CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14372|Reply: 31

UiTM Shah Alam Berhantu ke?

  [Copy link]
Post time 1-11-2020 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Mulotkoyak at 1-11-2020 02:48 PM

AMARAN

Lebih seronok dan seram jika dibaca waktu malam.

———————————————————————

Kisah Misteri ini sebenarnya pernah terjadi kepada aku ketika sedang menuntut di UiTM sekitar tahun 2005-2012.

Kejadian ini memang benar-benar terjadi. Tambahan pula budak kelas aku ni suka sangat buat seekers zaman dulu. Bukan saja di UiTM tapi kitorang memang sempat masuk rumah Mona Fendy waktu outing malam kol 2-4am dan kenangan di banglo Seksyen 2 Shah Alam.

Tapi kali ini aku memang nak kongsi cerita benar aku, yang memang betul-betul aku lalui dan nampak. Saksi lain pun ada waktu itu.

Pada tahun pertama aku di kolej Perindu, kejadian di Perindu 4. Kejadian di tandas tingkat atas sekali yang menghadap Dewan Makan Perindu.

Waktu itu adalah kali pertama kejadian hantu bermula dalam hidup aku di semester kedua. Roommate aku pergi mandi malam. Tak salah jam 12am atau 1am. Memang lewat malam la. Sebelum dia tidur dia suka mandi dulu atau ke toilet tapi yang hendak diceritakan masa dia tengah mandi di bilik air tengah ada satu lembaga mengintai dia dari atas pintu. Pada mulanya dia ingat budak-budak nakal yang kaki ngendap. Terus dia buka pintu toilet tersebut. Tetapi tiada sesiapa waktu itu. Dengan sabun yang penuh di kepala terus dia capai tuala dan marah-marah kitorg yang kat bilik ni. Tanya siapa yang mengendap dia mandi? Memang kitorg tak buat lah masalah nya. Dia siap cakap nampak macam aku. Lagilah aku marah. At last tiada bukti. So kitorg abaikan dan teman dia mandi semula bagi habis.

Kes kedua; setelah sebulan dua kes tersebut kini satu lagi kejadian. Kawan aku yang sama ni suka basuh baju waktu malam dalam jam 10. Sedang dia basuh tu, kawan aku budak MASCOM datang nak basuh baju juga. Kawan aku tu nama dia Fad. Lepas kawan aku ini selesai basuh baju dia terus masuk bilik then dia tengok Fad masih tertidur kat bilik membongkang. Terus dia cari aku, bukan ke si Fad kat toilet ke tengah basuh baju. Patutlah dia tegur Fad kat toilet tu si Fad hanya senyum je. Biasa sembang macam kat bilik. Kitorg terus tidur seram punya pasal. Tapi lelaki kan. Cepat je lupa kisah cmni. 2-3 hari lupalah.

Kisah seterusnya, di Kolej Perindu yang sama. Kejadian berlaku pada tahun 2009-2010. Biasalah aku ni adalah orang yang terakhir akan keluar dari kolej sebab buat part time job sebelum pergi menumpang rumah kawan aku yang duk menyewa seksyen 7 atau seksyen 2.

Hanya aku, kawan aku bernama AM, Raden budak seni lukis dan Shah budak Biologists.

Kisahnya kitorg ni duk menyelinap dalam hostel lebih tempoh tanpa kebenaran. Walaupun dah register keluar kolej tapi jahatnya kitorg pergi duplicate kunci dan tinggal di hostel tu macam rumah sendiri. Lagipun siang kitorg kerja sampai jam 1-2pagi. Kerja hotel. So tak lah nampak sangat kitorg menyelinap tinggal di kolej. Lagipun bilik kitorg dihujung dunia tingkat atas sekali. Cleaner lepas cuci memang xkan nak naik la. Kaedahnya suatu malam dalam jam 9pm aku dan kawan aku bernama AM ni ingat nak menyelongkar setiap bilik nak cari hanger atau baldi atau apa saja yang ditinggalkan student. Masih di blok yang sama Kolej Perindu 4 tingkat 4 tetapi lorong yang lain. Malam itu kitorang selongkarlah dari bilik ke bilik. Tetapi sampai di satu bilik ni berdekatan toilet dan tangga, belum sempat si AM ni tekan lampu tetiba satu lembaga berbulu berdiri didepan kitorg. Biasanya kitorg akan nampak cermin tingkap tapi disebabkan ia terlalu besar dan berbulu tinggi terus tak nampak tingkap bilik asrama itu. Maka kami dengan rendah dirinya menutup kembali bilik yang kami ceroboh tu untuk cari barang dengan sopan. Dan berundur dengan perlahan-lahan ke belakang. Sampai je di tangga terus kitorang turun lari ke bilik tempat persembunyian kitorang dari warden. Terus demam sehari. Kebetulan masa dalam bilik tu si Syah dan Raden tengah baca komik manga. Kami ceritakan balik apa yang aku dan si ARM ni jumpa.

