CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Rakyat Malaysia tetap percaya kerajaan serius tangani Covid-19. Cubaan PH nak bu

  [Copy link]
Post time 24-10-2020 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi pada aku satu politician pun x de guna....semua kaki hipokrit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2020 09:03 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 24-10-2020 07:51 PM
definitey PH lagi teruk, dan tengoklah 22 bulan lepas sangat teruk , teruk habis, dan tengoklah sa ...

kalau skrg ni ph jd kerajaan,mesti la lagi teruk,mase xde covid pun dah teruk apetah lagi dgn pendamik ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 09:46 PM | Show all posts
axl_bach replied at 24-10-2020 07:24 PM
Giler x serious.....Abah Mahiaddin PM paling prihatin lg berpenjana

macam ayat sarkastis je

tapi takleh challenge lagi bila PH panggil rakyat Malaysia Koronapalatau bila rakyat risau dengan pandemik covid

bukannya nak tenang kan rakyat

siap bagi istilah Koronapalatau lagi dekat rakyat sebab risau pasal covid
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
whitemagic replied at 24-10-2020 09:46 PM
macam ayat sarkastis je

tapi takleh challenge lagi bila PH panggil rakyat Malaysia Koronapalata ...

Koronapalatau Pee Esh yg bagi?.....r u sure?.....hmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Daripada blaming.. baik apply jd sukarelawan je la.. sbb korang je bijak pandai.  BPN jgn ambil ok sbb gomen yg bagi
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 10:18 PM | Show all posts
noor2 replied at 24-10-2020 06:31 PM
Serius la sangattttt..... PRN yg diwujudkan dulu tu knp...

Yg serius tu dr hisham ...rakyat dan k ...

Dr Hisham the best.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2020 10:21 PM | Show all posts

Agreed, BUT...

Pst... ada sesiapa NAMPAK Menteri Kesihatan dan 2 Timbalannya serta Dr J (Penasihat Khas Kesihatan Awam PM kita)? COVID-19: Unjuran KKM jangkakan kes harian cecah 1,300 pada hujung Oktober
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1220805


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2020 10:37 PM | Show all posts
bharian.com.my
Darurat mampu kawal pandemik COVID-19
Mohd Nasaruddin Parzi
3-4 minutes

KUALA LUMPUR: Proklamasi darurat boleh memainkan peranannya sebagai jalan keluar kepada masalah pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan politik ketika ini.

Felo Penyelidik (Undang-Undang dan Perlembagaan) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, dakwaan kononnya ia akan membawa kepada pentadbiran diktator tidak tepat.

"Ada juga yang membayangkan bahawa proklamasi darurat akan menyebabkan negara diperintah oleh pihak tentera dan seluruh negara tertakluk kepada perintah berkurung. Tanggapan ini jauh daripada hakikat sebenar.

"Dari sudut pemerintahan, Proklamasi Darurat COVID-19 tidak akan mengubah bentuk pemerintahan sedia ada. Kerajaan tetap boleh berfungsi seperti biasa kerana perubahan fungsi kerajaan di peringkat kementerian dan negeri-negeri tidak diperlukan bagi menangani COVID-19," katanya.

Beliau berkata, apa yang berlaku jika ia dikuatkuasakan hanyalah pemberian kuasa secara jelas dan teratur kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk untuk menangani COVID-19.

"Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diisytiharkan, peranan aktif MKN sudah digerakkan untuk menangani wabak ini. Tetapi daripada sudut kuasanya agak kurang jelas dan janggal. Masalah ini dapat diatasi dengan proklamasi darurat," katanya.

Sementara itu, Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian, menjelaskan darurat boleh dilaksana dalam pelbagai bentuk.

"Dia ada macam-macam...darurat bencana, darurat keselamatan dan sebagainya. Cuma tidak pasti bagaimana ia dilaksana sama ada satu negara atau kawasan tertentu saja," katanya.

