CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2146|Reply: 8

[SARAWAK] Apa anda tau tentang Gambir Sarawak...?

[Copy link]
Post time 2-11-2020 08:08 AM | Show all posts |Read mode
Sebut sahaja Gambir pasti ramai yang malu untuk mengetahuinya kerana ia kebanyakkannya digunakan oleh golongan lelaki sahaja.

Jom kita bersama-sama mengetahui apakah lagi fungsi gambir selain daripada menjadi ubat kuat bagi golongan lelaki sahaja. Sebenarnya ada beberapa perkara yang ramai tidak tahu mengenai gambir Sarawak ini.


Melegakan sakit gigi

Gambir ini sebenarnya sangat berkesan bagi melegakan sakit gigi. Sebagai contoh, cara penggunaannya agak mudah dengan hanya menghancurkan gambir tersebut hingga menjadi habuk yang halus lalu diletakkan di bahagian gigi geraham yang berlubang. Kemudian kira-kira 5 minit selepas itu gigi akan berasa berdenyut-denyut dan kesakitan gigi akan beransur hilang sedikit demi sedikit.


Digunakan untuk kanak-kanak berkhatan

Gambir ini bukan sahaja untuk lelaki dewasa kerana ianya boleh digunakan untuk kanak-kanak yang berkhatan. Cara penggunaannya adalah dengan menghancurkan gambir tersebut sehingga halus lalu dibancuh dengan sedikit air dan disapukan pada kemaluan kanak-kanak tersebut.


3. Penawar gigitan ular

Gambir Sarawak juga dikenali sebagai akar kelawit bermungkinan sebagai spesies yang berbeza dengan kawasan lain memandangkan hutan Borneo antara hutan tropika tertua dunia. Oleh itu ia juga dikatakan boleh menjadi penawar bagi gigitan haiwan berbisa seperti ular kerana akar kelawit atau gambir tersebut mempunyai manfaatnya tersendiri.


Penawar akibat termakan cendawan beracun

Akar kelawit atau gambir ini juga dikatakan boleh menjadi penawar apabila termakan cendawan beracun. Akar kelawit itu sebenarnya mempunyai banyak manfaat lain yang kita tidak tahu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2020 08:16 AM | Show all posts
Ada kebaikan ...
tentu nya ada keburukan jika di guna secara tak terkawal atau berlebih-lebihan...

Ramai lelaki taksub dengan Gambir Sarawak yang kononnya mampu menambah kejantanan ketika melakukan hubungan kelamin tanpa menyedari ia boleh menyebabkan mati pucuk jika struktur dalaman zakar rosak akibat kudis atau jangkitan kuman.


Lebih teruk lagi, saya pernah mengendalikan beberapa kes kemelecetan faraj dan vulva akibat penggunaan gambir Sarawak.

Perkara ini bukan untuk menakutkan lelaki tetapi sehingga kini, pakar botani tidak berani memberi komen berkaitan kehebatan gambir Sarawak kerana tiada kajian mengenai khasiat memberi kehebatan seks kepada lelaki dijalankan.


Gambir atau nama saintifiknya ‘Uncaria Gambier’ biasa ditemui di hutan kebanyakan negara, khasnya di hutan di Nusantara, India dan China.

Tumbuhan manjalar itu mempunyai daun berbentuk lebar manakala bunganya kuning.

Kandungan utama herba itu ialah tannin yang mempunyai astrigen.

Wujud rekod membuktikan gambir digunakan sejak dulu sebagai penawar bisa gigitan ular dan krim penyembuh kesan kebakaran pada kulit manakala dalam masyarakat Cina purba, tumbuhan itu digunakan untuk melegakan sakit tekak dan ulser (kudis) selain membuang angin dalam badan.


Bagi penduduk kepulauan Nusantara, ia dimakan bersama pinang dan sirih kerana herba itu dikatakan memberi kesan mengkhayalkan.


Di Sarawak pula, herba itu mungkin satu daripada herba utama yang dijual dan dihasilkan di sana kerana ada jalan yang dikenali sebagai Jalan Gambier di tengah bandar raya Kuching.


Sebenarnya, gambir adalah satu daripada tujuh spesies daripada keluarga tumbuhan Uncaria yang ada di Sarawak.


Di negara lain wujud beberapa spesies lagi daripada keluarga Uncaria yang mempunyai kandungan serupa dengan gambir tempatan.


Kajian di China mendapati, tumbuhan ‘Uncaria Ramulus’ contohnya mampu melegakan otot tegang, melebarkan pembuluh darah, menurunkan tekanan darah, merawat hipertensi dan pening kepala selain sawan.