Kes ketiga aku masa tahun 2011 kalau tak salah. Masa tu ada test malam. Lecturer nak buat malam. So kitorg pun pergi lah macam biasa. Masa itu aku dah duduk di Kolej Jati. Kolej Jati ni berada di luar kampus, di seksyen 2. Sekarang dah dirobohkan.

Lepas saja test malam tu dalam jam 1030 kitorg biasalah tunggu budak-budak lelaki. Then decide nak pergi mana. Sekali sapa punya idea entah masa tu, nak pergi Menara SAAS. Saja nak buat seekers. Masa tu dalam 10-12 orang jugak lah. So kitorg memang tiada masalah.

Dalam jam 11 lebih macam tu, selepas huhahuha. Baru sampai kat bawah tu. Pakatlah naik menara SAAS tu memalam dari tingkat 8 ke tingkat 13 tak salah. Mulanya naik lif sampai tingkat 8. Kemudian guna tangga pulak. Tepi koridor yang gelap tu. Korang bayangkan. Tapi masa tu pergi beramai so macam takde apa-apa pun.

Sekali kitorg turun balik ke aras bawah dengan lif. Diskus balik. Diorang cakap tak thriller la pergi reramai. Ok la fine. Kite bahagi 2 group. So group pertama naik dulu yakni aku and the gang. Second group later, stay bawah je. So kitorg yang group pertama naik balik lantai 13 tu dengan lif. Kalau korang nak tau dari lif tu ada jugak tangga kecemasan. Tengah pula ada toilet lelaki dan perempuan. Hujung sekali ada juga tangga kecemasan. So dar lif kitorg ke toilet tengah tu. Korang tau tak masa kitorg nak masuk toilet tu bunyi orang ketuk dinding makin kuat dalam toilet perempuan/lelaki tu. Makin kitorg dekat dengan toilet tu makin kuat dan marahnya benda tu. Apalagi kitorg lari lah sampai ke hujung koridor ambil tangga kecemasan yang hujung pulak. Kitorg tersilap lari sepatutnya kearah lif. Tapi salah arah. Berlari kitorang kearah hujung laluan kecemasan.

Tak habis begitu je tau. Masa kitorg ambil tangga kecemasan turun satu level lagi ke level 12, kitorg terjumpa guard tengah hisap rokok atas kerusi. Dalam keadaan gelap. Kitorg tak fikir apa pun masa tu. Kenapa ada guard sorang2 dilorong kecemasan yang gelap diantara tingkat 13 dan 12 tu. Kitorg cakap maaf bang kitorg dari kelas. Tapi guard tu terus je hisap rokok xjawab pape. Kitorg dengan perlahan jalan macam biasa dan tak terfikir pun kenapa ada guard di situ. Ambil lif ters turun bawah. Dan cerita kat second group. Haruslah second group xmau naik dah. Kitorg ambil moto terus cabut balik hostel. Sampai kat bilik bukak je lampu bilik hostel kitorg lampu terus meletop. Pecah. Berlari balik kitorg ke bilik sebelah kawan kitorg yang ikut sekali tadi. Terus baca-baca sikit baru masuk balik bilik kitorang.

Yang nak jadi cerita kawan kitorg sorang lagi terbawa balik benda tu. Sampai demam. Apa lagi nasib la boleh baca-baca dan halau benda tu. Alhamdulillah kembali okay.

Beberapa tahun lepas tu kan kitorg terus sembang cerita dan kenangan tu. Dan baru teringat kenapa ada security time ditangga tu dalam gelap hisap rokok. Terus jadi seram balik bila teringat kenangan tu.

Tapi dalam tempoh itu juga ada juga kawan aku ni, di tindih masa duduk Kolej Perindu 3 last semester. Masa exam. Satu bilik diganggu dan diorg tak boleh bukak pintu bilik nak lari. Last-last 4 orang masa dalam bilik tu ambil keputusan makan ubat selsema yang boleh tertidur tu. Sebab malam tu benda tu ganggu diorang study. Memang bergoncang la bilik diorang time tu.

Aku cerita berdasarkan pengalaman yang betul dan pernah terjadi kat aku. Tak tahulah kalau kamu orang tidak percaya.

Selain pernah nampak orang jual karipap di luar tingkap itu memang pernah terjadi juga. Sebab ada juga orang yang cerita benda yang sama. Tapi kitorg pun memang pernah alami jugak. Tengah malam jual karipap melalui tingkap tingkat 4. Macamana tu?

Bezanya belum jumpa lagi dengan roh pelajar yang pernah mati bunuh diri dikolej itu. Ada ke ye??? Tapi itu cerita orang. Bilik tu di tingkat 1. So ak tak tahu benda tu betul atau donggeng. Yang aku cerita hanyalah pengalaman aku sendiri.

Korang macam mana pula...

