CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4781|Reply: 27

Henrietta Lacks—sel manusia pertama kekal abadi

  [Copy link]
Post time 3-11-2020 09:22 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 6-12-2020 03:30 AM

CONTENTS—

1. INTRO
2. SEJARAH KANSER HL
3. KEMATIAN HL
4. PENUAIAN SEL
5. PENGILANGAN SEL
6. PENCEMARAN SEL
7. KEUNIKAN SEL
8. KEJAYAAN SIGNIFIKAN
9. BUKU & ADAPTASI
10. RUJUKAN

DISCLAIMER :

Artikel ini terbatas dengan pemahaman dan terjemahan sendiri. Sekiranya ada sebarang kesilapan, maklumkan untuk pembetulan.

————————————————
1. INTRO

Sel HeLa adalah sel pesakit kanser serviks yang dituai dari pangkal rahim seorang pesakit tanpa pengetahuannya. Ia milik wanita berkulit hitam yang bernama HEnrietta LAcks (HL). Sel HeLa merupakan sel manusia pertama di dunia yang bukan saja membiak diluar kawalan tanpa henti, tapi tidak mati-mati sejak dituai pada 1951. Tiada siapa tahu kenapa. Ia telah ditumbuhkan tanpa henti, dibekukan selama berdekad, dibahagikan, dan dikongsikan sesama saintis seluruh dunia.

Fig. 1 : Imej sel HeLa melalui mikroskop pendarfluor multiphoton


Sebelum ia wujud, banyak kajian ketika itu sukar dijalankan. Ini kerana, sel yang dibiakkan di dalam makmal tidak hidup lama. Malah, banyak kajian terbantut kerana masa banyak dihabiskan untuk memanjangkan hayat sel daripada menjalankan kajian asal itu sendiri.

Sel HeLa sangat berharga kerana melaluinya, saintis akhirnya dapat membuat eksperimen yang mustahil dibuat ke atas manusia bernyawa. Macam-macam dilakukan pada sel itu. Dedahkan ia pada toksin, radiasi, infeksi. Suntikkan ia dengan pelbagai jenis dan dos ubat-ubatan dll. Dan sekiranya sel mati, saintis hanya perlu membiak semula sel dari bekalan sedia ada.

Sel HeLa banyak digunakan dalam kajian makmal, terutamanya dalam penyelidikan virus, kanser dan genetik manusia. Keunikan sel HeLa membolehkan pelbagai kajian berjaya dibuat dan vaksin dibangunkan. Antara sumbangan terbesar sel HeLa adalah pembangunan vaksin polio, penemuan penting dalam kajian kanser, pemetaan genom, vaksin hPV dan rawatan HIV.

Ketika identiti Henrietta masih tersorok dari umum dan ahli keluarga Henrietta hidup dalam kemiskinan sehingga tidak mampu memiliki insurans kesihatan, hasil tuaian secara haram ini berjaya menjana keuntungan multibillion dalam industri material biologi. Namun, keluarga Henrietta hanya mengetahui tentang kewujudan sel abadi itu setelah 25 tahun kematiannya. Itupun secara tidak sengaja!

Fig. 2 : Henrietta Lacks


2. SEJARAH KANSER HL

Beberapa bulan selepas kelahiran anak ke-4, HL rasakan bagai ada simpulan (a knot) di rahimnya. Dia menyangka ia berkait dengan kelahiran anaknya baru-baru itu. Tidak lama kemudian, dia mengandung anak ke-5. Kira-kira 4½ bulan selepas kelahiran anak ke-5, berlaku pendarahan luar kebiasaan. Hasil pemeriksaan sendiri, dia menjumpai satu ketulan keras seperti guli di pangkal rahim.

Pada 29 Jan 1951, HL pergi ke Klinik Ginekologi di Hospital Johns Hopkins untuk pemeriksaan. Setelah mendengar aduan HL, Dr Jones menyemak rekod perubatan HL dan menjumpai satu siri gejala yang tidak dirawat.

Fig. 3 : Rekod Perubatan HL



Selepas mendapat gambaran kesihatan HL, Dr Jones melakukan pemeriksaan dan mendapati terdapat satu jisim keras terhakis bersaiz 5 sen di pangkal rahim HL. Meskipun sudah melihat beribu luka kanser serviks, tapi yang seperti HL, baru yang pertama—ungu bersinar bak 'grape Jello'. Jisim itu sangat sensitif, terus berdarah saat tersentuh lembut. Cebisan jisim itu dipotong dan dihantar ke makmal untuk analisis.

