CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 913|Reply: 4

[Tempatan] Bas PERCUMA utk warga Putrajaya. Warga asing kena bayar RM1.50

[Copy link]
Post time 26-10-2020 12:06 PM | Show all posts |Read mode
bharian.com.my
Warga Putrajaya dapat bas percuma | Berita Harian
3 minutes

PUTRAJAYA: Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menerusi Perbadanan Putrajaya (PPj) memperkenalkan perkhidmatan bas percuma bagi pengguna di pusat kerajaan ini, bermula 1 November ini.

Ketua Setiausaha KWP, Datuk Rosida Jaafar berkata, sebanyak 40 bas percuma disediakan sebagai antara inisiatif bawah Wilayah Prihatin KWP bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pendemik COVID-19.

Menurut beliau, perkhidmatan bas percuma ini akan bermula dengan 10 bas yang akan ditambah secara berperingkat-peringkat dan pengguna boleh mendaftar bagi mendapatkan kad percuma, manakala warga asing dikenakan caj RM1.50 bagi setiap perjalanan.

Katanya, kemudahan bas percuma itu membabitkan kesemua laluan bas Nadi Putra bawah kendalian Syarikat Pengangkutan Awam Putrajaya Travel &Tour Sdn Bhd (PAPTT) membabitkan 12 laluan di sekitar Putrajaya.

"Selain dapat meningkat aktiviti pelancongan domestik di pusat kerajaan ini ia juga mampu membantu memulihkan ekonomi negara," katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Bas Percuma di hentian bas Persiaran Perdana, Presint 2 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden PPj, Datuk MuhammadAzmi Mohd Zain dan Naib Presiden Jabatan Perkhidmatan Bandar PPj, Datuk Azizi Ahmad Termizi.

Laluan perkhidmatan bas percuma ini bermula di Kompleks E (T500) melalui Kompleks-kompleks Kerajaan di sepanjang Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1 (Kompleks A, B, C, D & E) dan Persiaran Perdana (Presint 2, dan 3) sehingga ke Dataran Gemilang Presint 4.

Kekerapan bagi laluan utama ini adalah setiap 5 minit pada waktu puncak bermula jam 6.30 pagi sehingga 9 pagi dan 4 petang sehingga 6.40 petang.

Bas itu akan bergerak setiap 10 minit pada bukan waktu puncak serta 30 minit pada waktu malam, hujung minggu atau cuti umum.

Rosida berkata, perkhidmatan bas itu juga melalui 11 laluan kawasan perumahan, komersil dan pejabat selain di Presint 1 hingga 4.

Katanya, kekerapan bagi laluan ini adalah setiap 15 minit pada waktu puncak, 20 minit pada waktu bukan puncak serta 30 minit pada waktu malam, hujung minggu atau cuti umum.

"Setakat ini 4,000 pengguna sudah mendaftar dan mereka berpeluang menggunakan perkhidmatan percuma untuk ke tempat kerja dan urusan seharian.

"Inisiatif bas percuma ini membabitkan anggaran kos berjumlah RM12 juta setahun dan dijangka meningkat 50 peratus pertambahan penumpang pada 2021," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2020 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengah revise..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
jiwasemangat replied at 26-10-2020 03:02 PM
Tengah revise..

Apa yang tengah revise bro?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tender lomm open .. rasanya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 06:08 PM | Show all posts
Baguslah kalau ada bus percuma macam di Selangor memudahkan pergerakan mereka yang tak ada kenderaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.061166 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list