View: 9998|Reply: 60
|
[Tempatan]
Cukup-cukuplah guna singkatan PKP, PKPD, PKPDB. Pakar berkata, sistem amaran 5 p
[Copy link]
|
|
Edited by I.am.PH at 24-10-2020 07:49 AM
Cukup-cukuplah guna singkatan PKP, PKPD, PKPDB, kerajaan diberitahu
Nicholas Chung -October 24, 2020 7:29 AM
PETALING JAYA: Pakar kesihatan mencadangkan agar Malaysia beralih kepada sistem amaran berperingkat bagi menandakan perbezaan tahap kecemasan dalam krisis Covid-19 untuk memberikan informasi lebih jelas mengenai pelbagai protokol dan sekatan yang dikenakan.
Pengerusi Malaysian Medics International, Dr Vikkineshwaran Siva Subramaniam berkata: “Kita perlu beri penjelasan dan arahan jelas kepada umum dan tak biarkan mereka bertindak sendiri. Kebanyakan maklumat yang masyarakat perlu tahu memang diberikan, tetapi ia mengelirukan.
“Sebagai contoh nama-nama yang kita gunakan untuk perintah kawalan pergerakan, kita ada banyak variasi, iaitu PKP, PKPP, PKPB, PKPDB dan sebagainya.
“Singkatan ini sebenarnya tidak ada makna. Saya fikir sistem amaran 5 peringkat di UK lebih berkesan kerana walaupun tanpa konteks, amaran itu masuk akal. Tahap 1 baik, tahap 5 buruk,” katanya.
Britain dan Ireland memperkenalkan sistem 5 peringkat mengikut kod warna pada Mei untuk menentukan langkah berbeza untuk situasi yang berbeza.
Peringkat-peringkat itu adalah berdasarkan nombor pembiakan virus (R0, disebut R-naught) dan jumlah kes yang disahkan pada satu-satu masa.
Beliau berkata penduduk di UK dilatih untuk bersedia dengan setiap peringkat, selain perubahan tertentu yang berlaku dari semasa ke semasa, sekali gus menjadikan keadaan kurang mengejutkan.
“Kerajaan Malaysia sebenarnya melakukan banyak perkara untuk mengekang Covid-19, malangnya kemahiran perhubungan awamnya lemah. Justeru orang awam tidak dapat mengukur dan menghargai tindakan yang diambil serta langkah berjaga-jaga yang diperlukan.”
Pusat Galen untuk Kesihatan dan Dasar Sosial berkata tahap amaran lebih koheren berbanding larangan meluas dan umum diguna pakai di negara ini, selain menambah bahawa penggunaan zon sebelum ini berguna semasa peringkat awal pandemik.
“Tetapi sekarang ia perlu diganti dengan kerangka lebih baik yang mencerminkan peningkatan pemahaman kita tentang wabak dan mengimbangkan hakikat bahawa kita perlukan bahagian-bahagian ekonomi kita berfungsi.
“Amaran berperingkat atau bernombor dengan arahan yang jelas tentang apakah yang boleh dan tidak boleh dibuat lebih koheren dan kurang mengelirukan.
Kini ia nampak seperti sewenang-wenang dan kadang-kadang saling bercanggah dan tidak berdasarkan bukti,” kata ketua pegawai eksekutifnya Azrul Mohd Khalib.
Azrul memberitahu FMT bahawa tidak harus ada kekaburan dalam keputusan mengenai SOP dengan mekanisme penyelarasan Majlis Keselamatan Nasional (MKN), walaupun pemegang taruh perlu dirunding lebih awal dan secara konsisten mengenai apa-apa perubahan.
“Daripada sewenang-wenang membuat keputusan dan menjangkakan ia dilaksanakan, pemegang taruh, terutama sektor swasta mahukan dasar yang koheren, boleh dijangka dan konsisten. Jika tidak keadaan akan menjadi kelam-kabut dan merugikan diri sendiri.”
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Setuju.
sistem kod warna tu nampak lebih mesra pengguna |
|
|
|
|
|
|
|
idea yang bernas terutama ramai sekali yang bengap2 buat2 tak faham bila buat salah
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemimpin2 PN kurang bijak. Itu la sebab |
|
|
|
|
|
|
|
Ahh..warna x warna, menteri ttp x ikut sop! |
|
|
|
|
|
|
|
bg sy....lebih kpd proses pemahaman jer...pon. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul... Smart people explain things in the simplest way...
Yg berbelit2 ni sebab dia sendiri tak paham dan keliru... Contohnya menteri ayor suam... |
|
|
|
|
|
|
|
Choii sibuk nak ikut UK padahal time first wave dulu UK ni gagal total kekang covid. Poooodaahh. Aku lost respect dah ngan sistem kesihatan negara2 west ni |
|
|
|
|
|
|
|
entah aku pun x faham tempat aku kne pkpd tapi pastu pkpb sekarang nk thu flight dari sabah ke kl ada k xada |
|
|
|
|
|
|
|
Ofkos lah setuju
jadahnya last sekali Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Bersasar Diperketat Sila Meninggal
|
|
|
|
|
|
|
|
Warna merah tu cina komunis DAP |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la..
Guna ala2 US gitu..
Def con-1
Def con-2
Def con-3
Def con-4
Def con-5..
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju....ikut mcm s'pore lagipun pengurusan bencana dunia pun guna DORSCON alert level kod warna....sedangkan traffic light pun pakai warna xde problem pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau jenis yg tak faham (atau buat2 tak faham) tu sama gak tak fahamnya nanti.
Kang penuh wassap bertanya apa beza tahap 1 dgn 2, apa beza 4 dgn 5. Yg duk kat tahap 3 karang nak hidup macam tahap 2, atau panik terlebih2 keliru confused tak jelas lah
|
|
|
|
|
|
|
|
che-cikL replied at 24-10-2020 02:43 PM
Kalau jenis yg tak faham (atau buat2 tak faham) tu sama gak tak fahamnya nanti.
Kang penuh wassap ...
Betul...padahal dorg tu yg x paham bahasa melayu...alasan jer. Bkn ssh shg pun nak ambik peduli... |
|
|
|
|
|
|
|
Pakar-pakar ekonomi kata GST bagus, tapi politisyen PH tak ikut pun. So? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau buta warna macam mana sis, mohon pencerahan |
|
|
|
|
|
|
|
SPACE COP GABAN replied at 24-10-2020 02:51 PM
Betul...padahal dorg tu yg x paham bahasa melayu...alasan jer. Bkn ssh shg pun nak ambik peduli...
Betul gak, sebut PKP semua tak faham tp MCO paham plak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kau letak lah nama apa pun kaler biru merah hijau oren pun..kalau dah dogei takdenya org ikut.
Sendiri mau ingat laa..kalau hari2 KKM bagitau kes sekian2 banyak ni, kau tetap horey horey kat luar jugak sebab kau tak peduli. Takkan nak kena sebat baru nak duduk rumah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|