Dr Jones juga mendapati tiada sebarang rekod penemuan abnormal di serviks semasa (1) kelahiran anak ke-4 pada 19 Sept 1950 dan juga ketika (2) pemeriksaan rutin 6 minggu berikutnya. Aneh sekali, selepas 3 bulan, satu ketulan tumor terbentuk sepenuhnya. Samada doktor ketika pemeriksaan terakhir itu terlepas pandang atau tumor itu tumbuh dalam kadar yang cepat! Selepas beberapa hari, ujian biopsi menunjukkan HL mengidap kanser serviks tahap 1.


Pada 5 February 1951, Henrietta ke hospital untuk rawatan kanser. Tiada siapa memaklumkan Henrietta seorang doktor penyelidik bernama TeLinde sedang mengumpul sampel bagi tujuan penyelidikan dan tiada siapa meminta persetujuannya sekiranya dia mahu menjadi penyumbang.

Sebelum rawatan radium bermula, dalam keadaan HL tidak sedar, doktor bertugas telah memotong 2 tisu bersaiz syiling daripada serviks HL— 1 dari tumor dan 1 dari tisu serviks yang sihat dan berdekatan dengannya. Sampel ini dihantar pada Dr. George Gey.

Prosedur rawatan diteruskan. Sebatang tiub berisi radium dimasukkan dan dijahit pada permukaan serviks. Selesai prosedur rawatan, HL dihantar berehat di wad. 2 hari kemudian, tiub radium dikeluarkan dan HL dibenarkan pulang.

Sebelum rawatan radium ke-2 bermula, hasil pemeriksaan mendapati kesan dari rawatan pertama, keadaan serviks HL ketika itu merah keradangan dan tumor pula sudah pun mengecut.

2 minggu selepas rawatan radium yang ke-2, HL datang bulan. Aliran darahnya berat dan tidak berhenti. Dan tidak berhenti selama beberapa minggu sehingga tiba masanya untuk rawatan kanser seterusnya iaitu terapi sinar radiasi.

3 minggu selepas terapi radiasi, HL rasa dalamannya seperti terbakar dan aliran kencing terasa bersama kaca yang pecah. Kesan radiasi juga meninggalkan kesan hitam terbakar bak arang pada kulit abdomen HL.

Akibat tiada perubahan pada kesemua rawatan dan kesakitan yang sudah tidak tertanggung, pada 8 August, Henrietta kembali ke hospital dan minta untuk diwadkan. Dia tinggal di sana sehingga kematiannya pada 4 October ketika berumur 31 tahun.

Fig. 4 : Hospital Johns Hopkins


3. KEMATIAN HL

Umumnya, HL meninggal dunia akibat kanser serviks yang sangat luar biasa agresifnya. Secara rasmi, punca kematian HL direkodkan sebagai terminal uremia iaitu keracunan darah disebabkan pengumpulan bahan kumuh di dalam badan.

Fig. 5 : Death Cert


Dalam kes HL, toksin dalam badannya tidak dapat dikumuhkan secara normal melalui urin. Ini kerana tumor kanser telah menutup sepenuhnya saluran air kencing sehinggakan doktor sendiri gagal memasukkan catheter untuk mengosongkan pundi kencing.

Fig. 6 : Kalung mutiara (tetiba...)


Gambaran mayat HL berdasarkan laporan autopsi agak mengejutkan. Kedua tangannya ditarik rapat ke atas untuk memberi ruang doktor patologi memeriksa bahagian abdomen dengan lebih terperinci. Badannya terbelah dua di tengah. Di dalamnya, bergugus-gugus tumor kecil putih-kelabu jelas memenuhi rongga badannya seolah-olah badannya ditaburi dengan butir-butir mutiara yang rapat, tebal, dan padat. Kalungan demi kalungan mutiara membaluti diafragma, intestine, appendix, rektum dan hati. Manakala buah pinggang, pundi kencing, ovari dan uterus pula habis dilitupi tumor. Kawasan pundi kencing yang paling teruk, memang tertutup sepenuhnya!

Fig. 7 : Memorial HL


4. PENUAIAN SEL

Selama 3 dekad, Dr. George Gey (Ketua Jabatan penyelidikan Kultur Tisu di Universiti Johns Hopkins) dan isterinya Margaret (jururawat surgery) cuba membiakkan sel malignant di luar badan manusia dengan harapan dapat menemui punca dan cara mengubati kanser. Usaha mereka gagal. Kebanyakan sel cepat mati dan yang hidup pula segan membiak. Pasangan Gey ini nekad untuk menumbuhkan sel manusia pertama yang kekal abadi dari induk yang sama dalam media kultur.