Namun, penggunaan berlebihan tumbuhan itu dikatakan memberi kesan sampingan termasuk cirit-birit, kerosakan buah pinggang, mual, bengkak kaki, sakit perut dan pedih ulu hati.


Penyelidikan di Institut Sains Perubatan China, Taiwan, pula mendapati ekstrak ‘Uncaria Rhynchophylla’ mampu melegakan kekejangan dan sawan.

Namun di Sarawak, gambir dipercayai mempunyai kehebatan lain kerana ia digambarkan mampu ‘memperkasakan’ lelaki ketika hubungan kelamin walaupun tiada ujian klinikal bagi membuktikannya.


Lazimnya batang gambir dikerat bagi mengeluarkan getahnya yang kemudian dikeringkan sebelum dipotong dalam bentuk kepingan kecil dan untuk menggunakannya, pengamal terutama lelaki perlu mencampurkan kepingan herba itu dengan air bagi membolehkannya disapu pada bahagian kemaluan lelaki.


Ahli botani dan ekologi tempatan, Dr Paul Chai, berkata cuma Gambir Sarawak dikaitkan dengan khasiat keperkasaan lelaki kerana di kawasan lain termasuk di Semenanjung, tumbuhan itu digunakan hanya untuk tujuan perubatan.


Penulis buku Medicinal Plants of Sarawak itu berkata, penggunaan gambir sebagai ‘ubat kuat’ lelaki hanya satu daripada kegunaan tumbuhan itu di kalangan suku kaum di Sarawak seperti Iban dan Melanau.


Kegunaan lain gambir yang juga dikenali sebagai akar kelawit itu ialah sebagai penawar gigitan ular selain penawar akibat termakan cendawan beracun.

Bagi masyarakat Melayu di Sarawak pula, Chai berkata, gambir sering digunakan untuk menahan sakit, terutama sakit gigi.


Beliau tidak menafikan Gambir Sarawak mungkin spesies yang berbeza dengan kawasan lain memandangkan hutannya antara hutan tropika yang tertua di dunia.


Sehubungan itu, Chai yang juga perunding Pertubuhan Kayu Kayan Antarabangsa berpendapat khasiat gambir Sarawak perlu dikaji kerana ia ada potensi komersial dan farmaseutikal.


Sumber : Harian Metro


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2020 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Sakit gigi tu betul.. Kak sarah pernah sakit gigi teruk.. Makcik kak sarah tempek gambir Sarawak la..lega.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2020 04:48 PM | Show all posts
sarah82 replied at 2-11-2020 10:28 AM
Sakit gigi tu betul.. Kak sarah pernah sakit gigi teruk.. Makcik kak sarah tempek gambir Sarawak la. ...
pernah juga ... masa tu kat kampung ... sakit gusi geraham bungsu tu ... atok titis la situ... baru dapat makan pastu ... kalo tak

dari kampung nak keluar ke pekan agak jauh...



Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2020 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 2-11-2020 04:48 PM
pernah juga ... masa tu kat kampung ... sakit gusi geraham bungsu tu ... atok titis la situ... baru ...

Mcm org ambik sakit tu pi bawa jauh2 tau FC.. Yg penawar racun cendawan baru tau.. Boleh beli dan simpan utk kecemasan la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2020 05:07 PM | Show all posts
sarah82 replied at 2-11-2020 04:49 PM
Mcm org ambik sakit tu pi bawa jauh2 tau FC.. Yg penawar racun cendawan baru tau.. Boleh beli dan  ...
Mcm org ambik sakit tu pi bawa jauh2 tau FC
Tak paham


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2020 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 2-11-2020 05:07 PM
Tak paham

Maksud mcm ni fc.. Kesakitan tu hilang..hahahaha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2020 05:23 PM | Show all posts
sarah82 replied at 2-11-2020 05:08 PM
Maksud mcm ni fc.. Kesakitan tu hilang..hahahaha..
haha baca ulang2 kali ... pikir apa la maksud nya ..

adoi ... pelan2 kak tulis


kat daerah ni takde jual...

banyak jual kat Sibu... nanti2 nak kena beli la ... harap ingat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2020 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 2-11-2020 05:23 PM
haha baca ulang2 kali ... pikir apa la maksud nya ..

adoi ... pelan2 kak tulis  

Beli simpan.. kalau kecemasan tengah mlm boleh guna..kita mana tau benda nak jadi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.067947 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list