CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2392|Reply: 14

“Risau teramat sangat..” Ustaz Ebit Lew Sewa Pesawat Hantar Bantuan Kepada Petug

  [Copy link]
Post time 30-10-2020 05:39 PM | Show all posts |Read mode










Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan usaha-usaha murni dalam membantu rakyat Malaysia, kali ini beliau muncul sekali lagi dalam membantu mereka yang terjejas dalam keadaan yang sukar di Sabah.

Ustaz Ebit Lew sekali lagi membuatkan banyak pihak terharu kerana telah menghulurkan bantuan yang sangat diperlukan untuk kegunaan petugas kesihatan di sana.


Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew di laman Facebook, beliau telah menggunakan perkhidmatan pesawat kargo Raya Airways untuk menghantar bantuan keperluan kepada petugas kesihatan di Sabah.



Antara bantuan yang disalurkan oleh Ustaz Ebit Lew adalah set PPE, Pelitup Muka, Face Shield serta pelindung kasut untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan petugas kesihatan di Sabah.


Ustaz Ebit Lew turut memohon rakyat Malaysia semoga berdoa untuk Sabah sentiasa kuat dalam menghadapi situasi pandemik Covid-19 ini.


“Doakan yer..risau teramat sangat baca tentang saudara kita di sabah. Ramai mesej saya minta bantuan.

“Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah.. Saya sumbangkan barang medikal set PPE dengan spec, Face Shield,mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah.



“Saya guna perkhidmatan Raya Airways kargo. Doakan yer insyaAllah semoga Allah selamatkan Sabah…sayang orang Sabah sangat”

Menerusi ruanagan komen perkongsian tersebut, netizen-netizen turut membanjiri ruangan komen dengan mengucapkan terima kasih dan berdoa kepada beliau kerana sering menjadi penyelamat dalam situasi pandemik ini.



Sebelum ini Ustaz Ebit Lew baru saja menziarahi pemandu teksi di lapangan terbang KLIA.

Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, Ebit telah berkongsi beberapa foto ketika bertemu dengan pemandu-pamandu teksi.

Suasana sayu menyelubungi apabila Ebit bertanyakan tentang pendapatan mereka di saat pandemik Covid-19 semakin menggila sekarang.

Ada yang hanya mampu membawa pulang sekitar RM80 sahaja untuk seminggu.


Dalam kesempatan itu, Ustaz Ebit sempat memimpin bacaan doa khas buat mereka agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan seharian mereka semua. sumber







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2020 05:40 PM | Show all posts
Edited by trunks at 30-10-2020 05:42 PM


boleh baca2 komen netizen







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Syabas ustaz.. terima kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pape jela...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..
Bape sume tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
byk betul dia ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2020 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi banyak dia infaq lagi melimpah ruah rezeki dia dapat..
Tahniah EL
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2020 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah ustaz n para penyumbang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2020 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa salahnya kalau ucap terima kasih pada penyumbang.. Tapi bukan aku sumbang.. So.. X kisah.

Aku teringat seorg forumer ada minta bantuan kat dia.. Tapi sampai skrg x ada respond
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 04:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahli politik apa plk sumbangannya kpd sAbah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2020 06:05 AM | Show all posts
otai_g replied at 31-10-2020 04:06 AM
Ahli politik apa plk sumbangannya kpd sAbah?

saya yakin ada la tu sumbangan yang kita tak tau,sebab
mungkin dia orang tak nak tunjuk.sebab, ustaz ebit ni,
ramai yang tag dia,kalau ada apa2 isu,tak silap saya
ada pun nombor telefon untuk di hubungi.berbanding
dengan ahli2 politik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit penyumbang tu aku pun ada sumbang dekat 20k lari cukai
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 12:40 PM | Show all posts
Insan yang sebegini yang diperlukan dalam memimpin dan bukannya hanya pandai borak sampai ke langit biru tapi habuk pun xda
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 31-10-2020 12:16 AM
Apa salahnya kalau ucap terima kasih pada penyumbang.. Tapi bukan aku sumbang.. So.. X kisah.

Ak ...

Sebab sheol tak glemer. Takpa la, bukan rezeki sheol. Mungkin bantuan diberi Allah melalui orang lain/sumber lain.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2020 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 31-10-2020 03:25 PM
Sebab sheol tak glemer. Takpa la, bukan rezeki sheol. Mungkin bantuan diberi Allah melalui orang l ...

Betul..semoga Allah swt permudahkan rezeki utk sheols sekeluarga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.171578 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list