CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137514|Reply: 1211

[Jenayah] Update: Spekulasi menarik Warga Forum #1165 TANGAN mungkin DIPOTONG ketika mangs

   Close [Copy link]
Post time 1-11-2020 09:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 4-11-2020 03:02 AM

Ibu terlantar sakit saksi anak perempuan dibunuh penyamun
Ahad, 1 November 2020 @ 7:33 PM



Hulu Terengganu: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa, Siti Nur Surya Ismail ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.

Abang mangsa, Mohd Zaid Azroi, 28, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas dihubungi Syuhada ketika dia sedang bekerja di Kampung Bukit Payong.

"Adik (Siti Nur Surya) dibunuh kejam dengan beberapa kesan (tikaman) dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

"Ketika kejadian hanya ibu sahaja yang ada di rumah. Ibu yang terlantar sakit hanya mampu melihat kerana dia menghidapi sakit kanser otak," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.

Katanya, siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian dan berdasarkan petunjuk kes ini dipercayai dilakukan oleh seorang individu.

"Barangan yang hilang membabitkan wang tunai. Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku jam 9 pagi," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2020 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaghfirullah....innalillah....sedihnya baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2020 09:37 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 3-11-2020 01:59 PM

'Pergelangan tangan mangsa mungkin dipotong ketika dia masih hidup' - Polis
SELASA, NOVEMBER 03, 2020



Penelitian video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian setakat ini menunjukkan suspek utama keluar dari rumah mangsa, Siti Nur Surya, 19, yang dibunuh dengan kejam sehingga pergelangan tangannya dipotong sehingga putus.

Pihak polis masih menjalankan siasatan sama ada kejadian itu dilakukan oleh suspek yang juga rakan mangsa berseorangan atau dibantu oleh individu lain.

"Setakat ini, kita tidak boleh sahkan sama ada suspek ada rakan jenayah yang lain atau sebaliknya kerana siasatan masih di peringkat awal.

"Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pihak polis untuk membantu siasatan," kata Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud.

Siasatan awal pihaknya setakat ini mendapati, kes pembunuhan itu berlaku disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang dikatakan selalu mengejek tentang kehidupan keluarganya yang miskin, kerana ibunya hanya bekerja sebagai seorang tukang cuci, manakala bapanya pula bekerja kampung berbanding kehidupan keluarga mangsa yang agak senang.

Suspek juga mendakwa mangsa suka mengejek dengan mengatakan dia tidak cantik berbanding dirinya dan disebabkan itu suspek masih tidak mempunyai teman lelaki seperti dia, membuatkan suspek sering terasa tetapi memendam kemarahannya.

Mohd Adli berkata, pihaknya juga percaya mangsa masih hidup ketika pergelangan tangannya dipotong sebelum lehernya ditikam dengan pisau sama yang menjadi punca kematiannya, berdasarkan penemuan kesan tusukan pada leher mangsa dan beberapa kesan kecederaan lain.

Selain itu, polis juga menemui beberapa helaian rambut di dalam genggaman mangsa yang dipercayai berlaku pergelutan di antara mangsa dengan suspek. Polis kini sedang menunggu keputusan ujian asid deoyxribonucleic (DNA) sama ada ia milik suspek atau bukan.


Polis tahan rakan sekolah Surya
Zaid Salim
am@hmetro.com.my

Kuala Berang: Polis menahan seorang remaja perempuan bagi membantu siasatan kes bunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, di rumah keluarganya di Kampung Lubuk Batu, Telemong, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daut berkata, suspek berusia 19 tahun yang juga kenalan mangsa ditahan selepas diserahkan oleh ibunya pada 8.15 pagi tadi.

Katanya, tangkapan terhadap suspek dibuat berdasarkan bukti yang ditemui di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mangsa.

"Suspek datang ke Balai Polis Telemong ditemani ibunya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

"Bagaimanapun, keterangan wanita terbabit mencurigakan selain terdapat beberapa kesan kecederaan termasuk gigitan pada lengan dan badan suspek sebelum ditahan untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di IPD Hulu Terengganu, di sini, hari ini.

Menurutnya, susulan penahanan itu, polis menjalankan siasatan di rumah suspek sebelum menemui beberapa barangan termasuk wang tunai dan peralatan solek dipercayai milik mangsa.

Katanya, sebelum kejadian, suspek dikatakan pergi ke rumah mangsa dengan menaiki motosikal.

"Ketika bersembang di ruang tamu, berlaku kata-mengata yang menimbulkan kemarahan pada suspek sebelum berlaku pergaduhan dan pergelutan.

