CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1628|Reply: 17

[Tempatan] DAP tak akan ikut jika Anwar bertindak di luar rangka PH, kata Lim Guan Eng 30 R

  [Copy link]
Post time 23-10-2020 05:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 23-10-2020 09:40 AM

Lim: DAP tak akan ikut jika Anwar bertindak di luar rangka PH

https://www.malaysiakini.com/news/547795

Susan Loone

Diterbitkan Hari ini 4:28 pm
Dikemaskini Hari ini 4:34 pm



WAWANCARA | Dengan Umno kekal menyokong pentadbiran Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin, timbul persoalan sama ada usaha Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru sudah berakhir.

Anwar sudah berusaha ke arah itu - dan untuk menjadi perdana menteri - sejak dipecat daripada kerajaan dan Umno pada 1998.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berbicara tentang masa depan parti itu dalam PH, kerjasama PKR dengan Umno dan jika DAP akan menyokong Anwar selaku perdana menteri jika ia turut menyertakan Umno.

DAP secara jelas mengatakan PKR perlu menjelaskan pendiriannya.

Lim juga menegaskan, langkah bersama-sama Umno atau mereka yang "mengkhianati mandat rakyat" pada PRU14 adalah sesuatu yang tidak dapat dipertimbangkan.

Berikut adalah wawancara Malaysiakini dengan bekas ketua menteri Pulau Pinang itu.

Apa terjadi sekarang sejak nampaknya sudah game over untuk Anwar?
DAP tidak pernah bersaing untuk jawatan perdana menteri. Di bawah PH, ia sentiasa Anwar. Jika dia gagal dapatkan sokongan, maka (sokongan kepada) Presiden Warisan Shafie Apdal.

Tetapi memandangkan Anwar yang membuat langkah, soalan itu patut dijawab olehnya.

Apa rancangan masa depan DAP? Adakah anda akan kekal bersama Anwar memandangkan rancangannya tampak memakan diri?
Kami kekal dengan PH. Mesyuarat belum dibuat. Tetapi jika ada apa-apa pertimbangan, ia akan dibawa ke mesyuarat.

Mesyuarat mungkin diadakan selepas PKP. Membaca sejumlah kenyataan yang dikeluarkan, Anwar masih menaruh harapan sesuatu akan berlaku. Apa-apa pun, lebih baik dia yang memberi jawapan tentangnya.


Apa maksud anda "sesuatu akan berlaku?"

"Memang tidak boleh bergantung kepada Umno selaku parti politik. Secara politik, ia tidak dapat dipertahankan langsung. Walaupun kita telah jelaskan pendirian, ada banyak pihak yang tidak menggambarkan pendirian DAP dengan betul. Media kerajaan pastinya tidak membantu, terutama akhbar bahasa Cina, yang terus merangka penipuan untuk memutarbelit pendirian kami.

Ini sesuatu yang perlu ditangani. Saya belum bertemu mana-mana pemimpin Umno berkenaannya (menjatuhkan PN).

Ada media berbuat demikian (memberi gambaran salah) kerana tahu saya adalah setiausaha agung DAP dan bercakap untuk pihak parti.

Ada tanggapan umum bahawa PH tidak lagi berpadu, DAP dan Amanah dipinggirkan.

Tanggapan itu perlu dibetulkan oleh PKR kerana mereka yang mengetuai usaha itu. Tanggapan itu mungkin disebabkan percaturan kuasa terbaru yang kelihatan hanya ditentukan oleh satu parti politik.

Wajar untuk kembali ke prinsip asas kita dan mengembalikan mandat rakyat pada PRU14 berasaskan 109 anggota Parlimen. Kita tidak boleh bergantung kepada parti yang telah ditolak rakyat.

(Jumlah 109 itu merujuk kepada jumlah anggota Parlimen di pihak pembangkang.)

Hubungan jenis ini, berdasarkan mereka yang sanggup menggadaikan prinsip, tidak akan kekal lama.


Bagi kami, walaupun kami mungkin tak berjaya, masih wujud prinsip asas dan benih-benih harapan yang akan berterusan. Obor harapan akan terus menyala. Benih mungkin ambil masa untuk tumbuh, tetapi akan mekar selepas lima tahun.

Pengkhianat hanya 'menjual' kuasa. Ambilnya daripada mereka, tidak akan ada apa-apa lagi untuk masa depan. Nama mereka dikenang dengan hina.

Bagaimana anda dapat tubuhkan kerajaan berprinsip berdasarkan perkara ini?

Apa pun yang anda kata kepada Umno, mereka berdiri sendiri. Tiada pengkhianatan kecuali beberapa yang lompat. Jika kita bekerjasama dengan mereka sebagai sebuah parti, kita pun sama saja dengan mereka yang melompat untuk tubuh kerajaan 'pintu belakang'.