Fig. 8 : Margaret di makmal Hopkins


TeLinde pula merupakan doktor penyelidikan dalam bidang onkologi di Hopkins. Dalam membuktikan kajiannya, dia perlu mencari jalan untuk menghidupkan dan memanjangkan hayat sampel dari tisu serviks yang normal dan dua jenis tisu kanser serviks (invasive & non-invasive) supaya perbandingan antaranya dapat dilihat di dalam makmal.

Atas sebab ini, TeLinde menawarkan Gey bekalan sampel tisu kanser serviks dan sebagai ganti, Gey menemukan cara untuk menghidupkan sel di luar badan manusia. Gey setuju. Sejak itu, TeLinde mula mengumpul semua sampel tisu pesakit kanser serviks yang datang ke Hopkins, termasuklah Henrietta.

Fast forward to 8 Feb 1951. Gey menerima cebisan sampel tisu kanser HL. Tiada siapa menyangka sel pada kali itu berbeza dari sel-sel sebelumnya. Maka seperti biasa, Mary (pembantu makmal) mengkulturkan (tumbuhkan dalam makmal) sampel tisu yang diterima. Namun keesokannya, Mary tergezut. Sel itu bukan saja masih hidup malah membiak dengan kadar yang menakjubkan!

Melihatkan keadaan itu, Mary membahagi tiub itu kepada 2 tiub baru, memberikan ruang untuk sel membiak. Dalam masa 24 jam, sel itu bercambah 2x ganda sekali lagi. Dalam ketakjuban, Mary mengulang proses pembahagian sampel—dari 2 tiub, menjadi 4, kemudian 6 dan seterusnya. Pada pemerhatian Mary, sel kekal membiak selagi ruang disediakan.

Dan antara dua jenis sampel Henrietta, sel kanser membiak 20x lebih cepat daripada sel normal (mati selepas beberapa hari diletakkan di dalam kultur—sama seperti sel-sel sebelumnya). Selagi sel kanser Henrietta mendapat cukup nutrisi dan berada dalam suhu yang sesuai, ia akan membiak tanpa henti dengan kadar yang sangat-sangat cepat.

Fig. 9.1 : Sel HeLa membahagi dalam 27 jam


Fig. 9.2 : Subline of HeLa cells, 1985


Pada 4 Oct 1951, HL akhirnya meninggal dunia akibat kanser serviks. Kematian HL membuatkan Gey tertanya mengenai keabadian sel HL yang lain. Kerana itu, Gey mahukan sampel dari pelbagai organ HL pula. Pada mulanya suami HL tidak mengizinkan, tapi akhirnya bersetuju setelah disogok dengan alasan autopsi itu mungkin dapat membantu anak-anaknya kelak.

Selesai proses autopsi, Mary membantu Dr Wilbur (pathologist) mengutip sampel seperti arahan Gey. Tisu sample dari pundi kencing, usus, uterus, buah pinggang, vagina, ovari, appendix, hati, jantung, dan paru-paru diambil dan diletakkan ke dalam piring petri. Manakala cebisan serviks yang dilitupi tumor pula diletakkan ke dalam bekas berisi formaldehyde untuk kegunaan di masa akan datang.

Di makmal, mereka tidak lagi mempunyai tempat yang cukup untuk menyimpan sel HeLa. Sejak dari mula, Gey tidak berniat untuk membuat duit dengan sel itu. Dia hanya mahu membantu kajian penyelidikan dalam bidang sains berkembang. Kerana itu, dia dengan sukahatinya mengagihkan sel HeLa kepada penyelidik yang memerlukan dari seluruh dunia secara percuma saja, sehinggakan ada satu ketika dia sendiri pun keputusan bekalan dan perlu minta pada orang lain!

5. PENGILANGAN SEL

Pada awal 1950an, Jonas Salk seorang doktor-saintis bersama pasukan penyelidik akhirnya menemui vaksin bagi merawat polio yang menyerang kanak-kanak pada zaman itu. Kejayaan vaksin polio itu melibatkan eksperimen ke atas monyet di makmal. Namun Salk memerlukan banyak sel untuk membangunkan dan menguji keberkesanan vaksin tersebut. Pada 1952, kilang sel HeLa dibina di Institut Tuskegee untuk membekalkan sel HeLa pada Salk.