Penulis;
Handsome

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2020 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Cek in....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi handsome. Aiols duk shah alam 2007-2010, sempat satu sem je duk mawar. Tapi tak pernah la dapat kejadian pelik-pelik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Paranormal ni, siapa yg pernah alami je yg merasai kehadiran'nya', boleh je bercerita ke orang, tapi ada yg percaya, ada yg 50-50, ada yg totally sceptical.
Perkara ni bukan boleh berlaku all the time walaupun berada kembali ditempat yg pernah terjadinya sesuatu peristiwa tu. Timing, keadaan diri individu pun memainkan peranan juga.

Dalam bulan lepas, ntah kenapa aku kerap sangat rasa macam nak kena tindih. Tapi, alhamdulillah.. tak berjaya lagi usaha 'menatang' tu nak tindih aku..

Pantang aku tidoq terlentang, kejap je rasa macam diri 'tenggelam' dalam tilam, suasana bilik jadi hening.. dalam pada tu, nasiblah aku boleh lagi retain consciousness. Paksa juga untuk gerakkan anggota tubuh walaupun sedikit. Berjaya kembali ke alam nyata bila aku berjaya gerakkan sikit ibu jari kaki.

Ada sekali tu, bini pulak marah..dia kata aku main2, saja nak takutkan dia. Ye la, awal lagi kot masa tu... dalam 9.30 malam. Dia tanya kenapa abg dok 'erkk..erkk..erkkk..' dalam tido?

Pelik sungguh.. dah tua2 ni baru nak mai tindih.. ke ada org yg hantar barang? Ada org dtg nak scan? Ke saka? Ntah la.. jangan dok mai pedajjal aku sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 1-11-2020 02:12 PM
Paranormal ni, siapa yg pernah alami je yg merasai kehadiran'nya', boleh je bercerita ke orang, tapi ...

Ang ada masuk hutan atau tegur apa2 tak?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2020 03:51 PM | Show all posts
UITM..dimana2 je ada hantu..kat kenanga, cempaka,seroja,perindu..esp Perindu 4.jati pun ada walaupun ala2 urban sbb ramai anak2 org kaya dok situ..kat Menara..level 13 kelas mass comm paling horror begitu gak bangunan Sains Gunaan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2020 08:05 PM | Show all posts
jati yang kena roboh rata kat sek3.
sek2 tu meranti, masih guna pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2020 08:06 PM | Show all posts
puteribaya replied at 2-11-2020 03:51 PM
UITM..dimana2 je ada hantu..kat kenanga, cempaka,seroja,perindu..esp Perindu 4.jati pun ada walaupun ...

teratai ja hantu lari tak nak singgah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2020 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu selalu 'gaduh' dengan penghuni ghaib kat Seroja. Hahahha..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2020 08:31 AM | Show all posts
47even replied at 10-11-2020 01:49 AM
Dulu selalu 'gaduh' dengan penghuni ghaib kat Seroja. Hahahha..

aisey sis 'penghuni' tu sure pinjam barang uols xpulang2 kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2020 04:22 PM | Show all posts
blue_blur replied at 2-11-2020 08:06 PM
teratai ja hantu lari tak nak singgah

Aku duduk teratai tahun 2012-2013.. Ada dengar budak Polis kena histeria @ kena rasuk xtau la.. Jerit punya kuat, suara jantan.. Teratai tak scary sangat sebab lampu terang benderang & open..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2020 06:17 PM | Show all posts
Pernah dengar memang berantuu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2020 09:02 PM | Show all posts
aku dok situ takde plak pengalaman hantu ni..
maybe hantu takot aku kot.. hahah
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
aku duduk mawar dgn melati dulu, selalu tumpang bilik member kat delima. tapi sepanjang 4 tahun duk uitm s.alam alhamdulillah tak pernah alami peristiwa aneh. hehe.. member2 pun takde yg pernah kena kacau ke apa, happy2 je kitorang terasing drpd dunia mistik
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 01:09 PM | Show all posts
apa cerita dengan guard yg hisap rokok tu? guard betul ker tp tangga tu mmg port isap rokok kan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 03:33 PM | Show all posts
kat Kolej Jati femes pasal orang minyak ar... hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2020 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kurga replied at 22-11-2020 01:09 PM
apa cerita dengan guard yg hisap rokok tu? guard betul ker tp tangga tu mmg port isap rokok kan..

Hisap rokok tepi tangga kecemasan di tingkat 13 sengsorg. Rase logik x??? Tangga kecemasan tu gelap xde lampu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 11:18 AM | Show all posts
dulu masa dok Perindu  penah la tengok bilik dikunci dari luar... kononnya bilik tu ada hantu perempuan sapa ntah nama dia..  so student tak boleh dok bilik tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Best citer TT. Anak buah stadi sana dulu takde citer apa2
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2020 11:50 AM | Show all posts
Caranthir replied at 23-11-2020 03:33 PM
kat Kolej Jati femes pasal orang minyak ar... hahaha

Sama dgn kolej seroja.
Ada lagi tapak tangan berminyak kat dinding bilik, xtau tangan sapa
Mcm2 jenis hantu ada kat kolej tu, ponti la, pocong la, paling best menyamar jadi kawan bilik aku..

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.389680 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list