CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1450|Reply: 7

[SARAWAK] Berang Berita Palsu Tersebar, Wanita Berkait Kluster Green Hill Ini Lu

[Copy link]
Post time 2-11-2020 07:33 AM | Show all posts |Read mode
Kluster Green Hill ini didakwa mempunyai kadar jangkitan yang tinggi.

Berang Berita Palsu Tersebar, Wanita Berkait Kluster Green Hill Ini Luah Kekecewaan.


Kebelakangan ini, jumlah angka jangkitan COVID-19 semakin menunjukkan trend peningkatan yang ketara. Bukan itu sahaja, kluster-kluster baharu telah muncul dengan begitu cepat di dalam daerah Kuching sahaja. Sehingga artikel ini ditulis, Kuching telah bertukar menjadi zon merah di negeri Sarawak.

Walau bagaimanapun, seorang sosialit wanita yang berasal dari Sarawak telah memuatnaik sebuah kenyataan berkenaan situasi sebenar berkaitan Kluster Green Hill yang tular baru-baru ini.

Sereni Linggi, dalam kenyataan tersebut menafikan sekeras-kerasnya kes indeks yang dikesan di dalam kluster tersebut berpunca daripada parti tertutup yang dianjurkan ahli keluarganya. Namun sebaliknya menjelaskan bahawa kes indeks tersebut adalah berpunca daripada sebuah bar yang berada di kawasan Greenhill.

Kes indeks tidak mengalami gejala semasa menghadiri parti tertutup di rumahnya

Sereni turut menjelaskan bahawa individu merupakan kes indeks tidak mengalami tanda-tanda dan gejala semasa menghadiri parti tertutup tersebut. Malah, parti tersebut juga dimaklumkan hanya dihadiri kurang daripada 20 orang individu dewasa dan 16 orang kanak-kanak termasuk anaknya, anak buah dan sepupunya yang tinggal di rumah yang sama.

Walau bagaimanapun, kes indeks mula berasa kurang sihat 2 hari kemudian dan menjalani pemeriksaan di Borneo Medical Centre (BMC) sehingga disahkan positif pada hari yang sama. Sejurus selepas itu, keluarga Sereni telah diberitahu tentang perkara tersebut. Mengambil berat tentang berita tersebut, keluarga Sereni telah memaklumkan kepada semua tetamu yang pernah hadir untuk turut menjalani pemeriksaan. Pihak pengurusan sekolah anak-anak mereka juga turut dimaklumkan tentang perkara tersebut.

Malang tidak berbau, 2 orang lagi dikesan positif setelah menjalani pemeriksaan dan ujian saringan.

Penyebaran berita palsu jejas emosi keluarga dan rakannya

Namun demikian, perkara yang paling mengecewakan Sereni menerusi kenyataannya adalah penyebaran berita palsu di pelbagai platform dalam kalangan warga Kuching sehingga ia nya tersebar ke seluruh Sarawak dan Kuala Lumpur. Hal ini dikatakan telah menjejaskan emosi dan kesihatan mental ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Sereni dalam surat terbukanya turut menyatakan bahawa parti tertutup yang diadakannya minggu lalu bukanlah satu-satunya majlis keramaian yang dibuat dan dihadiri oleh ramai orang. Malah, jumlah tersebut tidak menyamai jumlah majlis keramaian besar seperti kenduri perkahwinan, dan majlis-majlis lain yang melebihi 100 orang tetamu dalam ruang yang sempit.

Pada akhir surat tersebut, Sereni turut menggesa agar orang ramai menghentikan penyebaran berita palsu yang kini sedang berleluasa. Sekiranya orang ramai ingin mengetahui cerita sebenar, beliau turut menghargai sekiranya orang ramai menghubunginya secara terus.

Dalam kenyataan Dr Sim Kui Hian, kluster Green Hill ini mempunyai kadar jangkitan yang sangat tinggi dan berupaya merebak dengan lebih cepat. Berdasarkan ujian makmal, jumlah virus yang ditemui dalam pesakit kluster Green Hill adalah tinggi. Oleh yang demikian, ia lebih mudah berjangkit. Malah, individu yang didapati positif daripada kluster tersebut telah menunjukkan gejala pada hari ketiga jangkitan.

Oleh Nur Afifah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2020 07:34 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2020 07:34 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2020 07:35 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2020 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
tak payah berang sangat mmg betul kan parti ko tu walaupon bukan punca utama tapi tetap tambah menyebarkan kes, dah tau tgh pandemik nak berparti jadah apooo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2020 07:45 AM | Show all posts
bakingsoda replied at 2-11-2020 07:44 AM
tak payah berang sangat mmg betul kan parti ko tu walaupon bukan punca utama tapi tetap tambah menye ...
kaaannn...

dalam masa2 camni... sempat lagi nak berparti


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2020 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 2-11-2020 07:44 AM
tak payah berang sangat mmg betul kan parti ko tu walaupon bukan punca utama tapi tetap tambah menye ...


Org kaya berpengaruh kalau sentap mesti kuarkn kenyataan rasmi...duk diam2 dah la...dulu tabligh kena lg teruk kot...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2020 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 2-11-2020 09:15 AM
Org kaya berpengaruh kalau sentap mesti kuarkn kenyataan rasmi...duk diam2 dah la...dulu tabligh ...

Mcm2 tabligh kena.. Sampai ada yg suruh bunuh diri.. Relax ja hadapi semua ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.096726 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list