"Suspek dikatakan mengambil pisau dapur yang ada di ruang tamu sebelum mengelar beberapa kali pada pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus," katanya.

Menurutnya, suspek yang masih belajar di tingkatan enam disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Marang, esok untuk permohonan reman.
Rakan sekolah kepada mangsa bunuh ditahan
RUBIAH OMAR | | 2 November 2020



Laporan Sinar Harian mengenai remaja yang ditemui mati di rumahnya dalam kejadian Kampung Lubok Batu, Telemong di sini semalam. Gambar kecil: Mohd Adli


HULU TERENGGANU - Polis menahan seorang remaja perempuan, sekali gus membongkar motif kejadian bunuh melibatkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang ditemui mati dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong di sini semalam.

Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, pendedahan motif kejadian dibuat suspek berusia 19 tahun itu ketika tampil di Balai Polis Telemong di sini pada jam 7.30 pagi tadi.

Menurutnya, suspek pada awalnya hadir ke balai polis ditemani ibunya untuk membantu siasatan, namun hasil keterangan diberi remaja terbabit yang bersekolah bersama mangsa dari Tingkatan Satu hingga Lima itu mencurigakan lalu pihaknya membuat tangkapan ke atas suspek untuk siasatan lanjut.

"Hasil pendedahan, suspek memaklumkan dia pergi ke rumah mangsa kira-kira jam 9 pagi dan bersembang di ruang tamu sebelum berlaku perselisihan faham sehingga tercetusnya pergelutan di antara mereka.

"Suspek kemudian mengambil sebilah pisau yang ada di ruang tamu sebelum mencederakan mangsa dalam pergelutan itu," katanya kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Mohd Adli berkata, hasil penahanan suspek, turut ditemui beberapa barangan milik mangsa dilaporkan hilang termasuk telefon bimbit, wang tunai dan kelengkapan mekap.

"Pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek juga mendapati beberapa kesan kecederaan di bahagian badannya.

"Kami juga masih mengesan pisau yang dipercayai digunakan dalam insiden itu dan perintah tahanan reman akan dimohon esok bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Semalam, media melaporkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong di sini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa, Siti Nur Surya Ismail ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.

Siti Nur Surya dibunuh kejam dengan beberapa kesan tikaman dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

Ketika kejadian, bapa mangsa tiada di rumah, manakala mangsa yang merupakan anak kelima daripada tujuh beradik sedang menjaga ibunya yang terlantar sakit akibat kanser otak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2020 09:39 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 3-11-2020 02:54 PM

[youtube]BGfYSjVQ5Hg[/youtube]
[youtube]Dlhty3cE0r8[/youtube]



Kronologi:

0800 : Anak lelaki, Mohd Zaid Azroi, 28, hantar bubur nasi ke rumah

0830 : Mohd Zaid Azroi, 28, selesai sarapan dan keluar bekerja

1000 : Sepatutnya ibu sudah sarapan bubur nasi dan Siti Nur Surya, 19, sudah tukar lampin pakai buang ibu

1345 : Nur Syuhada, 15, selesai sesi persekolahan tetapi kakaknya Siti Nur Surya tiada jemput di sekolah, setelah telefon berkali-kali tidak berjawab, Nur Syuhada balik ke rumah yang jaraknya lebih 1 KM dari sekolah

1415 : Nur Syuhada sampai di rumah dan lihat Siti Nur Surya terlentang depan TV dengan pergelangan tangan kiri putus dan menyangka kakaknya kena sengatan elektrik

1430 : Nur Syuhada telefon ayah bagi tahu keadaan kakaknya, Ismail Muda, 58, bergegas balik dari tempat kerja yang terletak lebih 5 KM dari rumah dan menemui Siti Nur Surya sudah meninggal dan bubur nasi tidak dijamah serta belum tukar lampin pakai buang

Dibunuh perompak masa jaga ibu sakit, syurga buatmu Siti Nur Surya – Netizen



Kematian seorang remaja perempuan, Siti Nur Surya Ismail yang dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu semalam disifatkan sangat kejam oleh netizen.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang berusia 19 tahun ditemui tertiarap di ruang tamu rumah selepas adiknya, Siti Nur Syuhada baru pulang dari sekolah sekitar jam 2.30 petang.



Abang mangsa, Mohd Zaid Azroi yang sedang bekerja di Kampung Bukit Payong menyedari kejadian tersebut setelah dihubungi Syuhada.