Apa akan berlaku jika Anwar mahu terus bekerjasama dengan Umno?

Kita perlu tangani perkara ini dalam rangka PH. Kita tidak boleh menyimpang terlalu jauh daripadanya.

PH masih wujud?

Masih, tetapi seolah-olah unsur PH tidak dipancarkan. Ia seperti lebih kepada parti secara individu berbanding satu gabungan padu, atau usaha bersepadu oleh PH.

Adakah anda sudah suarakan keraguan anda terhadap Anwar?

Apabila kami berjumpa, Anwar setuju sepenuhnya dengan kami.

Sampai bila DAP akan bertahan dengan perkara ini? Apa batasannya bagi anda?

Kami akan meneruskannya selagi ia pendirian PH. DAP tidak buat keputusan yang individualistik. Selagi ia pendirian PH, kita akan bersama dan jika tidak, kita tidak akan bersama-sama dengannya.

Anwar tahu dia perlukan DAP dan Amanah untuk berjaya. Sepertimana kami dalam DAP perlukan PKR dan Amanah. Tetapi jika dia buat sesuatu di luar rangka PH, DAP tak akan ikut. Kami yakin Amanah juga berpendirian sama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 05:42 PM | Show all posts
tajuk di perenggan akhir cukup lengkap
panas macai cina dap
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 23-10-2020 05:42 PM
tajuk di perenggan akhir cukup lengkap
panas macai cina dap

Angpa berdua kan pandai buat tajuk bg MACAI PH terbakar.. HHaha.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Whatever la mangkuk ayun hamjad guan eng.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 06:09 PM | Show all posts
sarah82 replied at 23-10-2020 05:50 PM
Angpa berdua kan pandai buat tajuk bg MACAI PH terbakar.. HHaha.

sambil2 tu
jangan lupa shopee tgh promote 11.11


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 23-10-2020 06:09 PM
sambil2 tu
jangan lupa shopee tgh promote 11.11

Hahaha.. Choiii.. Aku tak beli 11.11..x ada yg menarik.. Ang pun sambil2 tu meh join contest kat thread aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2020 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon dap bergabung dgn gerakan parti sendu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 23-10-2020 06:09 PM
sambil2 tu
jangan lupa shopee tgh promote 11.11

Setiap bulan shopee promote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2020 03:35 PM | Show all posts
Pigidahh DAPig... tak dapat kuasa sembang kencang... awat masa Atok & partai cap Bunga Raya dok curi ahlul2 parlimen umno, diam membisu...

Jika ada prinsip, dari awal tolak perbuatan Atok & partai bunga raya... bila dah terciduk nak sembang kerangka ke hulu ke hilir... pintu belakang ke sana ke sini... Atok & partai bunga raya awal dah tunjuk sikap suka & membudayakan sikap lompat si katak lompat... kena batang hidung sundri... menyalak lak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
silencekiller replied at 25-10-2020 03:35 PM
Pigidahh DAPig... tak dapat kuasa sembang kencang... awat masa Atok & partai cap Bunga Raya dok curi ...

prinsip die mcm lalang haha
dap melayu sedar mmg total tolak depa kecuali melayu urban wannabe liberal haha
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 07:55 PM | Show all posts
adakah statemetn gelojoh dari LGE akan memakan diri dan mengecewakan penyokongnya?

sama2 kita lihat
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 23-10-2020 06:25 PM
Hahaha.. Choiii.. Aku tak beli 11.11..x ada yg menarik.. Ang pun sambil2 tu meh join contest kat t ...

Daripada tunggu 11.11 punya sale, akak lebih harapkan black friday punya sale dekat Nintendo eshop dan steam, tazzabar akak nak beli game game murah
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 26-10-2020 02:31 AM
Daripada tunggu 11.11 punya sale, akak lebih harapkan black friday punya sale dekat Nintendo eshop ...

Tak main nitendo.. Main game kat phone sajork..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 26-10-2020 05:23 AM
Tak main nitendo.. Main game kat phone sajork..

Hilanglah salah satu nikmat dunia kalau tak main Animal Crossing New Horizon dekat Nintendo Switch
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 26-10-2020 06:11 PM
Hilanglah salah satu nikmat dunia kalau tak main Animal Crossing New Horizon dekat Nintendo Switch

Game zombie kat phone boleh pi mana2..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 26-10-2020 06:11 PM
Hilanglah salah satu nikmat dunia kalau tak main Animal Crossing New Horizon dekat Nintendo Switch

Best eh game ni? Nak beli lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2020 07:52 AM | Show all posts
apa  pasal  seorang YB ni mahu bising2 - urus court case terowong lah dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko jadilah pembangkang sejati uncle guan eng. Biarkan bang non terjun dgn PM tepi dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.749408 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list