CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7769|Reply: 65

[Politik] Ahli Parlimen BN termasuk 26 yang 'berjawatan' dijangka tolak Muhyiddin - Sumber

  [Copy link]
Post time 26-10-2020 04:56 PM | Show all posts |Read mode
'Ahli Parlimen BN dijangka tolak Muhyiddin'
MOHD AZLIM ZAINURY | | 26 Oktober 2020

Pengamal media yang masih menunggu hasil mesyuarat BN di Menara Dato Onn hari ini.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka tidak akan mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN), kata sumber dalaman parti itu hari ini.

"Ini termasuk dalam kalangan 26 Ahli Parlimen BN yang diberikan jawatan oleh Muhyiddin. Mereka juga tidak akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri.

"Jadi mesyuarat ahli-ahli Parlimen BN hari ini tidak akan memihak kepada Muhyiddin apabila ramai Ahli Parlimen BN bertegas dengan pendirian tidak mahu menyokong Muhyiddin," kata sumber terbabit.

Hari ini berlangsung mesyuarat membabitkan Ahli-ahli Parlimen BN di Menara Dato Onn di sini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak cadangan darurat oleh Perdana Menteri semalam.

Antara yang dilihat hadir termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Turut kelihatan, Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan hadir lebih awal.

Untuk rekod, BN mempunyai seramai 39 Ahli Parlimen.

Dakwaan menjadi lebih kukuh apabila Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut membayangkan perkara sama ketika ditemui media sejurus tiba di Bangunan Dato Onn di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, mesyuarat BN hari ini akan memberi tumpuan kepada gesaan agar Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri berikutan kegagalannya untuk mengisytiharkan darurat.

"Itulah yang sedang kita bincangkan, namun saya ingin mendengar kedudukan BN terlebih dahulu," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... s&utm_campaign= Parlimen BN dijangka tolak Muhyiddin'&utm_content=&utm_term=
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2020 04:58 PM | Show all posts
still politicking....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 05:02 PM | Show all posts
Sian bapak Scheme of things......

Najib si penyamun besar tu pon kata dia tak ada moral!
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik PN @ BN masih sibuk berpolitik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
nmpk mcm umno yg berpecah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 05:09 PM | Show all posts
Bersatu bukan parti majoriti dalam Kerajaan. di situlah bermulanya krisis dan masalah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2020 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
gila...gila...gila...gila................selamanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 05:11 PM | Show all posts
Pejuang pulak sebelum ni tak nak support DSAI sebagai PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2020 05:14 PM | Show all posts
politicians ni tak hormat titah agong ke… sila lucut kerakyatan
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 05:23 PM | Show all posts
Pas juga yg cool.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 05:27 PM | Show all posts
dh kenape, ckp paham titah agung etc, tp act sebaliknya..

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 05:29 PM | Show all posts
agong baru je bertitah hari tu stop politicking. apsal la org mcm ni yg tak kena covid19
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2020 05:30 PM | Show all posts
Just wonder DAPig ada tak buat meeting lepas agung suruh jangan berpolitik? Siapa tau...

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 26-10-2020 05:29 PM
agong baru je bertitah hari tu stop politicking. apsal la org mcm ni yg tak kena covid19

Ahli politik kalau x sibuk berpolitik, mereka buat apa plak sistur?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 05:34 PM | Show all posts
MissYouSayang replied at 26-10-2020 05:31 PM
Ahli politik kalau x sibuk berpolitik, mereka buat apa plak sistur?

banyak je kejenye dik.  selami kehendak rakyat, fikirkan pelan camne nk bangunkan negara, kalau tak negara pun fikirla camne nk tarik pelabur ke kawasan parlime ko, tak pun pegi la lawat kawasan parlimen carik org2 miskin ke. bknnye fikirkan camne nk jatuhkan org lain.
ha ni mp yg sibuk politicking confirm tak peduli pun ngan kawasan dia sbb tu out of touch ngan rakyat marhaen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2020 05:41 PM | Show all posts
annehuda replied at 26-10-2020 05:34 PM
banyak je kejenye dik.  selami kehendak rakyat, fikirkan pelan camne nk bangunkan negara, kalau ta ...

lebih risau yang berpolitik tu menteri sister

haruslah otak tu lupa apa masalah kat kementerian. haruslah DG yang run the country.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2020 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 26-10-2020 05:34 PM
banyak je kejenye dik.  selami kehendak rakyat, fikirkan pelan camne nk bangunkan negara, kalau ta ...

Pandai la sis ni...

Nah 20000 kredit utk sis
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 26-10-2020 05:14 PM
politicians ni tak hormat titah agong ke… sila lucut kerakyatan

Better yet, mana2 politicians spesis tak reti bahasa ni dihantar ke sabah as frontliners sampai covid reda.. biar tak dan nak berpolitik dah
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 05:46 PM | Show all posts
Betullah cakap TUN, bersetongkol dgn UMNO mmg gali kubur...kalau buat kerajaan campuran hari tu bagi aku lagi bagus, select yg BERKUALITI saja, yg keluar ikut tingkap pintu belakang, reject!!! Yg ada kes mahkamah masih berlangsung REJECT!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2020 05:47 PM | Show all posts
naj13 replied at 26-10-2020 05:44 PM
Better yet, mana2 politicians spesis tak reti bahasa ni dihantar ke sabah as frontliners sampai co ...

Itulah yang sebaiknya, pakai PPE biaq peluh seguni, nasiblah kalau selamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.708447 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list