CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1274|Reply: 1

[SABAH] Covid-19: Lebih Separuh Kes Sabah Dicatatkan di Kota Kinabalu

[Copy link]
Post time 27-10-2020 06:08 PM | Show all posts |Read mode


Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Daerah ini mencatatkan 535 kes positif baharu dimana, 439 kes disumbangkan melalui kluster Penjara Kepayan.

Kes itu merupakan kes tertinggi dicatatkan di Kota Kinabalu setakat ini. Dengan itu, kes di Kota Kinabalu sehingga kini mencecah 3,992 kes.

Setakat ini, empat kluster direkodkan di Kota Kinabalu iaitu kluster Penjara Kepayan, kluster Atap, kluster Sauh dan kluster Bandaran.



Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, sebanyak 927 kes baharu dilaporkan di 20 daerah di Sabah.

Daerah lain yang mencatatkan kes yang tinggi adalah Tawau dengan 81 kes baharu, Sandakan (64), Kudat (47), Lahad Datu (46), Tuaran (28), Penampang (27) dan Putatan (23).

Selain itu, Semporna mencatatkan 16 kes baharu, Keningau (11), Kinabatangan (11), Papar (10), Kota Belud (10), Kunak (6), Kota Marudu (4), Pitas (3), Telupid (3), Nabawan (2) dan masing-masing satu kes di Beaufort, Tenom dan Ranau.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2020 06:21 PM | Show all posts
semoga semuanya jaga diri dan keluarga bebaik... tak ada keperluan jangan kuar rumah..
duk rumah lebih selamat

sentiasa ikut SOP

Last pegi sabah hari tu 1 Mac
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.049618 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list