Beliau berkata, apa yang utama ketika ini rakyat perlu dijelaskan dan diberi kefahaman mengenai setiap tindakan yang diambil bagi mengelakkan situasi tidak tenteram dalam negara.

Jika negara mengambil keputusan untuk melaksana darurat, Malaysia bukan negara pertama di dunia yang mengambil tindakan sedemikian untuk membendung penularan COVID-19.

Media sebelum ini melaporkan, sejumlah 79 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Thailand, Australia, Armenia, Estonia, Georgia, Latvia, Moldova, Romania dan Filipina sudah melaksanakan inisiatif sama dengan pendekatan dalam negara dibuat bagi mengehadkan pergerakan dan melindungi rakyat dari ancaman pandemik berkenaan.

Awal bulan ini, Sepanyol mengumumkan darurat selama 15 hari dalam usaha untuk mengurangkan kadar jangkitan COVID-19 di Madrid dan bandar-bandar berdekatan, sementara Perancis pada Rabu lalu mengumumkan pelaksanaan darurat kesihatan awam berikutan peningkatan mendadak jangkitan baru COVID-19.

Ketika wabak ini muncul di Eropah Mac lalu, New Zealand juga mengisytiharkan darurat pada 25 Mac lalu, yang memberikan kuasa tambahan kepada pemerintah melaksanakan penutupan di seluruh negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2020 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus gak pH sempat perintah 22 bulan. At least rakyat nmpk mcm mana pHancing urus hal negara

Mmg diorg ni sesuai sgt jd pembangkang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2020 10:52 PM | Show all posts
bharian.com.my
Tuduhan darurat bentuk kerajaan diktator tak bertanggungjawab
Mohd Nasaruddin Parzi
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi - Oktober 24, 2020 @ 10:26pm

KUALA LUMPUR: Dakwaan kerajaan diktator akan wujud jika negara melaksana darurat sebagai satu tindakan melulu dan tidak bertanggungjawab.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kenyataan itu jelas satu cubaan menakutkan dan menyemai kebencian rakyat terhadap usaha bersungguh kerajaan menjamin kesihatan, keselamatan awam serta pemulihan ekonomi.

"Biar kita jelas. Musuh sebenar kita adalah COVID-19 dan kita mesti menghargai pengorbanan dan usaha barisan hadapan kita yang sudah berusaha keras siang dan malam melawan pandemik membunuh ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azmin mengulas dakwaan dibuat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, menyifatkan laporan media yang menyebut kemungkinan kerajaan akan melaksanakan darurat memungkinkan negara menjadi kerajaan diktator.

Azmin berkata, sikap Anwar begitu dikesali kerana memilih jalan untuk membangkitkan ketidakstabilan dan menyemai kebencian ketika dirinya mendakwa memperoleh majoriti meyakinkan di Parlimen untuk membentuk kerajaan baru dan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.

"Ini jelas satu watak individu yang gila kuasa yang didorong oleh kepentingan sendiri dan sikap ego seolah-olah jawatan Perdana Menteri menjadi hak miliknya," katanya.

Mengulas lanjut, Azmin berkata, ketika ini apa yang diperlukan adalah semua pemimpin politik bersama dengan rakyat dan kerajaan untuk menangani pandemik COVID-19, dengan segala sumber yang ada perlu digembleng bersama bagi menjamin kesihatan awam terjaga, kerancakan ekonomi berjalan lancar serta sektor pekerjaan terjamin.

"Rakyat terutama yang makan gaji dan mereka yang berada di pelbagai sektor, dapat terus memperoleh pendapatan yang terjamin dan stabil, melindungi keluarga mereka dan boleh menikmati makanan di atas meja," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) berkata, kerajaan akan terus memberikan sokongan kepada agensi penguatkuasaan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksana semua aktiviti pemantauan secara berkesan.

Pada masa yang sama, katanya, agensi itu mesti diberi kuasa melalui proses Perlembagaan untuk melaksanakan tindakan pantas terhadap semua ancaman termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI) yang begitu berisiko tinggi menyebarkan COVID-19 atau penyakit berjangkit lain.

