View: 6229|Reply: 63
|
[Tempatan]
Alhamdulillah! Demi Tuhan Aku Bersaksi, sebuah telefilem LGBT tahfiz akhirnya ba
[Copy link]
|
|
Alhamdulillah, dah boleh ditayangkan...
MyMetroRap
FADZIL. FOTO arkib NSTP
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Telefilem kontroversi, Demi Tuhan Aku Bersaksi akhirnya bakal ditayangkan pada 31 Oktober ini di saluran TV1.
Telefilem itu memaparkan kehidupan golongan Lesbian Gay Bisexual dan Transgender (LGBT) di pusat tahfiz.
Penerbit Prokuya Studios Sdn Bhd, Fadzil Zahari berkata, kandungan jalan cerita telefilem itu tidak banyak dipotong dan masih mengekalkan struktur jalan cerita sama.
"Sebenarnya, kandungan jalan cerita Demi Tuhan Aku Bersaksi mendapat kelulusan pihak RTM sendiri dan proses penapisan sudah dilakukan sebelum kontroversi itu timbul lagi.
"Namun, apabila kontroversi timbul dan ramai yang mengecam, pihak RTM menjadi lebih berhati-hati dan berkali-kali melihat semula jalan cerita dan kandungannya.
"Secara keseluruhan, hanya 10 hingga 15 peratus saja babak yang dipotong dan tidak mengganggu jalan cerita asal," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya mengenai jalan cerita dalam telefilen arahan Eyra Rahman itu, Fadzil berkata ia umpama refleksi kepada apa yang berlaku dalam masyarakat.
"Kontroversi telefilem ini timbul apabila satu gambar tular dan netizen membuat pelbagai andaian serta kecaman tanpa usul periksa.
"Kebetulan, jalan cerita dalam telefilem ini juga berkisar mengenai sikap sesetengah masyarakat yang suka menghakimi. Bukan kita nak tekankan mengenai LGBT dalam tahfiz atau apa," katanya.
Sebagai penerbit, Fadzil juga bersyukur kerana material bersifat dakwah itu kini boleh menjadi salah satu wadah penyampaian.
"Alhamdulillah, apabila karya kita ditayangkan, itu adalah umpama penghargaan untuk kerja keras kita dalam menghasilkan karya itu.
"Secara tak langsung, ini juga antara cara dakwah disampaikan kerana banyak mesej positif yang terkandung dalam telefilem ini," katanya.
Terdahulu, telefilem itu mencetuskan kontoversi dan kritikan dalam kalangan masyarakat termasuk golongan agama yang menyifatkan naskhah itu sengaja menjatuhkan imej sekolah tahfiz.
Demi Tuhan Aku Bersaksi dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Syafie Naswip, Fezrul Khan, Ismail Yaakob, Taiyuddin Bakar dan ramai lagi.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 7:00 PM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ceritanya ape? Dari gay ke ostad? |
|
|
|
|
|
|
|
Ditanya mengenai jalan cerita dalam telefilen arahan Eyra Rahman itu, Fadzil berkata ia umpama refleksi kepada apa yang berlaku dalam masyarakat. selebihnya, biarlah rahsia
|
|
|
|
|
|
|
|
taikor replied at 24-10-2020 10:08 PM
Ceritanya ape? Dari gay ke ostad?
Mgkin kisah kt tahfiz yg ada kes liwat. Ustad n senior mliwat, jd heol kluar tahfiz jd mknyah kmudian kmbali insaf. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin boleh ambik pengajaran dari telefilem ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Insya Allah sister
Namun iols saspek 90% kandungan telefilem ini hanya akan mengiyakan mitos gara2 mau lulus tayangan. Gila lah nak cerita fakta sebenar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 24-10-2020 11:06 PM
Insya Allah sister
Namun iols saspek 90% kandungan telefilem ini hanya akan mengiyakan mitos ga ...
Dedahkan apa yg berlaku di tahfiz2 tidak berdaftar ni. Hire pedo jadi warden? Apooo? |
|
|
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 24-10-2020 11:06 PM
Insya Allah sister
Namun iols saspek 90% kandungan telefilem ini hanya akan mengiyakan mitos ga ...
Memang. Macam drama Sutun di mana watak utamanya insof lalu jadik jantan straight bernikah beranak pinak. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahfiz je ke aku rasa majoriti asrama lelaki mesti ada citer students share bilik mandi |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun x semua mcm tu tp hakikat nya memang ada kes kena liwat kat sekolah tahfiz.....dah nama pun manusia benda ni normal.....mcm member aku.....solat tak pernah tinggal....puasa penuh setiap kali bulan ramadhan ......tp gay tahap kronik.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa kene wat tahfiz..sajeer nak burukkan nama agama..
pi la wat sekolah asrama penuh ke.. kem askar ke.. asrama penagih dadah ke |
|
|
|
|
|
|
|
Bekki laa poster tu buat elok2 terganggu tengok,tak sama tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
wah save the date and time
nk tgk drama ni |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak sangat pendedahan lgbt ni tak baik |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamadullilah, akhirnya lulus jgk utk tayangan. Bukan main susah lg nak lulus selama ni
Kerajaan PN semestinya mesra LGBTQ yg slalu menjadi taboon dlm masyarakat if melibatkan perbuatan gay dlm tahfiz.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|