View: 2341|Reply: 29
|
[Tempatan]
Rekonsiliasi Nasional: Apa harapan kita?
[Copy link]
|
|
This is discussion thread, jadi takder benda nak di copy & paste,
Seperti yang kita tahu YDPA telah pun menolak cadangan darurat dan menyeru untuk semua bersatu padu dalam mebantu kerajaan untuk mebendung Covid 19.
Setakat ini, UMNO, DAP & Warisan sudah ada kedengaran agenda perpaduan dan rekonsiliasi nasional, sekurang kurang sehingga PRU 15. Dalam situasi sekarang, agak sukar bagi PM8 untuk mengekalkan status quo yang ada sekarang. Tetapi di masa yang sama bukan mudah untuk PM8 untuk bersama dengan pihak pembangkang, lebih lebih lagi dia sendiri ada tentangan dari team PN sendiri.
Bagi saya, jika sukar sekalipun untuk menunggu PRU15, sekurang kurang nya semua MP dapat memasti kan belanjawan 2021 di lulus kan, sebelum menerus kan agenda agenda politik masing masing.
Bagaimana pulak dengan harapan anda yang lain? |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh nk jangka. Wait & See jeww |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rsa bjet gagal kali ni |
|
|
|
|
|
|
|
At least for the budget thing, sekurang kurang nya ada jaminan untuk perbelanjaan tahun. Lepas tu pecah dah gaduh semula...
|
|
|
|
|
|
|
|
Gagal kan budget, bermakna indirectly melawan YDPA. Bekerjasama, bagi pihak pembangkang takder hal sangat, tapi bagaimana dgn PM8? Itu akan membuktikan bahawa dia sudah ada kehilangan majoriti, jika dia menawarkan kerjasama. Jika kekal kan status quo, lagi bahaya, sebab ada nya unsur tidak puas hati di kalangan PN sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
Harapan saya supaya kerusi2 di kawasan majoriti Melayu yang
jatuh ke tangan DAP, hanya sebab UMNO bagi MCA bertanding
perlu dikembalikan kepada UMNO semasa PRU15
UMNO sentiasa relevan sepanjang zaman
dulu, kini dan selamanya |
|
|
|
|
|
|
|
DAP mencadangankan 'KONSENSUS NASIONAL demi kemaslahatan rakyat Malaysia
Edited by I.am.PH at 26-10-2020 02:32 AM
Umno dan DAP gesa agenda perdamaian
Diterbitkan 25 Oct 2020, 11:53 pm
Umno dan DAP, yang merupakan seteru politik, masing-masing menggesa agenda perdamaian negara bagi menumpukan usaha melawan Covid-19.
Seruan itu hadir selepas Yang Di-Pertuan Agong menolak permohonan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat dan sebaliknya menggesa ahli politik untuk bersama dalam memerangi Covid-19.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, setelah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin parti malam ini, memuji kebijaksanaan Raja-raja dalam menangani kemelut politik, dan mengambil maklum seruan untuk 'gencatan politik'.
"Ibrah episod ini jelas mendidik kita bahawa dalam melaksanakan sebarang Iangkah besar yang hendak dilakukan oleh kerajaan memerlukan proses musyawarah dan penglibatan secara konsensus semua pihak.
"Justeru, sewajarnya dimulakan satu inisiatif rekonsiliasi nasional yang merangkumi agenda politik, ekonomi, sosial dan keselamatan," katanya dalam satu kenyataan.
Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, menyeru agar kepimpinan politik ikhlas dalam menjayakan agenda berkenaan.
Jumaat lalu, Muhyiddin telah mengusulkan kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.
Kerajaan menggambarkannya sebagai usaha memerangi Covid-19 tetapi pengkritik mendakwa ia percumahaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempertahankan kedudukan di tengah-tengah spekulasi yang mengatakan terdapat pemimpin Umno yang tidak lagi menyokongnya, yang menyebabkannya kehilangan majoriti tipis di parlimen.
Setelah berunding dengan raja-raja negeri lain, Yang Di-Pertuan Agong mengumumkan tiada keperluan mengisytiharkan darurat.
Sementara itu, Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP Anthony Loke mengatakan Muhyiddin Loke mengatakan bahawa kegagalan meyakinkan Agong merupakan tamparan hebat bagi Muhyiddin.
Namun, kata Loke, semua pihak tidak seharusnya mengambil kesempatan politik daripada perkembangan ini dan perlu menghormati nasihat Yang Di-Pertuan Agong untuk mengenepikan perbezaan dan perbalahan politik untuk memerangi wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.
"Justeru itu, saya berpendapat bahawa Muhyiddin dan kabinetnya tidak boleh meneruskan cara pentadbiran secara 'business as usual' dan perlu 'engage' dengan Ahli-ahli Parlimen dari blok pembangkang
"Saya mengulangi seruan supaya semua parti yang diwakili dalam Parlimen mesti bersedia untuk duduk bersama di atas meja rundingan," katanya.