Adik (Siti Nur Surya) dibunuh kejam dengan beberapa kesan (tikaman) dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

Ketika kejadian hanya ibu sahaja yang ada di rumah. Ibu yang terlantar sakit hanya mampu melihat kerana dia menghidapi sakit kanser otak,” katanya.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata berdasarkan petunjuk, kes dipercayai dilakukan oleh seorang individu.

Menurut bapa mangsa Ismail Muda yang sedang bekerja tidak jauh dari rumah, dia menjangka kejadian itu berlaku sebelum jam 10 pagi kerana bubur nasi yang dibeli anak (Mohd Zaid Azroi) tidak terusik dan lampin pakai buang basah bermakna belum ditukar.

“Saya agak kejadian ini berlaku sebaik anak lelaki keluar rumah untuk kembali ke tempat kerja kira-kira jam 8.30 pagi,” katanya



Tambah Ismail, hanya wang perbelanjaan harian sebanyak RM400 dan wang milik arwah dianggarkan RM2,000 serta dua telefon bimbit miliknya yang disimpan dalam beg tangan hilang.

“Saya anggarkan wang arwah sebanyak itu kerana sejak menjaga ibunya (terlantar sakit), saya beri saguhati kepadanya RM100 setiap bulan,” ujarnya.

Rata-rata warganet sebak dengan mendoakan roh Allahyarham ditempatkan ke dalam syurga selain berharap agar penjenayah terbabit segera diberkas serta mendapat hukuman sewajarnya.

Besar pahala jaga mak




Moga syurga buat kamu



Kejam gila! Harap si pembunuh ke tali gantung






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2020 09:47 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 1-11-2020 02:37 PM

Bedridden mother watches in horror as daughter is stabbed to death
By Zaid Salim - November 1, 2020 @ 8:25pm


A bedridden mother could only watch while her 19-year-old daughter was stabbed to death during a robbery at their house in Kampung Lubok Batu, Telemong, today. - NSTP/GHAZALI KORI

HULU TERENGGANU: A bedridden mother could only watch while her 19-year-old daughter was stabbed to death during a robbery at their house in Kampung Lubok Batu, Telemong, today.

In the 9am incident, the victim, Siti Nur Surya Ismail suffered multiple stab wounds and a severed left wrist.

The victim's mother is immobile due to brain cancer.

Siti Nur Surya's body was found sprawled in the living room by her sister, Diana Syuhada Ismail, 15, when she returned from school.

The victim, Siti Nur Surya Ismail suffered multiple stab wounds and a severed left wrist. - NSTP/GHAZALI KORI

Their brother, Mohd Zaid Azroi Ismail, 28, said he was contacted by Diana while at work in Kampung Bukit Payong.

"It was a violent murder. There were several stab wounds on the body and the left wrist was severed.

"My mother was at home during the incident. She could only watch the stabbing as she is bedridden due to cancer," he said when met at the scene.


The victim’s father Ismail Muda, - NSTP/GHAZALI KORI

Terengganu police criminal investigation department chief Assistant Commissioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar said initial investigations revealed the robbery and murder were committed by a single person.

"The suspect had taken away some cash."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2020 09:48 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 3-11-2020 08:44 AM

[ig]https://www.instagram.com/tv/CHHJiuDJ_Sc/[/ig]
[youtube]4_b4KTf8HX8[/youtube]
Status IG suspek memohon maaf...



FB Suspek...

[fbvlink]https://www.facebook.com/nuyatiyahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh/videos/1207419012931661[/fbvlink]













FB suspek : https://www.facebook.com/nuyatiyahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

FB BF suspek : https://www.facebook.com/wan.aizuddin.39

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2020 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allahu Ya Rabbi.... Mudah2an cepat ditangkap suspek
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyamun mendadah sbb bunuh kan. Xde kena rogol ke apa. Kejam gila.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2020 09:51 PM | Show all posts
[youtube]SPKMqwAzg6c[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca tajuk macam kat India tapi knowing TT hati aku berdetik this could be local news.

Nak kata nauzubillah benda dah berlaku pun.

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...semoga kematian arwah mendapat pembelaan n si penjenayah yg membunuh beliau mereput di tali gantung secepat mungkin.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
xtau nak cakap camne..xleh hadam pelaku tu sanggup buat camtu..cuma berharap pelaku terseksa yg amat sangat sebelum mati nanti..kalu boleh biar terseksa lama sebelum mati tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sanggup nak baca! Gila! Nak rompak tu rompak je lah kenapa sampai perlu bunuh! Kalau ganu ni iols syak mat pit. Tembak mampos je lah mat pit perompak tu, tak perlu hantar pemulihan. Campak je dekat jambatan terengganu tu lepas habis tembak
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
FAKIYU!

