni bukan ke memang mesyuarat jemaah menteri diadakan setiap Jumaat?

stat zaman paklah badawi PM mesorat jemaah menteri jika parlimen bersidang hari jemaat
jika takdak sidang parlimen hari rabu,amalan tu dibawa smp skrg
begitulah kesahnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2020 12:49 AM | Show all posts
sejak zaman pengkhianat serang istana MALAM-MALAM BUTA mesorat jemaah pemimpin pengkhianat mula dibuat
di malam2 buta sahaja.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2020 11:59 AM | Show all posts
Mesyuarat khas Kabinet pagi ini
MyMetroMutakhir

BERNAMA

Putrajaya: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra di sini, dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa.

Kenderaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memasuki pekarangan Perdana Putra pada 8.57 pagi, bagi mempengerusikan mesyuarat yang dijangka bermula 9.30 pagi.

Beberapa kenderaan yang dinaiki menteri-menteri Kabinet juga dilihat memasuki Perdana Putra, dan sebelum memasuki pekarangan bangunan tersebut, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan suhu.

Antara yang kelihatan ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Kenderaan yang membawa Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang turut dilihat memasuki Perdana Putra pada kira-kira 9 pagi.

Sekumpulan pengamal media berkumpul di laluan masuk ke Perdana Putra ekoran desas desus mengenai rombakan Kabinet akan dibuat, berikutan mesyuarat yang diadakan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2020 @ 10:15 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 02:01 PM | Show all posts
hoiii.... apa lancau   kalau nak rombak kabinet kena bawak panglima angkatan tentera masuk mesyuarat?so betulaaa hint kat awani nak buat darurat??? aku mmg speku parlimen nanti kena postpone tapi takde la sampai kena darurat....cash la korang abahcow bawak rotan besar.piaaappp
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 02:03 PM | Show all posts
johan-adx replied at 22-10-2020 04:18 PM
gencatan senjata = imbuhan

krg la reda sikit

gencatan senjata abahcow
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 02:07 PM | Show all posts
in case those politicians havent realised yet, rakyat dah muak and membenci them right now....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mamichik replied at 22-10-2020 04:15 PM
dulu zaman PM sebelum sebelum ni bukan ke memang mesyuarat jemaah menteri diadakan setiap Jumaat?

bukan hari rabu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Darurat apa? Sebab covid atau rusuhan yang tak berlaku?

Sudah la yiddin... Simpan pen dalam laci balik rumah rawat cancer sampai sembuh.. orang dah taknak hang...

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 23-10-2020 02:01 PM
hoiii.... apa lancau   kalau nak rombak kabinet kena bawak panglima angkatan tentera masuk mesyuarat ...

Hint camne yg cik wani ckp tu ... ayat nye
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
So skrg apa cerita...dh abis meting ke belum...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2020 02:30 PM | Show all posts
Menteri kunci mulut, inti pati mesyuarat terus jadi teka-teki
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN | | 23 Oktober 2020


Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memasuki bangunan Perdana Putra hari ini untuk menghadiri Mesyuarat Khas Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Selepas tiga jam bermesyuarat, usaha pemberita untuk mendapatkan maklumat jelas mengenai inti pati mesyuarat khas yang diadakan pagi ini gagal.

Ia selepas kesemua menteri bertindak mengunci mulut ketika didekati pemberita yang menunggu di pintu keluar bangunan Perdana Putra.

Kenderaan pertama yang keluar dari bangunan itu dipercayai membawa Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique jam 12.45 tengah hari diikuti oleh beberapa menteri Kabinet lain.

Turut keluar daripada bangunan itu, kenderaan yang dinaiki Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Mesyuarat khas yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula jam 9.30 pagi dan berakhir 12.30 tengah hari.

Mesyuarat itu dipercayai antara lain membincangkan mengenai belanjawan yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 November depan.

Sejak semalam, timbul spekulasi satu mesyuarat khas diadakan dipercayai berhubung dengan rombakan Kabinet.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... tm_campaign=Menteri kunci mulut...&utm_content=&utm_term=
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 02:37 PM | Show all posts
ladyxez replied at 23-10-2020 02:18 PM
Hint camne yg cik wani ckp tu ... ayat nye

just click on the link below.. tenkiu

https://www.astroawani.com/berit ... a-perlu-tahu-264871
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 02:38 PM | Show all posts
dgn peguam negara bagai...haha lantak korang
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 23-10-2020 12:49 AM
sejak zaman pengkhianat serang istana MALAM-MALAM BUTA mesorat jemaah pemimpin pengkhianat mula dibu ...

malam..ada lampu la...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 02:44 PM | Show all posts
camni la. sbagai rakyat marhen yg biasa2..bkn anak somebody.
yg mkn gaji bulan, pls stop tukaq gov/ menteri ke apa time ni.
just stick apa yg ada smpai covid ok.
aku x rs covid bleh lesap.
just bg la under control.
tau x klang valley hari2 sratus lebih.
aku level miskin bandar kot.
bos kata no wfh. smua kna dtg keja. xdtg keja kna unpaid.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.568448 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list