Loke mencadangkan "konsensus nasional" yang meliputi:
1. Bersetuju supaya Pilihan Raya Umum ke-15 tidak akan diadakan sehingga 2023.
2. Bersetuju supaya sistem demokrasi berparlimen mesti dipertahankan dan berfungsi seperti biasa mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan sepanjang masa.
3. Bersetuju untuk mencapai konsensus bersama untuk merangka dan meluluskan Belanjawan 2021 dan seterusnya serta Rang Undang-undang yang lain.
Ini adalah kali ketiga Loke meminta semua pihak bekerjasama sejak 13 Ogos dan 22 Oktober.
Setakat ini, DAP dan Warisan adalah parti pembangkang yang meminta Muhyiddin untuk menghubungi mereka.
Awal hari ini, veteran DAP Lim Kit Siang juga mendesak Muhyiddin untuk membuat perjanjian "keyakinan dan perbekalan" dengan pembangkang sementara Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal mendesak semua pihak untuk bekerjasama.
Persidangan Dewan Rakyat berikutnya akan bermula pada 2 November.
Belanjawan 2021 dijadualkan dibentangkan pada 6 November dengan pengundian pada 17 November.
Sehingga hari ini, tidak dapat dipastikan apakah Muhyiddin mempunyai jumlah sokongan yang cukup untuk meluluskan belanjawan tanpa persetujuan "keyakinan dan pembekalan".
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Arfizan Arshad Bila UMNO dan DAP senada rasa macam mimpi la pulok Adam Tq Umno dan dap.. sudah ada unsur2 nak berkawan dah tu Zulkhairi Ab Rahman Akhirnya UMNO dengan DAP juga yang senada Dzul Abdullah Yang nak darurat ni sangat Bersatu dan PAS je. Parti parti lain tak mahu darurat. Yusry Tounsun Abdullah DAP hari2 kena kutuk kena disalahkan sentiasa "damai" tak seperti parti2 melayu isle siang mlm berebut kambing gole Qisya Khadeeja Begitulah politik. Akhirnya UMNO dan DAP senada. Alhamdulillah Zuco Man Statement ke apa tajuk ni... aduiissshhh camne gamaknya bila UMNO+PKR+DAP=berapa kerusi. Seriau ni... sampai 2/3 tak? Agak2nya laaa diorg plan ke arah tu ker? Memang kelaut la parti2 nyamuk..dok kat pembangkang. Pak Lebai xleh kerja dgn DAP. Berani ke Pak Lebai join tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kerexxx at 26-10-2020 11:00 AM
haruslah, komponen pemerintah bersatu demi rakyat kali ini. barulah boleh merangka apa program dan projeck2 yang akan di lakukan pada tahun 2021.
|
|
|
|
|
|
|
|
I.am.PH replied at 26-10-2020 10:26 AM
Kesemua nama 'netizen' itu diyakini RBA cina DAP yang menyamar Melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih,
As for yourself, apa your opinion and way forward untuk isu ini?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kebajikan rakyat mesti diutamakan, itu perkara asas |
|
|
|
|
|
|
|
dizekni replied at 26-10-2020 10:18 AM
Harapan saya supaya kerusi2 di kawasan majoriti Melayu yang
jatuh ke tangan DAP, hanya sebab UMNO b ...
Dah jadi macam ni pun tetap nak sembang pasal kerusi DAP kerusi MCA... Tak habis2 nak berpolitik.. Dasar UMNO bangang engkar titah YDPA... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by I.am.PH at 26-10-2020 03:20 AM
My personal opinion, I've no problem DAP to work with UMNO or any other political parties to ensure political stability for the sake of the people...
We need to combat Covid-19 so we can do business as usual, we need this for our own survival...
90% of non-Malays doing business to survive, the major threat now is Covid-19...
Simple equations:
No business = LESS MONEY
Less money = LESS FUEL TO RUN POLITICAL PARTY
Less fuel = WEAK POLITICAL PARTY
Weak political party = KENA NGAP!
|
|
|
|
|
|
|
|
threat la bukan thread....kau english UPSR lepas tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Rekonsiliasi Nasional?
Terima salam rekonsiliasi hanya mengabsahkan yg Abah Mahiaddin yg prihatin lagi berpenjana mmg tiada majoriti dewan.....hmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih memperingatkan saya, typo error...
Akan saya perbaiki...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nothing impossible, DAP pernah bersama PAS melalui BA dan S46 melalui Gagasan Rakyat. Both parties adalah parti Melayu.
At this situation, memang masing masing perlu mengalah, untuk memastikan peperangan dengan covid akan berjaya, sebelum menyambung semula peperangan politic masing masing
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa option PM ada sekarang?
lagi teruk kalau dia di jatuh kan semasa pembentangan belanjawan....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|