CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5456|Reply: 74

[Tempatan] Bekalan bawang cukup. Rakyat guna 35 juta kg bawang sebulan. Selama ni kita impo

[Copy link]
Post time 29-10-2020 10:43 AM | Show all posts |Read mode
msn.com
Bekalan bawang mencukupi, stabil - KPDNHEP
Safeek Affendy Razali 45 mins ago

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan bekalan bawang di negara ini mencukupi meskipun kerajaan India mengeluarkan larangan eksport bahan itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata susulan larangan itu, sebanyak 121 syarikat pengimport mula meningkatkan jumlah pengimportan bekalan bawang dari negara lain seperti Pakistan, Thailand, Belanda dan China bagi menampung keperluan semasa rakyat Malaysia.

"Secara keseluruhan jumlah pengimportan bawang ke negara ini sejak Januari lalu hingga Ogos adalah sebanyak 340,202,285 kilogram (kg), bersamaan 42,525,285 kg sebulan secara purata.

"Pada masa ini terdapat lapan jenis bawang yang diimport ke Malaysia dan dua jenis daripadanya adalah dari India iaitu bawang kecil merah dan bawang besar import," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 14 September lalu, kerajaan India mengeluarkan arahan larangan eksport semua jenis bawang kecuali jenis 'Bangalore Rose' dan 'Krishnapuram' bertujuan menampung keperluan domestik negara itu ekoran banjir pada Julai lalu.

Alexander berkata enam jenis lagi bawang yang diimport adalah Bawang Merah Import, Bawang Kecil Merah Import dan Bawang Kecil Merah Rose Import dari China); Bawang Kecil Merah Import (Myanmar); Bawang Kecil Merah (Thailand) dan Bawang Besar Kuning (Belanda).

Katanya, 24 negara mengeksport bawang ke Malaysia dan lima negara daripadanya adalah pengeksport terbesar iaitu India dengan 38 peratus, Pakistan (23 peratus); China (16 Peratus); Belanda (8 peratus) dan Thailand (8 peratus).

Berdasarkan statistik semasa, rakyat Malaysia secara purata menggunakan 17 kg bawang setahun bersamaan 1.4 kg sebulan dan ini menjadikan purata keperluan untuk rakyat Malaysia ialah sebanyak 35,971,671 kg sebulan.

Tegasnya, sepanjang tahun ini, KPDNHEP tidak menerima sebarang aduan berkaitan isu bekalan bawang namun pemantauan secara berkala dijalankan bagi memastikan tahap keberadaan bekalan bawang di pasaran adalah mencukupi meliputi semua rantaian pengimportan.

Pengguna dan orang ramai digalakkan untuk menyalurkan maklumat melalui saluran aduan yang disediakan KPDNHEP seperti portal e-aduan kpdnhep, pusat panggilan 1-800-886-800, email aduan e-aduan@kpdnhep.gov.my.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2020 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Bawang belanda sedap buat tomyam, boh dalam coq jagung dan juga tauhu begedil
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 10:49 AM | Show all posts
dah wfh ni, hari2 la kena masak, so bawang kena sentiasa ada.. dulu sblm covid bajet2 je beli bawang setiap minggu, sbb kalau terlebih beli membusuk je akhirnya..last2 membazir
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Adehhhh... Bawang tinggal sebijik je ni. Satgi kena shopping.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2020 10:53 AM | Show all posts
kalau kedai mamak
Roti Bawang
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 10:55 AM | Show all posts
Mula2 dulu je nampak terjejasnya sekarang dah ok semula sentiasa banyak je bawang dijual dah tak susah nak dapat bekalan.  Kalau mana yang jarang masak bawang dah bertunas jangan dibuang cucuk je dalam tanah tak lama keluar ler daun bawang.  Jimat duit tak perlu beli daun bawang lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2020 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 29-10-2020 10:47 AM
Bawang belanda sedap buat tomyam, boh dalam coq jagung dan juga tauhu begedil

Caner rupa bwg belanda tu?first time dgr ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya bawang holland..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2020 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 29-10-2020 11:00 AM
Caner rupa bwg belanda tu?first time dgr ni

Bawang holland tu la.. Hahahahahah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
little_sis replied at 29-10-2020 10:49 AM
dah wfh ni, hari2 la kena masak, so bawang kena sentiasa ada.. dulu sblm covid bajet2 je beli bawang ...

Iols pasan uols taip wtf..hahahaha,mata da kero da ni,pnt btol 2,3 arini..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 29-10-2020 10:47 AM
Bawang belanda sedap buat tomyam, boh dalam coq jagung dan juga tauhu begedil

Bengap pulak rasa,kak sarah taip bwg belanda iols g gugel.hahaha.bwg holland gitew..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
mh17 replied at 29-10-2020 11:09 AM
Bengap pulak rasa,kak sarah taip bwg belanda iols g gugel.hahaha.bwg holland gitew..

Hahaha..jenuh.. Hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
mh17 replied at 29-10-2020 11:07 AM
Iols pasan uols taip wtf..hahahaha,mata da kero da ni,pnt btol 2,3 arini..

Haha arini cuti boleh rehat daa..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Cukup untuk netizen membawang
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
siap2 blend. simpan..  senang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2020 11:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2020 11:42 AM | Show all posts
jgn lupa ajar para suami
mana satu daun kucai
mana satu daun bawang
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
gara gara covid.dominasi bawang india sudah kurang.nasib baik boleh import banyak negara lain jadi harga bawang pon stabil.tak mengharap kat india je
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
little_sis replied at 29-10-2020 11:19 AM
Haha arini cuti boleh rehat daa..

Hahaha,iols surirumah.keje nnstop dr pg,mlayan 4 hero uols.hahaha,tgu yg kcik ni dlm 2thun,iols nk keje blik.pnt duk rumah..org pndg sepi je pnt kte.duk uma je kot,xkn pnt.yela.hantu la kot yg g bli brg dapo,cuci,kms sume..blum lg drive,dlm kete haru biru..sesungguhnya pnt,hahaha.iols duk rumah,kurus tau.tayah diet2 dah
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2020 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 29-10-2020 11:42 AM
jgn lupa ajar para suami
mana satu daun kucai
mana satu daun bawang

Daun sup n daun ktumbar yg wat gaduh selalu.haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.084937 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list