View: 23034|Reply: 180
|
[Tempatan]
Jangan gelak: Saya ulang !!! DAP ulangi akan pertahan institusi raja, hak istime
[Copy link]
|
|
https://www.bharian.com.my/berit ... lan-sekitar-kuching
https://www.malaysiakini.com/news/548209
Di sebalik kemelut politik tanah air, DAP hari ini mengulangi pendirian akan mempertahankan institusi diraja, hak istimewa Melayu dan Islam sebagai agama rasmi sambil menggesa menolak sebarang usaha mengambil kuasa melalui perintah darurat.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke Siew Fook berkata parti itu sentiasa dilemparkan fitnah menentang sistem Raja Berperlembagaan dan ingin menghapuskan institusi diraja.
"Ini adalah tohmahan yang langsung tidak berasas.
"Dasar perjuangan DAP jelas mendukung sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
"Dasar ini telah pun termaktub dalam satu dokumen penting DAP iaitu Deklarasi Shah Alam 2012," katanya dalam satu hantaran Facebook sebentar tadi.
Beliau berkata demikian susulan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah semalam yang menyatakan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini.
Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata bahawa parti itu akan sentiasa mempertahankan Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
"Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.
"Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan, serta menggalakkan penggunaan dan pengajian bahasa-bahasa ibunda lain untuk membentukkan masyarakat yang cemerlang dan berbilang bahasa," tambahnya lagi.
Sementara itu, Loke juga berkata bahawa partinya menyambut baik keputusan Yang Di-Pertuan Agong untuk tidak memperkenankan pengisytiharan.
"Dalam tempoh 72 jam yang lalu, rakyat Malaysia melihat sendiri bagaimana sistem raja berperlembagaan berfungsi dalam negara kita.
"Kuasa budi bicara Yang Di-Pertuan Agong telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membatasi keputusan dan tindakan pihak ekskutif.
"Keputusan Yang Di-Pertuan Agong untuk tidak memperkenankan pengisytiharan darurat disambut baik oleh rakyat Malaysia," katanya.
Sultan Abdullah, setelah berunding dengan Sultan dari Terengganu, Perlis, Selangor, Johor, Perak, Kedah, Yang diPertua Negeri Sembilan dan Pemangku Raja Pahang memutuskan untuk menolak permintaan Perdana Menteri Muhyiddin bagi mengisytiharkan darurat.
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Syed Danial Syed Ahmad berkata lapan raja yang bertemu dengan Agong bagi berbincang behubung permohohan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat, menekankan pentingnya menghormati mekanisme semak dan imbang untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa.
Cadangan pengisytiharan darurat yang dikemukakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini digambarkan sebagai usaha memerangi Covid-19.
Namun, pengkritik mendakwa bahawa ia adalah percubaan perdana menteri mempertahankan kedudukan memandangkan terdapat spekulasi mengatakan dia sudah kehilangan majoriti di parlimen dan kemungkinan akan gagal dalam undian Belanjawan 2021 bulan depan. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semua nak jadi pembela raja sekarang... |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmmm, gitu la janji dengan org melayu singapore dulu. Tgk la sampai skrg. Dah dpt, mmg x pulang2 pon jawatan ketua negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Haahah.. Bodoh la sape yg purcaya |
|
|
|
|
|
|
|
bukan 2017 dulu pun ada ckp ini mcm kaaaaa.....
lepas tu trus konar baring ... |
|
|
|
|
|
|
|
fealefea replied at 27-10-2020 09:17 AM
Hmmmm, gitu la janji dengan org melayu singapore dulu. Tgk la sampai skrg. Dah dpt, mmg x pulang2 po ...
Bukanka Kak Limah ketua negara mereka skg? Walau bukan 100% melayunya?
Kehkehkehkeh
|
|
|
|
|
|
|
|
Waaa aku terpana sekejap |
|
|
|
|
|
|
|
HAHAHAHAHAHAHA
hipokrit gila |
|
|
|
|
|
|
|
Wahhhh... Kagumnya aku |
|
|
|
|
|
|
|
Kagum takpe. Jangan gelak. hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
tetiba aku rasa nak lari bogel kat chowkit tghari sabtu baca tajuk bebenang ni
|
|
|
|
|
|
|
|
kluangman replied at 27-10-2020 09:31 AM
Kagum takpe. Jangan gelak. hahahaha
Aku tengah menahan gelak ni.. Hahahahahahahahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah nampak masa depan gelap
silap gaya kena haram macam PKM
dan dan cari dahan tempat berpaut
hipokrasi tahap tertinggi |
|
|
|
|
|
|
|
Wah kagumnya dgn ummah suci 'teraniaya' di tanah Malaysia... |
|
|
|
|
|
|
|
teringat ade memes kt fb.. yg gmbar ultraman tahan gelak tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
hawau betol...baca tajuk je dah bikin gua gelak sampai nak terberak |
|
|
|
|
|
|
|
shark_eow7 replied at 27-10-2020 09:39 AM
teringat ade memes kt fb.. yg gmbar ultraman tahan gelak tu..
Nanti iols cari memes tempek.. |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke statement ni datang dari DAP..aku rasa mcm errrr wow..kagumnya aku...kagum sebab sahsah susah nak dipercayai..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|