Penggunaan sel HeLa semakin meluas. Permintaan meningkat dan wujud keperluan dalam penghasilan sel HeLa secara berpusat yang lebih terjamin dan terkawal kualiti. Pada 31 July 1953, Institut Tuskegee secara rasmi menjadi pusat pengeluaran sel HeLa secara besar-besaran. Ini titik permulaan sel HeLa dijual ke makmal seluruh dunia bagi mengaut keuntungan.

Fig. 10 : Kilang HeLa, Tuskegee Institute


6. PENCEMARAN SEL

Selepas 25 tahun sel dituai, saintis mendapati kebanyakkan kultur sel (dari jenis tisu kanser lain) sebenarnya adalah sel HeLa! Rupanya ia boleh berterbangan dalam udara, berpindah pada tangan tidak berbasuh, dan seterusnya mencemarkan kultur yang lain. Isu ini mencetuskan panik dan kontroversi.

Dalam kekalutan, seorang geneticist berpendapat masalah pencemaran kultur ini dapat diselesaikan dengan mendapatkan DNA keluarga terdekat HL. Melalui DNA itu, saintis dapat memetakan gen HL, membuat perbandingan dan menentukan yang mana kultur sel HeLa dan yang bukan.

Pada 1973, penyelidik berjaya memperdaya keluarga HL untuk memberikan sampel DNA (alasan untuk melihat samada mereka juga mengidap kanser), yang mana dengan sampel DNA itu bukan saja dapat menyelesaikan isu pencemaran kultur sel tapi pada masa yang sama dapat mengkaji sel HeLa dengan kaedah terkini dan juga berpeluang untuk membuat pemetaan lengkap gen HL.

Sedari awal 1970an, dalam kepelikan, keluarga HL sudah mula mendapat panggilan dari penyelidik yang mahukan sampel darah mereka untuk kajian genetik HL secara menyeluruh. Dan akhirnya, isu pencemaran sel HeLa telah membuka peluang itu.

Hasil pengumpulan sampel DNA keluarga HL yang juga tidak melalui persetujuan yang betul, pada 2013, pemetaan lengkap genom HL diterbitkan dalam jurnal saintifik tanpa pengetahuan keluarga HL. Artikel penyelidikan itu kemudiannya meraih kontroversi dan terpaksa dikeluarkan dari terbitan jurnal. Kini, capaian data genom HL dikawal lebih ketat dan memerlukan permohonan terlebih dahulu.


.....bersambung






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2020 09:23 AM | Show all posts
Edited by Wakefield at 3-11-2020 04:45 PM

7. KEUNIKAN SEL

Para saintis bingung memikirkan kenapa sel HeLa bukan saja membiak dengan pantas dan agresif, tapi tidak mati-mati—kebal dan immortal. Apakah penyebabnya? Setelah berpuluh tahun, akhirnya persoalan ini terjawab.

Penyelidik mendapati sel HeLa bukan saja sel kanser yang sangat agresif, malah positive virus 'human papillomavirus' (hPV), iaitu virus jangkitan kelamin. Bukan itu saja, malah beberapa strain virus hPV yang terkandung dalam sel HeLa itu juga dari strain virus hPV yang paling power sekali! Strain virus hPV yang akhirnya diketahui sebagai penyebab kanser serviks yang membunuh HL.

Syphilis, yang mungkin boleh dikira sebagai faktor penyumbang—dapat merencatkan sistem immuniti sekaligus menggalakkan sel kanser untuk merebak lebih pantas dari biasa. Penyelidik beranggapan, gabungan faktor ini (kanser malignant + virus hPV power) adalah penyebabnya.

Pada 2013, persoalan ini kemas terjawab. Kajian oleh penyelidik di Universiti Washington mendapati genom hPV (ada gen kansernya sendiri) menyelit dirinya dekat-dekat dengan onkogen di dalam genom Henrietta. (Genom ialah maklumat genetik menyeluruh yang dikodkan dalam DNA/RNA satu organisma. Onkogen adalah gen yang telah berubahsuai dari gen asal dan menyebabkan kanser.)

Penyelitan tanpa diundang ini mengaktifkan onkogen HL dan menyebabkan sel HeLa mereplikasi dirinya dengan pantas di dalam badan HL dan juga di makmal. Selepas 62 tahun, faktor keunikan sel kanser HL yang dapat membiak di makmal 20x lebih cepat dari sel normal HL akhirnya terjawab.