"Dalam keadaan seperti ini, adalah wajar dan tepat untuk kita berdiri bersatu di belakang semua usaha untuk mengurangkan pandemik dan meratakan keluk sambil memastikan gangguan minimum terhadap ekonomi," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang bny menyalak damacai dan porum ni jer. Nampak jer mcm bny sbb MN. Pusing2 org yg sama jugek.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 24-10-2020 06:34 PM
Dari Thread Starter sendiri...

COVID-19. Berita 24 Okt. Kes baru 1228. Pertama kali empat digit.  ...

semoga selamat di jangkiti covid dan mampus tegolek ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 24-10-2020 07:16 PM

no such thing ..
dream ayam ... dream on !!
berangan ituhhh free yaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2020 11:13 PM | Show all posts
Terlalu awal buat kesimpulan ekonomi negara akan lumpuh - Pakar
Astro Awani
Oktober 24, 2020 19:09 MYT

KUALA LUMPUR : Adakah terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan bahawa ekonomi negara akan lumpuh berikutan krisis politik, seperti yang didakwa segelintir pihak.
Ketua Pakar Ekonomi IQI Global Shan Saeed berkata, berdasarkan perspektif global, kemeruapan ekonomi akan berterusan sehingga tahun hadapan yang memerlukan sedikit pembetulan ekoran kestidakstabilan mikro ekonomi.
"Adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan yang pasaran ekonomi akan lumpuh.
"Melihat pada persektif global, pasaran ekonomi tidak stabil sepanjang tahun ini, kemeruapan ekonomi akan berlanjutan sehingga tahun depan," katanya ketika ditembual oleh Astro AWANI di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut Shan berkata, landskap itu bukan sahaja berlaku di Malaysia sebaliknya melanda ekonomi dunia.
"Jadi saya menjangkakan pasaran dunia akan melakukan pembetulan yang mana difahami berikutan ketidakstabilan ekonomi mikro. Selain faktor ini, saya tidak melihat pasaran ekonomi akan runtuh dalam fasa yang begitu cepat," katanya.
Beliau bagaimanapun menafikan andaian pelbagai pihak yang menyifatkan ekonomi Malaysia berada dalam landasan pemulihan lantunan drastik berbentuk 'V'.

Sebaliknya beliau menjangkakan, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah berbentuk 'U' yang mana akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
epuepy replied at 24-10-2020 10:43 PM
Bagus gak pH sempat perintah 22 bulan. At least rakyat nmpk mcm mana pHancing urus hal negara

Mmg ...

Bersyukur 22 bulan je. Selamat abah da amek. Mendunia da malaysia skrg. Terima kasih abah
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau gomen skrang jatuh iols tanak gak gomen yg sebelumnya memerintah balik
Semua yang tamak kuasa iols tanak, geng2 berebut ni semua tanak.

Nak PM yang tak penah mahu menjadi PM,emm situasi politik sekarang mengingatkan pada cite Game Of Thrones masing2 tak habis2 duk gaduh berebut tahta tak sedar ada musuh yang lebih bahaya kalau tak dilawan habis seluruh penduduk dunia jadi zomba belaka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2020 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 24-10-2020 11:27 PM
badaksumbu replied at 24-10-2020 08:32 PM
meh nak ulang semula,

menteri kkm dah propose ye utk kuarantin wajib 14 hari utk yg balik dpd sab ...


Eiiiih. Tambah akak benci PM. Dah la gosip bilang sempadan Sabah deol yang buka masa PRN huntok bawak pilak2 masuk ngundi, tapi difitnohnya Sapi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 24-10-2020 08:37 PM
Tapi pada aku satu politician pun x de guna....semua kaki hipokrit...

Setujusetujusetujusetujusetuju.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
CitySity replied at 24-10-2020 10:18 PM
Dr Hisham the best.

Because he is not a politician. Kesian heols.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2020 11:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.071903 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list