CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2111|Reply: 9

Perang Inggeris-Zanzibar 1896 (Perang Tersingkat Dalam Sejarah - 38 Mi

  [Copy link]
Post time 28-10-2020 02:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 6-12-2020 03:34 AM



Konflik di antara Empayar British dan Kesultanan Zanzibar pada tahun 1896 diingati sebagai peperangan paling singkat dalam catatan sejarah, berlangsung selama 38 minit.

Pergolakan tercetus apabila Sultan Zanzibar yang pro-British, Ali Bin Said mangkat.

Sejurus selepas kemangkatannya, anak saudara beliau Khalid bin Barghash mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan baharu dan berpindah masuk ke dalam Istana milik Sultan.

Khalid merupakan simbol penentangan terhadap campurtangan Eropah, justeru tindakannya itu mendapat sokongan daripada rakyat Zanzibar.

Kira-kira 3,000 rakyat Zanzibar termasuk 700 tentera berkumpul menyatakan sokongan kepada Khalid dalam penentangan ke atas pengaruh Eropah di Zanzibar.

Punca konflik ini kebanyakannya disebabkan oleh penjajahan Kenya dan Tanganyika (Tanzania moden) masing-masing oleh British dan Jerman.

Zanzibar pernah menguasai wilayah ini sehinggalah tekanan dari kuasa Eropah memaksa Sultan untuk menyerahkannya.

Kebimbangan dalam kalangan rakyat Zanzibar meningkat disebabkan penzaliman Jerman terhadap orang Afrika di Tanganyika, dan oleh peningkatan campur tangan British dalam perdagangan, budaya dan politik Zanzibar.

Akibatnya, ramai rakyat Zanzibar mahukan Sultan yang akan menentang pencerobohan itu, dan Khalid menjadi harapan mereka.

Kehadiran Imperialis Britain juga memberi ancaman kepada perdagangan hamba yang menguntungkan di Zanzibar, menyebabkan ketegangan dengan kelas pemerintah Arab yang kaya raya.

British menentang pengisytiharan Khalid dan menuntut agar beliau menyerahkan takhta kepada sepupunya Hamoud bin Muhammed, dan mengumpulkan kapal dan tentera British pada 26 Ogos 1896 untuk menguatkuasakan tuntutan tersebut.

Kata dua diberikan kepada Sultan hingga pukul 9:00 pagi keesokan harinya untuk mengosongkan istana atau menghadapi pengisytiharan perang.

Khalid enggan akur kepada kata dua tersebut dan apabila tempoh kata dua itu tamat, kapal-kapal Inggeris melepaskan tembakan ke istana memusnahkan senjata pertahanan dan membunuh atau mencederakan sekitar 500 orang-orang Sultan dan apabila British menamatkan serangan kira-kira 40 minit kemudian hanya seorang pelaut British yang cedera parah.

British juga menenggelamkan kapal layar Sultan, HHS Glasgow sementara Khalid dan sebilangan kecil penyokongnya melarikan diri ke konsulat Jerman untuk mendapatkan suaka.

Dia akhirnya ditangkap semasa kempen British di Afrika Timur semasa Perang Dunia Pertama dan dibenarkan tinggal di Mombasa dengan syarat dia melepaskan tuntutannya ke atas Kesultanan itu.

Selepas pihak British meredakan penyokong anti-Imperialis, Hamoud bin Muhammad diisytiharkan sebagai Sultan Zanzibar.

Dari perspektif British, Hamoud terbukti menjadi pemerintah yang jauh lebih bekerjasama. Untuk mencapai matlamat itu Zanzibar secara efektif menjadi jajahan yang ditadbir oleh British, mengekalkan kemerdekaan pada nama sahaja.

Perhambaan di Zanzibar dihapuskan pada tahun 1897 dan walaupun hanya sebilangan kecil hamba dibebaskan, ekonomi Zanzibar yang bergantung kepada perdagangan hamba terjejas teruk.

British terus menguasai Zanzibar sebagai jajahan naungannya sehingga kemerdekaan Zanzibar pada tahun 1963.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2020 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ni nak masuk contest ka tak? kalau nak masuk edit kat tajuk

CONTEST : Tajuk

malam ni kak sarah baca dan bagi reward tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2020 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 28-10-2020 03:05 PM
ni nak masuk contest ka tak? kalau nak masuk edit kat tajuk

CONTEST : Tajuk

Nakkk..oo kita edit sniri ekkk..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2020 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 28-10-2020 03:07 PM
Nakkk..oo kita edit sniri ekkk..

ngeh2...edit la sendiri...mlm ni kak sarah baca dan  tukar warna utk thread yg join contest.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2020 03:12 PM | Show all posts
sarah82 replied at 28-10-2020 03:09 PM
ngeh2...edit la sendiri...mlm ni kak sarah baca dan  tukar warna utk thread yg join contest.

hahah ok done.  the movie i'm watching are longer than this war.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2020 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 28-10-2020 03:12 PM
hahah ok done.  the movie i'm watching are longer than this war.

hahhaha...tqqqqqq sebab sudi join...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2020 09:56 AM | Show all posts
Zanzibar the land of Freddie Mercury..eh tiber...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 01:17 PM | Show all posts
lawan tentera moden zaman tu..mmg laa cepat kalah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2020 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekejapnya! Tp dlm skjp tu, 500+ org juga cedera/ terkorban. Damage ntah berapa juta. Perang ni mmg byk mendtgkn kemusnahan & keburukan dr kebaikan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2020 02:08 PM | Show all posts
Scheherazade replied at 10-11-2020 07:40 AM
Sekejapnya! Tp dlm skjp tu, 500+ org juga cedera/ terkorban. Damage ntah berapa juta. Perang ni mmg  ...

menyesai tak sudah la defiant sultan tu. 38 minit habis musnah segalanya, including his dignity,. macam Iraq masa tahun 2003  jugak la, tak sampai sebulan kalah dah tentera saddam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.533021 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list