CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 496|Reply: 0

[Tempatan] Penjaja kecil, persatuan teksi lega darurat tidak dilaksana (Siapa yang nak daru

[Copy link]
Post time 26-10-2020 04:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Nahnukutu at 26-10-2020 05:14 PM

Penjaja kecil, persatuan teksi lega darurat tidak dilaksana
26 Oktober 2020

Gambar hiasan Sumber internet

KUALA LUMPUR - Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat buat masa ini turut memberi sedikit kelegaan kepada golongan yang bergantung hidup memperoleh pendapatan harian seperti peniaga kecil dan pemandu teksi.

Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) Datuk Mohamad Abdullah berkata, keputusan itu membolehkan kira-kira 15,000 penjaja dan peniaga kecil di bawah persatuan meneruskan perniagaan mereka yang kini masih dalam fasa pemulihan.

“Cuba bayangkan dalam keadaan sekarang pun susah nak berniaga sebab pelanggan kurang disebabkan oleh wabak koronavirus (Covid-19), apatah lagi jika darurat dilaksanakan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Titah Al-Sultan Abdullah itu dizahirkan setelah memperhalusi permohonan yang dipersembahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berbincang dengan Raja-raja Melayu selain menilai situasi semasa yang sedang dihadapi negara.

Mohamad yang memuji kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong berkata, tindakan Seri Paduka telah ‘menyelamatkan’ banyak pihak yang masih terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Katanya, ramai penganggur kini menjadikan perniagaan kecil-kecilan sebagai ‘talian hayat’ terakhir untuk mereka meneruskan kelangsungan kehidupan bagi menyara keluarga dan membayar segala komitmen bulanan.


Gambar hiasan

Sehubungan itu, beliau berkata, Al-Sultan Abdullah dilihat telah membuat keputusan tepat dengan mengambil kira kegelisahan dan masalah dihadapi rakyat ketika ini, diputuskan secara bijaksana, tidak mengikut emosi dan tanpa mengikut kehendak ahli politik.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kesepakatan Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Limo Premier Executive Jiwa Malaysia (Perjiwa) Zailani Isaisuludin berkata, titah Seri Paduka itu juga amat dinanti-nanti mereka yang berada dalam sektor pengangkutan awam memandangkan golongan ini juga terjejas teruk sejak penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Katanya, ramai pemandu teksi mengeluh sumber pendapatan terjejas apabila orang ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatan teksi dan sekiranya darurat dilaksanakan ia akan memberi impak lebih buruk kepada industri pengangkutan.

“Seri Paduka selaku ketua negara lebih arif dan prihatin keadaan rakyat, justeru keputusan tidak mengisytihar darurat mengambil kira keperluan dan kebajikan semua lapisan masyarakat yang menerima impaknya," katanya. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... rat-tidak-dilaksana
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.064669 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list