Eh, benci akak baca berita camni, ehhhhh!!!! Emo betul akak lagi2 bila tengok gambar mangsa dan ayahnya!

Eh Ganu please do something! Dah banyak kes kepelikang takda hati perut punya jenayah sebegini berlaku di negeri yuols wei! Uols kecik ja, mengapa banyak kes pelik2 di kalangan lokal?!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2020 10:05 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 1-11-2020 02:41 PM

'Saya ingat kakak kena karan'
Ahad, 1 November 2020 @ 9:38 PM



Hulu Terengganu: "Saya ingat kakak kena karan (arus letrik), saya terus telefon ayah," kata Siti Nur Syuhada Ismail, 15, adik kepada, Siti Nur Surya, 19, yang maut dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, di sini, hari ini.

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Telemong berkata, dia mengesyaki sesuatu berlaku pada kakaknya apabila wanita berkenaan tidak menjawab panggilannya selepas habis waktu persekolahan.

"Rutin kakak menjemput saya pulang dari sekolah tetapi selepas mendapati kakak tidak ada di perkarangan sekolah, saya rasa hairan dan menghubunginya beberapa kali.

"Saya syak sesuatu berlaku selepas kakak tidak menjawab panggilan telefon dan segera berlari pulang ke rumah yang terletak lebih satu kilometer.

"Sebaik tiba di perkarangan rumah saya lihat pintu terbuka dan segera masuk sebelum melihat kakak tertiarap di depan televisyen di ruang tamu dengan pergelangan tangan kirinya putus. Saya segera menghubungi bapa, Ismail Muda, 58, memberitahu kakak kena karan pergelangan tangan kiri putus," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Ismail sedih mengenangkan kejadian buruk menimpa anaknya itu. FOTO Zaid Salim

Sementara itu, Ismail berkata, ketika dalam perjalanan pulang, dia sudah mengagak Siti Nur Surya dibunuh kerana pergelangan putus.

"Ketika anak telefon, saya sedang bekerja di Kampung Banggol Katong, Bukit Payung, kira-kira lima kilometer dari rumah. Saya sudah agak ada orang masuk rumah dan bunuh anak saya," katanya.

Menurutnya, dia menjangkakan kejadian itu berlaku sebelum jam 10 pagi, kerana bubur nasi yang dibeli anak tidak terusik dan lampin pakai buang basah bermakna belum ditukar.

Dia yang menjalankan perniagaan pasir dan tanah berkata, kebiasaannya, anak lelaki, Mohd Zaid Azroi, 28, akan pulang ke rumah menghantar bubur nasi jam 8 pagi dan keluar semula ke tempat kerja selepas selesai sarapan.

"Saya agak kejadian ini berlaku sebaik anak lelaki keluar rumah untuk kembali ke tempat kerja kira-kira jam 8.30 pagi," katanya.

Dia yang tinggal di kampung berkenaan sejak lima tahun lalu berkata, Siti Nur Surya dipercayai bergelut dengan perompak terbabit sebelum dibunuh manakala isteri, yang menghidapi sakit kanser otak dan terlantar di katil hanya mampu melihat kejadian itu.

Katanya, hanya wang perbelanjaan harian sebanyak RM400 dan wang milik arwah dianggarkan RM2,000 serta dua telefon bimbit miliknya yang disimpan dalam beg tangan hilang.

"Saya anggarkan wang arwah sebanyak itu kerana sejak menjaga ibunya (terlantar sakit), saya beri saguhati kepadanya RM100 setiap bulan," katanya.

Katanya, dia tidak mengesyaki sesiapa yang melakukan kejadian menyayat hati itu dan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2020 10:06 PM | Show all posts
[youtube]wB6cMqHRqeY[/youtube]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2020 10:07 PM | Show all posts
[youtube]strozLLE2xg[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 10:08 PM | Show all posts
Kes2 pelik kalau tak dari china, india, mesti terengganu. terlebih dos kopok lekor ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 10:10 PM | Show all posts
jannah buatmu Syuhada.
bless you girl and semoga anda ke syurga tanpa hisab.

sebab sabar anda menahan sakit and segalanya ketiak nyawa bercerai dari badan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 10:11 PM | Show all posts
i hope ibu yg sakit tu insya ALLAH doa ibu akan doakan kesejahteraan ruh anak dia. ni naya 100% .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.391368 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list