8. KEJAYAAN SIGNIFIKAN

Kejayaan sel HeLa dalam penyelidikan bioperubatan di bawah dibentangkan dalam bentuk garis masa merangkumi (1) kejadian penting melibatkan sel HeLa dan (2) kajian penyelidikan melibatkan sel HeLa (dalam penerbitan saintifik). Kejadian yang dipilih berdasarkan kekerapan kejadian tersebut dirujuk dalam penerbitan saintifik.

1951 : Sel pertama kali dituai dari HL

1952 : Pengeluaran sel HeLa

1953 : Menyediakan asas bagi vaksin polio

Fig. 11 : Vaksin polio


1956 : Memahamkan kesan sinar X pada sel manusia

1956 : Membangunkan metodologi bagi kajian kanser

1964 : Menjelajah ke angkasa untuk kajian kesan sel pada graviti sifar

1964 : Memperjelaskan lagi rawatan bagi penyakit berkaitan darah

1973 : Menentukan bagaimana salmonella menyebabkan jangkitan

1985 : Perkembangan signifikan dalam menentang kanser serviks

1985 : Memperlahankan pertumbuhan kanser

1988 : Pemahaman mendalam mengenai jangkitan HIV

1989 : Pendedahan mengenai penuaan sel

1993 : Mengkaji kesan tuberculosis pada manusia

2001 : Innovasi dalam pengimejan sel tunggal

2001 : Memahami keberjangkitan virus Ebola dan HIV

2008 : Dr. Harald Zur Hausen dianugerahkan Nobel Prize untuk penemuan virus hPV yang menyebabkan kanser serviks

Fig. 12 : Jangkitan hPV dan kanser


2009 : Dr. Elizabeth Blackburn, Dr. Carol Greider, dan Dr. Jack Szostak dianugerahkan Nobel Prize untuk kajian mengenai telomeres

Fig. 13 : Telomeres


2010 : Penggunaan semula ubat Thalidomide untuk melawan kanser

2013 : Membenarkan penyelidikan menggunakan sel HeLa untuk kemajuan sains dengan syarat menjaga kerahsiaan data

2014 : Dr. Eric Betzig, Dr. Stefan W. Hell, dan Dr. William E. Moerner dianugerahkan Nobel Prize di atas pembangunan mikroskop pendarfluor beresolusi tinggi (mikroskop kepada nanoskop)

Fig. 14 : Perbandingan Imej Super-resolution


9. BUKU & ADAPTASI

Pada tahun 1988, iaitu 37 tahun selepas kematian Henrietta, Rebecca Skloot (16 tahun) pertama kali mendengar nama Henrietta Lacks di dalam kelas biologi perubatan peringkat diploma. Sebaik kelas tamat, Rebecca bertanya tentang Henrietta. Gurunya membalas, 'I wish I could tell you. No one knows anything about her'. Jawapan ini secara tidak langsung mencetus dan pemula obsesi Rebecca.

Rebecca mempunyai ijazah dalam bidang sains biologi dan sarjana dalam penulisan kreatif. Dia memilih 'wanita-wanita yang dilupakan dalam bidang sains' sebagai topik thesis sarjananya yang kemudian melarat kepada pembikinan buku 'The Immortal Life of Henrietta Lacks' (published in 2010).

Atas sifat ingin tahu yang menebal, Rebecca menjejaki keluarga HL. Anak HL, Deborah Lacks terdesak untuk mengenali ibunya yang mati ketika dia masih kecil. Rebecca menyiasat, mencari maklumat dan mengumpul rekod berkaitan dan berkongsi kesemuanya dengan Deborah. Hanya selepas setahun barulah Deborah membuka hati dan memberi keizinan pada Rebecca untuk membukukan kisah HL. Dia mengambil masa 10 tahun untuk menulis buku itu.

Fig. 15.1 : Buku HL



Fig. 15.2 : Buku HL (other cover)


Pada 2017, buku ini kemudiannya diadaptasi kepada filem. Oprah Winfrey membawa watak utama sebagai Deborah Lacks, iaitu anak kepada HL dan Rose Byrne memegang watak penulis buku.

Fig. 16 : Filem adaptasi HL


10. RUJUKAN

Skloot, R. (2010). The immortal life of Henrietta Lacks. New York: Crown Publishers. (main source)

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3516052/#:~:text=There%20are%20almost%2011%2C000%20patents,and%20children%20without%20informed%20consent.

https://academic.oup.com/jhmas/article-abstract/38/4/415/798827?redirectedFrom=PDF

https://news.harvard.edu/gazette/story/2015/10/chasing-wonder-to-the-finest-detail/

https://www.scientificamerican.com/article/5-ways-henrietta-lacks-changed-medical-science/

https://osp.od.nih.gov/scientific-sharing/hela-cells-timeline/

----------------------------------

Tq for reading artikel panjang berjela ni.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak sarah nak tanya.. TT nak masuk contest kak sarah buat tak? Kalau nak masuk TT tlg edit tajuk

CONTEST : Tajuk

Sebab kak sarah nak highlight dan bump bg mudah forumer membaca..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kagumnya iols..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2020 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 3-11-2020 09:37 AM
Kak sarah nak tanya.. TT nak masuk contest kak sarah buat tak? Kalau nak masuk TT tlg edit tajuk

...


Eh x perasan kak sarah dah anjak tempoh contest. Tu sebab post asal sy x letak contest dekat tajuk. Ingat penyertaan x diterima dah, tapi submit jelah dari simpan terkepam.

Ok sy dah edit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2020 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 3-11-2020 04:27 PM
Kagumnya iols..


Kagum eh. I pun masa mula baca buku dia macam wow jugak. Lepas tu rasa menyirap je sebab kesian dekat family dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2020 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Wakefield replied at 3-11-2020 04:55 PM
Eh x perasan kak sarah dah anjak tempoh contest. Tu sebab post asal sy x letak contest dekat taj ...

Hihi.. Kak sarah dok fikir.. Bukan senang nak buka thread sejarah.. Nak kena rujuk silang semua bagai.. Tu kak sarah lajakkan kepada 31/12/2020.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2020 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 3-11-2020 04:58 PM
Hihi.. Kak sarah dok fikir.. Bukan senang nak buka thread sejarah.. Nak kena rujuk silang semua ba ...


Yesssssssssss benar sekali. Heehee.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2020 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Wakefield replied at 3-11-2020 05:06 PM
Yesssssssssss benar sekali. Heehee.

Tqq.. Jap lagi kak sarah highlight dan bump thread ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bump.. Kak sarah dah highlight & Bump..

Kak sarah alukan TT buka lagi thread utk contest.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2020 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 3-11-2020 06:52 PM
Bump.. Kak sarah dah highlight & Bump..

Kak sarah alukan TT buka lagi thread utk contest.


Hahahaha insya Allah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Wakefield replied at 3-11-2020 06:53 PM
Hahahaha insya Allah.

Kak sarah dah minta SMOD utk bagi tacang yg atas.. Kak sarah limit cuma blh bg 30 saja.. Bagi kak sarah thread ni bernilai tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Wakefield replied at 3-11-2020 04:58 PM
Kagum eh. I pun masa mula baca buku dia macam wow jugak. Lepas tu rasa menyirap je sebab kesian  ...

Iols kagum la sebab sel dia dapat tolong ramai manusia...
Kesian kan kat family dia..
Biasa la..sebab masa tu masih jahil tentang semua ni...rupanya ada yang me gaut keuntungan dari sel dia
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 11:32 AM | Show all posts
Menarik2.....suka baca walaupun takde basic bio tp dapat juga paham kepentingan sel ni untuk manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 12:46 PM | Show all posts
TQ TT great posting! I love it.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 01:14 PM | Show all posts
ingatkan bole jadikan manusia tu hidup selamanya..
klu cek sel yg ade virus HIV, mmg konpom juga hidup selamanya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2020 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
TT.. Kak sarah dah dm admin06 utk jadikan thread tt sebagai artikel cari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2020 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 6-11-2020 08:51 AM
TT.. Kak sarah dah dm admin06 utk jadikan thread tt sebagai artikel cari.


Apa maknanya tu. Macam seram je. Heheh kak sarah tq bagi points. Dah breakfast blom? Nah .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2020 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
fms016 replied at 4-11-2020 01:14 PM
ingatkan bole jadikan manusia tu hidup selamanya..
klu cek sel yg ade virus HIV, mmg konpom juga hi ...


Semua manusia yang hidup ke kuburan juga akhirnya. Sel manusia yang hidup tu pun dah kira spesis baru.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2020 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Wakefield replied at 6-11-2020 08:58 AM
Apa maknanya tu. Macam seram je. Heheh kak sarah tq bagi points. Dah breakfast blom? Nah {:1_511 ...

Jadi artikel jadi ada Utama/ Higlight @ push ke portal.. Jadi ramai boleh baca
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.096060 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list